nak BERANAK cepat !!!!

|
Lama lagi aku DUE !!
tapi aku degil....aku nak keluarkan cecepat walaupun risiko tinggi..
baby tak matang...paru paru lemah ...isi perut tak matang..

aku dah tak larat....berat aku dah 65 kg dari 53kg...nak makan banyak tak bleh ..nak buang air beso susah...tandas nak yg duduk nyer ...baring lelama salah..

aku tak sanggup dah ..DADDY tak de nak urut kaki...anak anak nakal walaupun tak berapa nakal..hehehehe..

aku dah malas nak gi keje sensorang..balik sensorang...seme kena buat sendiri..

aku sebenarnya ANGAU merindui DADDY...

30 Dec aku nak masuk HUKM..nak doktor belah jer perut aku...
GULA aku tinggi gak ..aku melantak aiskrim sejak DADDY tak der ..hari hari !!

Kencing pedih ..buahpinggang kotor...macam macam masaalah..aku buat tak reti jer ...

Aku gagahkan kerja sampai nak masuk spital sebab aku nak kerja...dok umah aku tension asik belek henpon..jerit kat anak anak....so aku rasa baik aku keja walaupun aku sebenarnya dah MALAS !!

Anak anak aku pun suke aku kerja agaknya...ha ha ha ha

adussss..perut aku bergelombang dengan tarian baby kat dalam....
kalo pompuan aku nak namakan panjang panjang jugak..kalo lelaki aku suruh laki aku namakan..kata DADDY dia nak cari kat MEKAH sana ..lantak ler asallkan ada nama cukup...

DADDY anto sms suruh aku byk bersabar...sabar lagi..aku dah seminggu SABAR dan nak kena SABAR sampai MARCH 2005....uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!



Kembali Sekejap !!!!!!!

|
Assalamualaikum....

Kembali dengan PERUT YG SARAT BARAT....!!!!!!!!!

Maaf lama tak UPDATE . Keluar masuk HUKM...KERJA pun kena setel...ANAK ANAK yg semakin NAKAL...SUAMI nak gi MEKAH kerja MASAK untuk JEMAAH dan buat HAJI sekali..
So terpaksa korbankan salah satu

Sekarang kandungan dah 34 minggu..memang PADAT dan SARAT..jalan pun dan macam PEGUIN DEBAB !!

Suami dah seminggu di Tanah Suci. Anak Anak masih dalam KEPENINGAN mencari cari DADDY. Aku MERINDUI kekasihku yg amat kucintai.

Aku kena TABAH dalam merima segala ujian..kena KUAT demi anak anak...
Pergi KERJA sendiri....jaga ANAK tengah malam sensorang...beli belah sensorang...

Dalam sedih KERINDUAN pada suami..aku gagahkan diri pergi kerja...buat semua tugas jaga anak anak amanah suami.

Sabtu Ahad ni aku dah susah nak contact suami..PREPAID tak bleh reload plak sebab centre maxis tutup sempena Krimas. Suami tak leh reply sms aku tak leh terima call aku.
Baru seminggu aku dah habis 200.00 asik reload Hotlink Daddy.

Setiap kali terima SMS dari DADDY, aku sure nangis nyer. Tak kira kat umah..dalam keta atau kat tpt keje.

Daddy doakan depan Kaabah aku selamat BERSALIN 31 Dec 2004 ni. Daddy faham tanggungjawab aku berat...tapi aku tetap sedih sebab aku sebenarnya RINDU kan DADDY !!!

Harga Ayam Terkini !!

|
WHOLESALE CHICKEN PRICE OFFERED
TAWARAN HARGA BORONG

KEDAI AYAMAS TAMAN KOSAS, AMPANG
NO. 33A, GROUND FLOOR, JALAN TAMAN KOSAS
68000 AMPANG, SELANGOR D. EHSAN.
03 - 42961905

PRODUCTS
PRICE (Per / KG)
Wholesale Price Harga Borong
Retail Price Harga Runcit
1
Chicken Large / Medium Ayam Besar / Sederhana
RM 5.40
RM 5.90
CHICKEN PART / BAHAGIAN AYAM
1
Drumstick / Peha
RM 7.10
RM 7.80
2
Wings / Kepak
RM 7.10
RM 7.50
3
Keel / Dada
RM 7.10
RM 8.50
4
Thigh / Punggung
RM 4.70
RM 5.50
5
Wholeleg / Seluruh Peha
RM 5.80
RM 6.90
6
Ribs / Rusuk
RM 4.30
RM 5.40
7
9 Pieces Cut / 9 Potongan Ayam
RM 6.50
RM 7.25
BONLESS PRODUCTS / ISI TANPA TULANG
1
Boneless Leg Stick / Seluruh Peha
RM 8.90
RM 9.90
2
Boneless Breast / Isi Dada
RM 8.80
RM 9.90
3
Frozen Fillet / Isi Dalam Dada (Beku)
RM 9.80
RM 10.90
BY PRODUCT / BAHAGIAN DALAM AYAM
1
Carcass / Rangka
RM 1.50
RM 1.80
2
Liver / Hati
RM 2.20
RM 3.40
3
Gizzard / Pedal
RM 4.90
RM 5.40
Minimum 5 KG and Above / Minimum 5 KG keatas

Any inquiry and ordering please contact :
Sebarang pertanyaan dan pesanan sila hubungi :

03 - 42961905

Passport Daddy

|
Kelmarin lepas kerja pagi , aku suami anak anak bergegas dgn kelam kabutnyer menuju ke Kuantan Pahang.

Kisahnya cuma sikit jer. Nak minta tolong ORG DLM kat Imigresen sana tolong tepon Imigresen kat KL. Nak cepatkan proses buat passport hilang si Daddy.

Sampai lebih kurang dlam DUA JAM 15 BELAS MINIT sahaja. Perghhhh....bangger giler aku ..bukan sebab keter aku POWER...hehehee..tapi HIGHWAY BARU. Itu pun Daddy ngan lemah lembutnya bawak 90 - 100 jer...Lepas aku sound suruh speed 110 - 120 baru ler laju sket. Tuh pun dah nak sampai.

SO ..semalam sebelum tengahari dah setel. Kompom passport my larling bleh siap hari ini. Esok gi amik jer kat Kompleks Wilayah.

So aku bersyukur....satu masaalah dah selesai. Tapi aku ingatkan Daddy...lepas nie banyak lagi halangan. Nak medical check up , nak kena gi Kursus Haji Mengejut , nak kena bayo semer utang utang...

Esok jugak passport Daddy akan dihantar ker Arab Saudi untuk proses cop permit kerja.

Esok jugak surat rasmi tawaran dan syarat syarat akan Daddy tandatangani.

Dan aku ...berjaya meREDHAkan segala galanya. Aku kan belajar jadik isteri tanpa suami...jaga anak anak...uruskan segalanya sendiri.

Dan jugak lepas nie nak kena pergi renew lesen keter yg dah dekat setahun mati.

Aku kena jugak bawak keter...takot pun belasah jer...hu hu hu

Untuk Daddy...

walaupun coretan ini Daddy tak pernak baca...Mummy mendoakan Daddy dapat apa yg Daddy idamkan. Yg terbaik untuk diri Daddy sendiri dan rezeki untuk anak anak.

Mummy sayang Daddy

X Der Anak / Mandul........Sahabat yg HILANG

|
MANDUL / X Der Anak .........!!!!!

Menyakitkan hati...tapi orang tak tau ..soalan soalan imi mmg menghiris hati ..menusuk sampai ke tulang hitam. ( ada ker tulang kaler itam?)

Memang x der rezeki lagi..tapi selalunya (maaf maaf) makcik makcik yg suker tanya soalan ni mcm tak faham. Sua tanya anak berapa..berapa tahun kawin..ada sakit ker...

Aku pernah kena..aku pernah lari dari soalan ini semer. Aku pernah dihina MANDUL..BERPENYAKIT...X DER KETURUNAN...aku sabar...aku ingat sampai mati..
Kata kata yg keluar dari sebelah keluarga disana...
Tapi aku peduli apa ...Aku ambil anak org terbiar. Mulut semer tertutup rapat.

Aku bukan mandul..tapi mmg lambat dan susah dapat anak.

Ini kisah benar kawan aku yg x der anak...LARI dari KAWAN KAWAN...

Sedih..sedih....

Aku memang kesian giler kat kawan aku. Kahwin awal dari aku. Dengan meriahnya aku pun sama pegi meraikan dari merisik sampai bersanding. Aku plak masa tuh masih tengah cintan cintan lagi. Dalam kesedihan sering ditanya soalan soalan camtuh..kawan aku sering mengelak dari jumpa sedara mara..terutama sebelah mertua.

Dari body solid suami isteri..sekarang dua dua dah agak berisi. Dari naik motor dah ada kereta. Dari rumah sewa dah ada rumah sendiri. Tapi yg takder ..ZURIAT sendiri. Anak angkat mmg dorang tak nak langsung. Walaupun dulu aku ada gak suggest bela ler anak sedara ker anak orang kr anak yatim ker..tapi doarang ada pendirian sendiri. So aku MENYENYAPKAN MULUT aku cecepat.

Aku 4 tahun x der anak , masih lagi dianggap kawan karib. Yerlah dari sekolah kat asrama sampai dah kerja. Kami masih berkawan rapat.

Tiba tiba aku ngandung...GAGAL. Ngandung lagi.. GAGAL....masih lagi main tepon.
2001 - 2002 aku ngandong dan berjaya...kawan aku terus menghilangkan diri.
Aku tepon tak angkat. Rumah baru aku tak tau kat mana. Alamat kampung lagi ler aku luper.

Sampai sekarang...sahabat aku yg paling aku sayangi terus tidak ada jejaknya. Aku tau dia masih di K.L. Aku tak pernah berbangga aku ada anak. Aku tau ANAK yg aku ada ini PINJAMAN sementara. Kalo aku takbur ..mana tau satu hari nanti aku hilang apa yg aku ada ini.

Dua ANAK kurniaan ilahi. Anak angkat dan anak kandung aku dan suami anggap kurniaan PINJAMAN SEMENTARA.

Sahabatku ...

Maafkan aku seandainya kehadiran cahayamata dalam hidupku mengguris perasaanmu.

Maafkan jua kami semua rakan rakan mu seandainya pertanyaan dari makcik makcik / nenek nenek kami semua menyakitkan hatimu.

Dalam sujud kami pada NYA ...doa kami untukmu tetap terselit sekali sekala.



CakKkKK !!

|
assalamualaikummmmm

elloOoO ellOo elloOoO

apakhabar uncle auntie kakak kakak abang abang adik adik dan kengkawan semer ??

fuhhhh..lama giler tak mengupdatekan blog yg usang ini..hehehhee

Well ..cam biasa ..masuk spital ...gula tinggi dan demam panas. Tapi takder threaten abortion. So kandungan selamat lagi. Hairan jugak baru 4 bulan dan ada rasa cam denyut denyut kat perut. Dulu masa Sophiellea lupa laks..rasanya takder. Pastu masa scan nape baby cam gerak gerak kepala dan tangan. Macam dah 6 bulan plak.
Doktor cakap normal...emmm...terima jerlah..hehehee

Mengikut kata ACI ..jiran kat rumah pangkat nenek. Nengok anak aku Sophiellea setahun 9 bulan tuh gedempol semacam..aku dijangka dapat anak pompuan lagik. Adusss..aku teringin nak nengok kuih siput cenonet. Tak kisah ler ..apa apa pun aku terima.

Hari ni aku start keje setelah bercuti selama 9 hari..kuang kuang kuang. Energy pun dah power..apalagi terketar jer aku nengok outlet kat Kosas ni. Mana yg tak kena tuh..nasib ler staff sini nak kena setelkan. Sian plak dorang. Pagi jer aku mengganas. Petang lepas Zohor aku cool sket.

Lepas nie aku nak jalan jalan cari makan kat tempat baru ni. Ada steamboat depan Seven Eleven. Macam mengghairahkan jer ...hu hu hu ...

Panggilan Haji / Tugas / Rezeki

|
Mohd Farid Mustafha

Itu my larling. Hehehhehe.

Tetiba dapat kezutan masa aku tengah kesakitan kedemaman. ErkKkK ..camner yer nak citer. Ke aku dah citer. Iskkk....kang doser plak citer.

Camni..

Tabung Haji Travel Services Catering Department tetiba jer call beritau suruh my larling gie buat atau renew passport. Katanya nak hantar ke ArabSaudi nak chop permit keje. Tepon Isnin 2 Ogos 2005. Nak kena hantar 12 Ogos 2005.
Hah !!! Aku rasa nak kena denggi pun ada. Terkujat nyer pasal. Tak isi form tak interview tetiba nak pegi Mekah 4 bulan masa musim haji 2005 ni. Masyallah .

Okay aku pun sampaikan berita gembira dan cam biasa my larling cakap OK jerlah kalo aku redha. Aku mmg REDHA. Yerlah bile lagik nak gi buat HAJI. Nak tunggu kumpul duit pegi sekali...payah sket kot.

So aku dalam kesibukan nak gi spital ..demam panas..menjalankan pulak tugas dan kewajipan sebagai isteri ( tak ler mithali mana sangat ) ..mengupdatekan apa yg Tabung Haji nak. Dan yg paling terharu birunya ...uwaaaaaaaaaaaaaaa.... PASSPORT my larling tetiba HILANGGGG!!!!

Allahhu Akhbar ! aku kelu tetiba. Selongkar satu rumah..tepon kampung..semer x der!

Ujian kat Malaysia dah dapat. Belum lagi UJIAN kat sana untuk suami ku. Betul kata kawan karib aku si RIZAL. Banyak dugaan yg kena kami tempuh. Aku sujud padaNYA sambil mengalir airmata aku tanpa henti.

Aku kuatkan hati..sihatkan badan..pagi pagi ajak my larling pegi Balai Polis Dang Wangi buat report. Pegi Imigresen isi form. Semer dokumen needed lengkap. Petang submit buat kes rayuan.

Adussssssss.....Officer Imigresen cakap plak..Kalau ada ORG DALAM bleh siap 2 hari. Kalo takder SEBULAN.

Masa temuduga soalsiasat..aku tak henti dalam hati baca Ayat Qursy 313 kali. Untuk kecemasan. Mmg mengalir jugak ler airmata aku menunggu Daddy keluar.

Daddy keluar muker sedih tapi cool. Mungkin takder rezeki pergi tahun ni. Officer tuh tetap bagi tempoh sebulan atau paling cepat seminggu. Aku sabarkan Daddy. Tapi dia yg lebihnya sabarkan aku. Dalam kereta aku diam tak tau nak cakap apa.

Mungkin dalam hati aku tak 100% redha lagik kot. Yerlah aku kenkadang tercakap..Beranak sensorang .. hantar Ain masuk Darjah 3 sensorang...Anak dah 2 bulan baru Daddy balik.......4 bulan semer kena buat sensorang.

Ya Allah..ampunkan dosa aku pada suamiku. Ya Allah ..kau permudahkan urusan suamiku untuk mencari rezeki dan menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.

Aku mmg betul betul bertaubat dengan bisikan hati aku yg mengeluh itu.

Minggu ini...kami berdua terus berdoa..semoga sebelum 12 Ogos 2005 , ada panggilan dari Imigresen Wilayah meluluskan permohonan suami ku.

Ya Allah...ampunkan dosa kami berdua

tak nak jadi MANAGER

|
jenuh aku merayu. dah tak tau berapa ribu kali aku mintak. aku dah puas pot pet. aku dah tak larat nak bentangkan hujah.

sekarang aku jadik mangsa org org atasan yg buat aku cam bola.

aku rasa nak menjerit kuat kuat. AKU TAK NAK JADIK MANAGER LAGIK.
walaupun cuma jual AYAM ..hehehee...aku dah tak nak tak nak tak nak.

bulan april aku dah ada alasan kukuh nak bertukar ke kedai lain yg takkan menyusahkan aku carik customer , naikkan sale berpuluh ribu lepas tuh nak buat GP explanation GP dropped.

dorang tak faham citer lagik sampai ke hari ni yg aku ni MENGANDUNG ada DIABETIS.
aku CUCUK insulin macam MAT PET 6 kali sehari. Aku kena buat blood test setiap hari. Aku kenkadang seminggu 2 kali kena pergi HUKM untuk buat HBA1C ..EMPAT kali SEHARI.

aku dapat MC pun aku tak gunakan. Baik konon , nak kerja punya pasal. aku kena masuk wad berbelas hari pun aku LARIiIIII .

aku skang cuma nak minta jadik ASSISTANT dan mintak outlet yg dekat ngan HUKM. Itu jer.

Aku mana ada nak mengader mintak claim ubat tak tentu pasal. Naik gaji , naik pangkat lagi tinggi , bonus lebih , claim OT berlambak lambak.

Dua jer ayg aku mintak....tolong ler faham wahai otao otai AYAMAS. Aku dah jalankan tugas aku masa dipaksa jaga kedai kat kg pandan ni. Naikkan sale dari 30 k sebulan ke 90 k sebulan. Customer aku dah carik dah lekat pun kat sini. Aku dah pulihkan imeh kg pandan yg black list nak kena tutup. Aku dah latih staff aku dengan segala kekerasan ..hehehehe..sampai dah terror merror.

tolong ler faham apa aku nak. Bukan lama kejap jer. Sampai aku beranak jer. Pas tuh anto ler aku gi kedai mana mana pun. Nak naikkan sale...aku janji..aku KOMPOM bleh buat cam kg pandan gak.

semalam aku dapat memo suruh aku tukar GENERAL HOSPITAL ...giler aper!! ..Dua baby aku MATI di tangan doktor kat HUKM. memang tak der rezeki..tapi anak aku mati bukan keguguran...tapi dipaksa mati....aku sakit nak keluarkan anak yg masih hidup usia 5 bulan dlm perut. Anak aku dah 4 bulan baru dapat tau ...KEPALA TAK BULAT , BUAH PINGGANG ROSAK , KAKI TAK MEMBESAR.....aku taknak ...CUKUP ler ak uSAKIT ..anak aku mati terbunuh....

tolong tolong ....YA ALLAH cukuplah balasan atas segala dosa dosa aku dan suamiku yg tak terampun olehMU ...AMPUN kan kami berdua ....

Aku Cinta Padamu..Sayangku

|
You have my heart
You have my soul
You make me one
You make me whole
You make me smile
When I feel sad
You make things good
When they are bad
You never take
You always give
And this is how
I want to live
My life is blessed
With you around
And I thank GOD
That I have found
 
One like you , and may  I say
Thank you for just being you
 
Aku Cinta Padamu ..Sayangku

aku tak tau aku tak pandai

|
aku mmg tak tau ....tak pandai ..

aku tau membaca ..suker menelek...dan yg pasti terpaksa suker membeli
tapi aku tak pandai langsung ..tak terror ...tak mahir MENULIS

aku tak reti langsung mengarang...ayat jiwang..ayat romatik..ayat tegas...ayat dendam .. semuanya aku tibai jer.. apa yg terlintas aku tekan jer..

aku perlukan tempat nak meluah perasaan aku ..tempat aku nak curah apa yg terpendam
tapi ituler ..aku mmg tak pandai

banyak giler blog yg aku lawat hari hari...semuanya best..berilmu...dan mmg ayat yg power giler.. kenkadang aku ternganga masa membaca....terpegun..kehairanan

tapi camner ler aku nak seterror dorang ..bab aku mmg tak pandai..
ao ..inilah hasil contengan aku..luahan citer citer harian kisah benar idop aku..yg tah pah apa.

nak buat camner lagi yerkk...ini jer yg aku mampu...
ada ker org baca ....tak per ..tak der pun tak per....asal aku puas..puashati aku tidak memendam rasa ..

sure takder yg ternganga ..kagum...tapi itulah aku...

memang tak pandai mmg tak tau ...salamssss

|
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdullilah
 
Kelmarin Daddy nampak HAPPY teramat. Aku pun rasa lapang dada. Menyuntik pun tak ler rasa pedih sangat. He he he . Aku tak suker kalo Daddy masam muker.Macam muker dinosour.
So Daddy selalu tak dapat elak dari muker DINO kalo ada masaalah besar atau sedang dalam proses menyejukkan hati.
 
Lagu kat bawah nie mmg lagu feveret kalo kerokeh ngan Daddy kat umah. Tak pun memude dulu gie lepak AmpangPark ngan geng geng chat ALAMAK.Skang dah bersara so melalak kat umah jerlah bile rasa nak melalak . Tak ler selalu sangat....segan kat jirang ..kui kui kui  
 
Bila kau senyum ku gembira
Bila kau sedih ku menangis
Bagai taman rindukan bulan
Ku rindu wajahmu oh sayang......
 
 
Rerupanya...Daddy dapat DEGHOYAN RUNTUH. Tetiba je Asas Klasik offer saham KLCC Prop. 10 LOT. Siap arrangged loan kalo takder cash. RM 1.66 ker RM 1.68. AKu pun tak ingat. Yerlah aku mana ler tau apa apa pasal saham. Dulu aku keje PA kat Newbridge dapat share based kat Canada pun aku buat derk jer...ada untung sapu. Takde takpe.
 
Sebab dia staff dari opening 1998..so dapat ler lebih skit. Aku tak kisah..nak jual bila dah listing ker ..nak tunggu rega naik ker ...aku tak kisah...sebab aku tak pandai. Camtuh jugak ler Daddy.
So .. Kenanga offer remisier..belasah jer.  Nak tanya kengkawan..dorang pun harapkan remisier gak. Nak tanya kengkawan opis lama..dah kat ALCATEL..no. plak aku tak amik tau.
 
So kesudahannya .....BELASAH jerlah...hehehheee
 

 
 
 
 
 
 

Adam Mengamuk - 2

|
Dlam aku kesakitan dengan si ekcik menjerit sekuat hati, Bibik dan Suraya dah terduduk , Daddy sampai. Adam dah keluar tak tau kemana.

Daddy paksa aku pegi HUKM sekarang jugak. AKu tak nak. Alasan aku ialah aku dah tak sanggup duduk sampai 15 hari kat spital. Nak jawap soalan dari doktor lagi. Aku tak nak report polis. Ya..mmg aku tak nak. Sebab aku ada orang tua lagi. Aku tak nak kecikkan hati abah ngan mak.

Kalau aku report mmg Adam kena teruk. Daddy bising. Aku pun tak pernah kena jentik dengan suami aku sendiri. Sekarang tiba tiba kena PUKUL dengan adik kandung.
Dalam aku menangis tak henti , sakit satu badan jiran aku datang paksa jugak pegi klinik. Check baby saja. Ok aku ikut jer dari dengar dorang tak henti henti bersyarah.

Baby OK. Cuma tetiba AKTIF. Aku banyak lebam. Tulang tulang semua sakit. Ada luka bergaris sana sini akibat terkena mungkin besi katil.

Hingga ke hari ini...ADAM tak nampak bayang. Hati kakak mana yg tak risau. Walaupun teruk aku di terajang ...aku tetap ingatkan ADAM.

Aku tak telefon langsung MAK ngan ABAH kat IPOH. Aku masih lagi dalam kesayuan teramat. Aku menangis bila tersentuh bahu yg bengkak...luka di kaki. Aku masih lagi sedih yg tak terhingga.

Seisi penghuni rumah aku mengamankan diri sampai hari ini. Tempat kerja pun semer diam je.
Aku bawak diri sendiri. Cucuk ubat macam biasa. Makan bila perlu .

Aku tidak BERMIMPI ..................

Adam Mengamuk - 1

|
Dah masuk Subuh. Suamiku dan anak dari pagi keluar berkerja dan sekolah. Aku tunggu setengah jam lagi untuk  kejutkan Adam.
Suara perlahan aku panggil nama Adam. Tarik selimut lagi. Kuatkan tv panggil lagi.
Suraya pulak bangun dan kejutkan Adam. Aku jerit sikit.
Meggeliat dan mula suruh aku diam. Aku tinggikan lagi suara paksa juga dia bangun dan pergi sekolah.

8.00 pagi aku dah mula rasa panas seluruh muka. Aku ambil air renjis kat muk Adam.
Dia bangun terus tegak berdiri depan aku , angkat tangan nak tumbuk. Aku lari masuk bilik. Dari luar dia suruh aku kelaur kalau aku berani. Suraya leraikan aku ngan Adam.

Aku dari dalam bilik terus membebel dan paksa dia pegi juga sekolah ataupun boleh kemas beg baju balik jer kampung. Jangan lagi duduk rumah aku kalau asyik nak ponteng sekolah setiap hari.

Adam tendang pintu bilik dan tumbuk muker aku. Tumbuk kepala tendang kaki tolak aku sampai terbaring atas katil. Suraya dan Bibik datang sambil menangis leraikan . Dua dua jadi mangsa jugak. Anak aku yg kecik menjerit jerit ketakutan.  Aku capai anak aku , Adam terus nak menendang dan tumbuk kepala aku. Si kecik berdarah hidung terkena sipi tangan Adam.

Aku terus menjerit menghalau Adam keluar dari rumah aku. 

 

**bersambung

 

resume ku !!!!!!!

|
umur 3 june 73
kahwin 1997 - present
anak - NURAINY ABDULLAH darjah 2 (rezeki kurniannya ) / SOPHIELLEA setahun 6 bln (baru dapat sendiri punyer)
suami - FARID tukang masak Mandarin Oriental KL
keje - jaga kedai ayamas
asal - ipoh
lepak - kl
penyakit - kencing manis / high colestrol / termengandong 4 bulan
suker jenjalan / masak / makan / baca buku / surf brows blogs
suker gak laut / sungai / kampung / mancing ikan / tanam pokok
kedondong / mangga muder / kelapa muda /
selalu masak carbonara / marinara / bolognaise / tempoyak / sambal ikan/ segala jenis sup /
skang giler minum KOPI CAP KAPAL API. mmg betul betul .
allergik giler kat HABUK ROKOK
tergelak nengok nama PAK ABU kat Channel 15.



doneeh oooOoooOo doneeh

|
TUAN TUAN DAN PUAN PUAN
 
CONTENG JERLAH KAT DUA DUA.
BUKAN TAMAK TAPI SUSAH DAN MENGELUNH BILA DEDUA BUAT HAL PLAK NANTI.
 
heheheehee.....
 
TIMA KASIH DAUN KELADI DAUN KELAPA DAUN SEGALA DAUN SEBAB SUDI CONTENG DAN MELOMPAT LOMPAT KE SINI.
 
NANTI KITA BELANJA AYAM DISKAUN !!!
 
BETUL NI TAK TIPU

Pengemis Cinta Pengemis Jalanan

|
hmmm.. PENGEMIS CINTA !! he he he

aku ibaratkan si ANDING tuh macam PENGEMIS CINTA. Yerlah tetiba jer TERJATUH CINTA ngan si EDLIN. Nak buat camner ...dah ditakdirkan. Tak tau ler di rancang macam kes si NANA dan BURN.

Tunggu dan lihat. Aku bukan minat sesangat tetapi dek oleh sambutan satu rumah termasuklah BIBIK aku...terpedaya gak aku nak nengok kisah tragis si ANDING menangisi dan hampir hampir kelemasan terkena ASMA masa si EDLIN kuar.

Lagi satu PENGEMIS kat PASAR MALAM. Memang merunsingkan. Dah ler jalan sempit, dorang buat pertunjukan baring baring plak atas jalan.
Kalo tengok memang menggerikan. Ada yg kaki tangan berbungkus macam kena potong dan di ikat kuat kuat sampai jadik kecik.
Sepanjang jalan pasar malam kat umah aku Pandan Jaya, ada jer pengemis yg menakutkan ni. Kasihan teramat mengerikan menakutkan meloyakan.

Tak tau sindiket ke atau sendirian berhad ker. Tapi yg pasti ada yg bawak anak , ada yg baring atas jalan , ada yg dok kat kerusi roda. Kalau nak pahala seikhlas hati bersedekah , kat pasar malam mmg ramai org org daif yg mungkin dipergunakan oleh org org tertentu ini.

Yg aku heran tuh , dah bertahun tapi tak pernah plak dorang ni kena angkut. Dah part yg paling best , bila habis pasar malam , dorang berkumpul reramai tukar duit syiling atau duit seringgit ngan peniaga pasar malam yg perlukan duit kecik.

Waduh waduh memang lumayan selepas penat dari pukul 5pm - 10.30 pm.

Ini baru pasar malam kat umah aku. Yg kat UPTOWN DAMANSARA , BANGSAR , HARTAMAS , SUBANG JAYA ...lagi ler dorang KAYA RAYA.

Aku bukan DENGKI dorang KAYA...bangga kot org malaysia suka sedekah ...hehehehheheee

Sapalah yg harus dipersalahkan. Mereka ? Keluarga mereka ? Boss Mereka ? Atau kita ORG MALAYSIA yg PEMURAH BERSEDEKAH ??






Name Acronym Generator

|
VVain
IInfluential
MMisunderstood
MMushy
IImportant
YYucky
AAccurate
SSpunky
MMystical
IInnocent
NNaive

Name / Username:


Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
|
The University of Blogging

Presents to
vimmiyasmin

An Honorary
Bachelor of
Community Promotion

Majoring in
Non Sequiturs
Signed
Dr. GoQuiz.com
®

Username:


Blogging Degree
From Go-Quiz.com

ABAH GEMUK KESAYANGANKU

|
Mata Ayah

Kujabat mesra tangan ayah
urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang disisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

Usman Awang
Gurindam Alam, 1994.

MIMPI SEMALAM

|
Sesuatu yang mengganggu tidurku semalam
Yang kemudian dijadikan cerita
Gambaran dan lakaran dijadikan diari igauan
Sebuah bilik yang sederhana
Terhias indah dengan sutera putih
Menanti kedatangan seseorang untuk bertandang
Penantian yang membuat jantung berdengut kencang
Peluh membasahi wajah

Tapi yang datang......
Seekor burung merpati putih
Dengan sayap mengembang ia terbang pantas
Kecantikkannya tiada tandingan
Seputih sesuci bak awan
Ia terbang didalam dan kemudian keluar tingkap
Maka mata terpegun memandang

Diluar jendala......
Seorang lelaki dari jauh entah siapa gerangan
Nun diatas bukit hanya terpandang susuk tubuh tinggi dan tegap
Menadah kelangit dan berdoa
Tiba-tiba....
Ayat Al-Quran tertulis dilangit
ASH HADUALLA ILAHA ILLALLAH WA ASH HADU ANNA
MUHAMMADAR RASULULLAH
SABBIHISMA RABBIKAL A'LAA
Aku naik saksi bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah
Dan Muhammad itu utusan Allah
Sucikanlah nama Tuhanmu yang Paling Tinggi

Melihat kejadian itu tak tergambar hati tersentak
Tersedar terkejut dari lena
Hingga kini menjadi tanda tanya



* aku lupa salin MIMPI SEMALAM ni dari mana ...terima kasih pada penulis MIMPI SEMALAM.
Aku bermimpi...mengerikan!!

Balik IPOH ...rindu mak and abah

|
Tangguh masuk spital utk sugar level.

Aku tak tahan rindu pada ABAH. Mak ada dtg KL 2 minggu lepas.
Dah lama tak jumpa ABAH. ABAH GEMUK! Rindu kat abah gemuk.
Nak bawak ayam bagi abah makan. Bertambah gemuk. Best nak peluk abah kuat kuat.

Doktor tak bleh nak cakap apa. ABAH aku tak sihat.Adik aku tepon suruh balik jenguk abah. Tak tau abah demam ker apa.

Aku balik tergesa gesa ari ni.

Cuti menulis merapu sampai hari AHAD.

ABAH ~~ tunggu akak bwk balik CUCU abah !

Pucuk GAJUS / Buah Gajus Masak Lemak Putih

|
tetiba aku tingin nak makan pucuk gajus cicah budu .
pastuh nak makan gak buag gajus masa lemak.

masaalah negara yg ku hadapi skrg ialah mana nak cari POKOK GAJUS? Dah mengembara sampai ke Ulu Langat. Intai intai sepanjang jalan. Berhenti tanya OPAH OPAH yg niaga ulam kat tepi jalan. Semer cakap dorang tak reti makan menda yg aku nak makan.

Waduh waduh...kuar spital aku jadik giler nak carik PUCUK GAJUS ngan BUAH nyerrr..

Kenapa ler tak di komersialkan BUAH GAJUS nie. BIJI nyer punya lah femes. Gi Chow Kit tak der. Kat PUDU lagi ler takder.

Kawan aku Kak Ina manager kat Chow Kit cakap ada ..tapi kat depan umah MAK dia kat KELANTAN....huk alohhh....

Mana nak cari wehhh...aku dah telan air lio sambil naip nie..kuciwa aku kalo tak dapat. Tepon MAK suruh carikan ..dia cakap mana ler ada pokok tuh kat IPOH tengah pekan.

ABAH cakap cuba cari kat tepi laut..mana ada laut kat KL.

Sedihhhhh sedihhhh.....nak jugak makan PUCUK GAJUS ngan BUAH GAJUS MASAK LEMAK PUTIH !!!!!!!!!

tolonggg tolonggggg...sapa ada tanam POKOK GAJUSSSSSSSSS!!!!!

Rangka Ayam @ Chicken Carcass

|
Sapa pernah atau suker makan RANGKA AYAM GORENG atau SUP ??

Huhhh....kat pasar malam mahal giler. Seekor bersaiz ayam besar RM 2.50. Kenkadang dalam body rangka tuh tak bersih. Kalau yg saiz kecik sikit RM 1.80 jer atau Rm 2.00. Tapi dalam garing dan bersih sket.

Sebenarnya moral citer nie ialah ..hhahahaha...SEDAP tau makan RANGKA AYAM. Purata peniaga RANGKA AYAM yg aku kenal...KAYA dan RAYA. Hari hari HARI RAYA.

Yerlah RANGKA MENTAH kalau beli BORONG leh 5 kilo baru RM 1.10 SEKILO. Dlm bag 5 kilo ada dalam 20 ekor.
Modal baru RM 5.50 untuk 20 ekor. Kalau 20 ekor x RM 2.00 = RM 40.00. Tepung dan minyak berapa lah sangat.

huhhh...aku rasa cam nak niaga rangka ayam tepi jalan cam nie. Customer aku yg beli rangka ada pakai KIA / PAJERO. Lori dua tiga bijik. Belum lagi VAN untuk niaga merata pasar malam area KL. Satu malam bukak 4 - 5 tempat. Bayar upah bebudak niaga baru 30.00 sehari.

Kenkadang aku rasa cam bebudak kampung yg kerja niaga jual ayam goreng ngan sedara dorang nie dah macam BADIGOL SOOD TERTIPU. Skill dah ada...isshhh kuar modal sket bukak sendiri kat pasar malam kat kampung. hehehhehehehehee
Sambil jual rangka , jual tonkeng ayam/pedal/hati/ayam goreng/leher/kaki dan apa jua yg berkaitan ngan ayam kecuali bulu ayam. kui kui kui !!!

Mampus aku kalo customer aku tau aku ngutuk kekayaan dorang. Tak kutuk tapi BANGGER dorang pandai meniaga.

HIDUP RANGKA AYAM !!! ...hahahahaa

Rindu Anak Rindu Hubby

|
Setelah berhempas pulas kat spital...kekekekee...aku kembali ke pangkuan suami ku ..opssss..keluargaku..hua hua hua

Wardina Sophiellea seharian tak lepaskan aku kemana mana. Nak pegi tandas susah ..nak sarapan kat dapur susah..mmg dia dah FOBIA agaknya kehilangan aku selama 12 hari.

Aku plak kat hospital rindu mmg ler rindu...tapi malam jer aku bertambah parah. Siang setiap kali watu lawatan katil aku sebuk ngan tetamu dan MAKANAN. Ssampai kena warning ngan doktor makanan luar tak dibenarkan.

Pasal RINDU....

aku tau darling aku merindui aku separuh mati...anak aku rindukan IBU nya. Selama 7 bulan lagi inilah yg harus ditempuhi oleh anak anak aku dan darling ku...

Hari ni aku start keja....BIBIK tepon aku beritau yg si wardina melalak bangun tido cari aku sampai ke bilik mandi. Sudahnya aku suruh BIBIK bawak jenjalan kat padang mainan sejam. Senyap sekejap.

Macam itulah camne anak yg kecik merindui mummynya..aku teringat kat MAK aku. Dah lama tak jumpa MAK. Aku rasa MAK pun risau ngan aku. Cadangan diterima, aku akan bercuti balik IPOH jenguk MAK.
Lepas tuh baru masuk balik HUKM.

Adoiii....seksa kalo nak citer pasal RINDU ...tak leh nak gambarkan ngan kata kata.

Bisa jadi GILA !!! hehehehe

Hello Hello Assalamualaikum

|
CakKkKkkKKkk !!

YuhoOoOoOoO...dah kuar spital. 12 hari kat HUKM mmg menyeksakan.
Otak jadi BIOL. Hari hari dapat kawan baru ngan bermacam macam masaalah POMPUAN. PASRAH PASRAH. Nak buat camner. Kalo dah HALAL..terima jerlah hasilnya. Blue Blue. Keh Keh Keh.

Sekarang aku pakar dari pakar. Hari hari dapat kawan baru. Mula mula dorang masuk MONYOK. Aku sengih. Tak lama bertandang kat bed aku. Pastu aku pun start ler ceramah kat dorang apa yg akan berlaku sebentar lagi. Ha ha ha . Jahat giler.

Mana yg baru kahwin , mengandung pastu TERGUGUR. Sure nya asyik nak menangis jer tak renti renti. Aku pun cakap ler ..tak per ..MUDA lagi..tiap hari bleh cuba sampai berjaya. REZEKI di tangan tuhan. Kita kena jaga jer. Yerlah dah tau ngandung nak PROJEK ganas ganas. Mestilah BLEEDING kalo tak tahan. Yg kelakar tuh ada plak yg ternganga tak percaya. Nak buat camner. Tak caya sudah. Awak tuh dah tentu dah BERDARAH.

Sejak dok spital , GULA aku dari 20.0 mmol dah jadik semakain kureng. DIET weh DIET. Bab DIET aku banyak ngelat. Tiap hari aku paksa adik aku masak sedap sedap walaupun sejenis jer lauknya.
Lauk spital aku sedekah kat kakaka kakak bed lain yg kuat makan. keh keh keh.

Oh yerrr....citer pasal aku.
BABY lepas scan buat kali ntah ke berapa tetiba OK plak. Aku yg gabra takut kan buat D & C , bersyukur yg teramat pada ALLAH.
Prof Hashim sahkan di tahap sekarang the JANIN very the OK.
So skrg nak tunggu mingu ke 12. Nak view skull ngan apa ntah lagik. Kalo OK teruskan samapai minggu ker 16 plak. Baru buat detail scan untuk nengok buah pinggang/ jantung / hati dan yg sewaktu dengannya. Kalau OK teruskan sampai lah matang 37 atau 38 minggu , bleh terus kuarkan baby.

Fuhh..lama lagi nak SABAR. Tak per ..aku SABAR. Duit byk nak jimat. Sebulan sekali kena masuk wad nak jaga GULA. GULA dalam darah aku bleh ABNORMAL kan JANIN. So nak elakkan dari ambormal congenality aku kena DIET CARBO dan yg sewaktu dengannya.

Ingat nak apply jadi bahan ujikaji lahh...dapat diskaun skett..hahahahhaa

OK sekarang masa untuk aku MAKAN dan MENYUNTIK INSULIN ku. JAri dah HANCUR. Urat kat TANGAN dah HANCUR...lepas nie amik DARAH kat urat tengkuk plak kot...hu hu hu ...sakittt oOoOoOOO ..

Nak ANAK...URAT satu badan pun aku sanggup HANCURKAN....

ADIOSssSsSssSS......

Assalamualaikum ! Hi Hi Bye Bye

|
Syukur Kak Lela sekeluarga di Jepun selamat dari lawatan muhibbah si TAUFAN. Tak ingat nama taufan apa. Dan syukur pada ALLAH kita di Malaysia buat masa ni belum lagi menerima lawatan dari apa apa bencana bumi yg menakutkan. ALHAMDULILLAH kita syukur lagi pada ALLAH kita mewah di tempat tinggal kita. Tak susah macam org lain dalam bumi yg bulat ni.

Ewahhh...ucapan aku sempena hari bumi sedunia..hehehehe

Hari nie last buat lawatan lompat lompat kat blog blog kegemaran aku. Hari ni last juga buat minggu nie sebab seperti dijanjikan..aku masuk spital lusa. Esok aku monteng sbb nak poser.
Lusa dah start macam macam procedure.

Aku mmg benci lepak spital wad bersalin. Mcm mcm menda yg akan aku tempuh.

Doktor pelatih / Doktor pakar / Soalan dari jiran jiran sekatil / Makan tak sedap / Lengan hancur kena amik darah tiap kali lepas makan / Tengah tido kena bangun amik darah lagi

Rindu kat anak / suami / umah dan rindu pada blog kengkawan baru blogger blogger yg tak pernah aku jumpa..hehehehe

Mintak minta fetus dalam perut aku selamat dari sebarang menda yg tak diingini. So boleh ler aku teruskan sampai bulan December. Kalo dah tak de rezeki , nak kena buat D&C beratus jugak ler duit aku abis. Makan PIL aku takut tengah jalan , terbarai plak kang
depan depan orang ramai. Kalo kat umah jenuh ler plak nak ngelap ngan nak ngutip baki baki fetus tuh. Menakutkan betul.

Sah kena check mata / buah pinggang / kolesterol / uwaaaaaaaaaaaa
aku MALAS / JEMU / BENCI.

Tapi takper ...ada hikmahnya dari kesabaran aku.Macam aku sabar 8 tahun tak der anak. Pastuh GUGUR ..mengandung WARDINA..8 bulan aku sabar ...8 bulan 1 minggu aku rela di BEDAH.
Dan SABAR lagi tanggung kesakitan kena operate dengan batuk tak renti renti.
Sekarang LEGA sebab si WARDINA dah pandai jalan / cakap / makan banyak / dan yg penting tahu aku MUMMY dia walaupun aku HITAM LEGAM dan anak aku PUTIH SEPUK.

Pada kengkawan blogger yg banyak wish aku..terutama KakLela ..
TERIMA KASIH BANYAK BANYAK.

Aku akan merindui blog blog ni semua selama seminggu
KakLELA/KakJOLIE/KakSRIDIAH/MELY/NIS/AtehLAILA/KakINAI/
Rajiah/KakOGY/MBA/TAQRIZSHAH/MADI/ISTERI/
AZELL/KakHAZELL/walkthrulife /sitiruzaidah
/cikgu@bonda ookasan / aziehairi / nadahas / LANGITMALAM / LARASEPHIA /


hahahahaaa...banyak giler kau baca hari hari...tak tak mengulooooO..
masa aku tgh break ker minum teh ker ...nak sapu lipstik ker ..kekekekkeee....

okie ...assamualaikum semer...aku cuti seminggu ..
cuti cuti malaysia sbb duit abis gak...lepak HUKM Wad Bersalin..
tapi tak tau jadik ker tak bersalin ..hehhheehe...fetus baru 2 bulan !

aku akan merindui dunia baru aku !!!!!!!!

Happy Father's Day

|
Hari ni kecoh satu dunia dengan Hari Bapa. Aku pun sama ler jugak nak meriahkan suasana. Abah hari nie sebuk ngan mesyuarat umno dia. Dalam sakit kaki tuh nak pegi jugak. Apa pun aku anak pertama ucapkan abah selamat hari ahad..hehehhheee

Bagi aku hari hari pun hari bapa. yerlah setiap hari aku mesti tepon tanya abah ok tak..pas tuh check mulut tak senget/ kaki kebas / tangan leh angkat sampai mulut tak..kui kui kui
saja jer usik abah..lepas tuh dia mengata aku balik..sama jer sakit kencing manis pepagi makan aiskrim split.

Untuk DADDY aku tujukan lagu Nurul Ajai Cinta Menyintai Kita.
Daddy byk berkorban perasaan demi aku. Aku banyak mendera DADDY.
Aku tau sukar Daddy nak samakan kasih anak sendiri dengan anak angkat. Tapi aku PAKSA daddy terima kenyataan yg AIN dianugerahkan ALLAH pada keluarga kita.

Walaupun AIn anak angkat. Dia lah yg banyak menemani aku masa aku susah senang sakit suka duka. AIN mmg bijak. Satu minggu penuh dengan aktiviti. Cuti sekolah pun aku hantar jugak pegi tuisyen.

Daddy...

Ampunilah dosa mummy kalo Daddy masih sukar nak menerima AIN.
TERIMA KASIH banyak banyak selama 6 tahun kita jaga AIN , DADDY dalam tiada senyuman masih juga membantu menguruskan makan/pakai/persekolahan AIN.

Daddy,

Bacalah kad buatan AIN untuk DADDY sempena Hari Bapa. Sedih kanayat ayat tuh walaupun kita tahu dia ciplak dari majalah. Tak tau majalah apa. Tapi mummy nampak...kilauan cahaya mata daddy yh terharu dengan kesungguhan anak angkat kita yg baru darjah dua tuh. Kita tunggu apa lagi kejutan si AIN dalam beberapa tahun ini.


Happy Father's Day DADDY
dari MUMMY , AIN , WARDINA SOPHIELLEA QISTINA

Cinta Menyintai Kita

|
Tidak pernah ku sangka
Rupanya kau lebih ku cinta
Dari hati yang putih
Ku hadir untukmu sayang

Aku turut merasa gelora
Yang menghempas jiwa
Biar lama ku tunggu
Ku pasti kau tiba

Kau selalu menduga, menguji
Kejujuran di kamar hati
Membuatku dihimpit oleh keresahan
Ohh... ohh...
Kita memendam rasa dan bermimpi
Terbang ke langit
Langit yang tinggi
Bertemankan awan indah memutih

Sambut tanganku sayang
Bawa ku ke syurga impian
Tiada lagi curiga
Oh... yeah
Kaulah yang ku cinta

Kasih ku kasihi dia
Cinta mencintai kita
Kasih ku kasihi dia

Oh... oh....oh...

macam macam..hehehe

|
Hari ini baru ada hati nak naip. Tak tahan ngan macam macam yg aku tempuh. Batuk / Kena bakul kat tulang kering kaki / Muntah / Sakit telapak tangan/ tapak kaki. Sudahnya aku melompat lompat baca blog org. Semua yg aku dah FAVORITE kan , semua aku baca. Sampailah terjumpa kawan lama si NISA.

Sungguh aku tak percaya. Berbelas tahun aku tak jumpa NISA. Sekali terjumpa kat blog. NISA kawan satu geng lepak masa aku sekolah kat IPOH. Byk sangat lepak sampai aku kena tukar sekolah asrama kat Kuantan. Balik umah kang nak belek gambar lama masa sekolah. He he he . Salam NISA.

Sejuk dan nyamannya udara di Kuala Lumpur pagi ni. Pokok semua basah dek hujan sekejap tadi. Pagi nie mmg hujan rahmat. Lepas hujan , aku lepak depan kedai nengok KLCC penuh kabus.

Hari nie hari Jumaat. Aku telefon abah kejap tanya khabar. Abah tgh breakfast kat Hollywood Corner kat Ipoh ngan adik aku si Suraya. Mak dah kuar gi mengajar. huhhhh ! dah lama tak balik Ipoh. Nak buat camner ..cari rezeki. Ada cuti masuk spital / kemas rumah / bawak anak jenjalan / layan diri / layan suami .

macam macam ! hahahahaa...MACAM MACAM ADA !!

Sahabatku

|


Andainya kau dapat terbang
Sampai ke bintang
Andainya kau kaya raya
Mungkinkah kau ingat daku
Sahabat karibmu

Andainya kau jadi raja
Dan berkuasa
Duhai sahabat karibku
Masihkah kau ingat daku
Sahabatmu dulu

Teringatkan janjimu
Yang kau ucap dahulu
Walau gempa bumi
Takkan terpisah
Kau dan aku

Andainya kau bersenjata
Di medan perang
Andainya aku musuhmu
Sampaikah hatimu
Kawan , melukai daku

Andainya kau pergi dahulu
Dari dunia
Andainya kau lihat syurga
Janganlah kau lupa daku
Sahabat karibmu

6w4d Scanned Result

|
Janin kecik sangat lagik. Tapi dulu dah nampak degup jantung.
Yg ni masa scan mcm tak gerak langsung. Degup jantung x der. So Prof Hashim nasihatkan aku sabar dalam 2 minggu. Makan jer dulu asid folik. Obimin rupanya lepas 18 minggu.

Selepas 2 minggu iaitu 24/6 scan balik dah nengok ada pembesaran atau tidak. Kalo tak der sah janin tak hidup dan aku samada nak cuci makan ubat atau buat D&C. Dua dua aku tak nak. Sakit. Tapi kalu betul janin tak hidup kenapa tak keluar semulajadi yerk ??
Itu yg aku heran.

So sekali lagi aku kena masuk wad 3-6 hari again. Kalo OK , gula aku mmg kantoi. Tapi kata Prof Hashim , Prof Norazmi tuh lembut orangnya. Lelaki ker pompuan aku tak tau lagik.

Prof Hashim cakap lagik , bagus aku dok wad. Anak yg bakal aku lahirkan sihat dan aktif mcam anak dulu katanya. Besar dan sihat masa lahir. Aku cam biasa booking nak keluarkan anak aku 8 bulan 1 minggu macam wardina.

Komplen Prof Hashin , sebelum jumpa ENDOKRINE , jaga gula / kulit kering sapu losyen bebanyak / jaga berat badan. Semalam timbang naik 2 kg . Cepat betul. 56.4 KG. Lantak ler . Dah tentu aku akan gemuk balik selama 9 bulan. Kalo baby ok ler.

Tadi pepagi BIBIK goreng nasik semalam campur sambal tempe semalam. Belasah semangkok.

Balik sat lagi ntah apa lagi Bibik masak ??? GEMOK GEMOK

Kehamilan - Penjagaan diri dan anak dalam kandungan

|
Oleh Profesor Madya Dr. Zaleha Abdullah Mahdy

(Pakar Obstetrik dan Ginekologi)
Ketika mengandung, anda dan bayi berhubung rapat dan kesihatan serta kesejahteraan anda berdua turut berkait. Atas sebab inilah, anda perlu menghadiri pelbagai pemeriksaan antenatal bermula dengan trimester pertama, sebelum minggu ke-12, bagi membantu doktor anda memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.

Seperti kebanyakan ibu, anda mungkin keliru dengan ujian-ujian yang anda perlu ambil. Anda mungkin merasa risau terutama jika doktor mengarahkan supaya anda mengambil ujian khas bukan rutin. Berikut adalah penerangan tentang pemeriksaan antenatal dan ujian-ujian yang dilakukan supaya anda faham kepentingannya.

Pemeriksaan ibu
Pemeriksaan antenatal yang pertama. Doktor anda akan meneliti sejarah perubatan, dengan penekanan kepada tahap kesihatan dan gaya hidup anda sekarang. Anda juga akan menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal yang merangkumi ujian tekanan darah, jantung, paru-paru, tiroid, payudara dan gigi.

Ujian darah turut dilakukan bagi mengesan kemungkinan anemia dan status anda berkenaan jangkitan sesetengah penyakit (seperti status imunisasi rubella, Hepatitis B dan status pembawa HIV).

Pemeriksaan rutin selanjutnya. Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan (yang mungkin menyebabkan anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap), anda akan berjumpa doktor sekali sebulan sehingga minggu ke-28, setiap dua minggu selepas minggu ke-28 hingga minggu ke-36, dan setiap minggu selepas minggu ke-36 sehingga kelahiran bayi.

Setiap kali, doktor anda akan menimbang berat badan, mengambil tekanan darah dan menganalis air kencing. Prosedur ini membantu beliau mengenal pasti sebarang tanda amaran pre-eklamsia, sejenis kombinasi tekanan darah tinggi, simpanan cecair berlebihan dan protein di dalam air kencing.

Turut dikenali dengan nama pre-eclamptic toxaemia, kejadian ini berlaku ke atas satu atau dua daripada setiap 20 orang ibu, terutama di trimester kedua kandungan mereka. Pre-eklamsia yang tidak teruk boleh dirawat, tetapi jika tidak dikawal ia boleh mengakibatkan eklamsia dan sawan serta koma.

Sampel air kencing anda juga akan diuji untuk mengesan sebarang jangkitan dan gejala diabetes kehamilan. Diabetes jenis ini disebabkan oleh kandungan dan perlu disahkan dengan ujian lanjut. Ubatan-ubatan dan perubahan diet seharian yang diselia oleh doktor mungkin diperlukan bagi mengawal kandungan gula di dalam darah.

Anda juga mungkin diberi suntikan vaksin tetanus, biasanya selepas minggu ke-22, bertujuan untuk melindungi bayi anda daripada jangkitan kancing gigi selepas lahir. Jika anda mengandung anak sulung, suntikan ini biasanya diulang sebulan kemudian.

Pemeriksaan bayi
- Dengan sentuhan
Dengan tekanan tangan yang lembut ke atas abdomen anda, doktor akan mengesan kedudukan atas rahim bagi menilai tumbesaran janin. Dari minggu 34 atau 36, doktor mungkin meminta anda memantau pergerakan bayi.

Jika bayi mendapat bekalan oksigen yang secukupnya, dia patut bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 12 jam. Bayi mungkin kurang bergerak jika dia mempunyai kembar atau jika si ibu merokok, menghidap diabetis atau tekanan darah tinggi.

- Dengan mendengar
Masuk minggu ke-14, doktor anda akan mendengar degupan jantung bayi dengan menggunakan sonicaid elektronik atau, selepas minggu ke-22, stetoskop janin berbentuk trumpet.

Pada tempoh dua bulan terakhir kandungan dan jika perlu, doktor mungkin menjalankan ujian kardiotokografi yang mengukur degupan jantung bayi dengan monitor elektronik.

Bunyi, rentak degupan dan kadar degupan yang ganjil bermaksud bayi mungkin tidak sihat.

- Dengan imbasan
Imbasan ultrabunyi (ultrasound) akan dilakukan seawal mula hamil. Imej janin di skrin boleh menenangkan anda dan mengesan tahap tumbesaran janin.

Imbasan mungkin dilakukan dengan lebih kerap jika anda pernah mengalami keguguran atau mengalami pendarahan atau kesakitan. Begitu juga jika doktor mengesyaki janin tidak membesar seperti sepatutnya.

Ujian-ujian khas untuk mengesan keganjilan kromosom. Jika anda berusia 35 tahun ke atas, atau terdapat risiko penyakit keturunan atau bayi terdahulu dilahirkan tidak normal, doktor mungkin menasihatkan anda untuk menjalani ujian-ujian khas seperti berikut.

- Ujian Darah
Ujian Triple pada minggu 14-16 mengukur tiga jenis komponen kimia darah (AFP, estriol dan hormon kehamilan yang dinamakan hCG) untuk mengesan kemungkinan kecacatan tiub neural (seperti spina bifida) dan sindrom seperti Down.

- Imbasan
Imbasan Nuchal Translucency mengukur pengumpulan cecair di belakang leher bayi. Ia dijalankan di minggu 10-12 bagi mengesan pelbagai gejala sindrom Down (sejenis keganjilan kromosom yang membantutkan pertumbuhan) dan Turner (keganjilan kromosom yang membantutkan tumbesaran dan perkembangan kelamin bagi bayi perempuan).

- Ujian Invasif
Amniosentesis, yang boleh dilakukan bila-bila masa selepas minggu ke-13, ialah sejenis ujian di mana jarum dicucuk ke dalam abdomen untuk mengambil sampel cecair di dalam rahim. Cecair ini digunakan untuk mengesan sindrom Down dan keganjilan kromosom yang lain.

Sejenis lagi ujian invasif ialah Persampelan Vilus Korion (Chorionic Villus Sampling) yang boleh dilakukan pada hujung trimester pertama atau lebih lewat dari itu. Jarum digunakan bagi mengambil sedikit sampel tisu dari uri (placenta) bagi mengesan sindrom Down dan penyakit darah seperti talasemia. Ujian-ujian invasif ini sangat penting terutama jika bayi disyaki mempunyai masalah kromosom atau keturunan.

Semua ibu berdoa untuk mendapat bayi yang normal dan sihat. Oleh itu anda perlu bekerjasama dan bersedia untuk menjalani pemeriksaan antenatal dan ujian-ujian lain yang mungkin anda perlukan. Tidak ada ujian yang sempurna dan kadangkala keputusan yang diperolehi kurang tepat.

Bagaimanapun, adalah penting bagi anda mengetahui status dan perkembangan diri anda serta bayi. Maklumat ini membantu anda menyiapkan diri bagi memelihara kedua-dua ibu dan bayi, dan membolehkan anda mengambil langkah awal jika salah seorang berada di dalam keadaan yang membimbangkan.

Aku dan Kencing Manis

|
Hari ni last day kerja wholeday selama 8 hari. Esok Assistant dah start balik dari cuti panjang. Lega aku rasa. Yerlah seharian selama 8 hari aku kerja . Ayam Ayam Ayam. Sampai kengkawan pun save nama aku dalam HP letak Mak Ayam.

Ingat hari ni nak poser. Tapi rasa cam nak kena HYPO. Gula dah turun sebab tak makan pagi. Pegi Pasarakyat nak beli barang kedai aku beli Nasi Putih Ikan Kembong Asam Pedas kat Uncle.

Esok aku jumpa Prf Hashim (GYNAE) . Rasanya terus detail scan dan masuk wad petang tuh. Level gula start amik sebelum makan malam.

Endokrine plak jumpa selepas 3 hari. Terbanglah RM aku bayar duit spital. Nak claim insurance tak layak. Nasib badan.

Soalan dari TAQRIZ ~

Diabetis Type 2 - BODY FORGETS HOW TO USE INSULIN

Inilah yg dialami selama beberapa tahun kebelakangan ini.
Badan susut akibat makan ubat control gula. So kalo ORANG GEMUK makan ubat kencing manis mmg bleh KURUS cepat.
Tak boleh lapar. Tak boleh banyak sangat jenjalan.
Kenkadang berpeluh mengigil nak pitam. Dahaga terlalu dahaga setiap aktu. Tandas 10 kali atau lebih sehari. Tengah malam pun bangun minum dan kencing sekali.

Anak sebelum WARDINA dan 5 bulan dalam perut baru GH cakap ada CYST. Sebab tuh aku benci GYNAE kat GHKL. Sorry !!
Pegi HUKM terus checked dan dapat result yg baby tak NORMAL.
Buah Pinggang tak membesar. Kepala BABY tak bulat. Daddy sign surat dan aku kena masuk ubat 5 kali dan 3 hari aku menderita sakit nak beranak.

Mintak ampun kat MAK / ABAH dan SUAMI kalo ada doser baru ANAK yg terpaksa aku KORBANkan keluar tepat waktu maghrib.
Anak LELAKI dah pecah perut dan kaki terpisah dari badan. Usia 5 bulan. Muka seperti diukir. Jari terbentuk. Aku MENANGIS 2 bulan.
Daddy tanam daun pandan atas kubur baby. Sekarang berulang lagi.

Salah siapa aku kena kencing manis. Entahlah. Malas nak fikir. Ubat pun tak makan. Kalo makan tak larat nak jenjalan. Badan makin kecut.

Kasihan anak...mummy degil anak jadi mangsa. MAAFKAN mummy anak anak.

Hilton KL Sentral Sous Chef RM 5.0 k

|
perghh...gaji basic jer 5 ribu. Masuk kerja kena gi Jepun buat promosi ngan TDC.( Nak suruh RIZAL gi jumpa Kak Lela)
Elaun lain lain ..service point lagi.
Kaya Kaya Kaya.

Aku semalam terketar tangan pegang surat tawaran kerja kawan lama aku si Rizal. Terkejut giler aku. Walaupun ada Sijil Rendah Pelajaran sahaja / anak kampung / orang susah / adik beradik ramai / mak dah lama meninggal.......inilah namanya REZEKI.

Rizal kawan baik aku masa anak dara dulu. Bukan boyfriend tapi BEST FRIEND. Pegi mana mana pun ABAH percayakan RIZAL jer . SO kalo masa tuh nak gi dating ngan daddy..RIZAL jadi mangsa.

Sekarang Rizal baru 6 bulan kahwin. 2 Bulan pertama kahwin dia tinggalkan orang rumah pegi keja jadi Head Chef kat MEKAH masa musim haji.

Balik Mekah lepas sebulan orang rumah dah ngandung. Skang sama jer usia baby dlm perut cam aku.
Pastuh skang bertambah lagi rezeki ngan tawaran kerja yg akan menjadikan si RIZAL orang kaya baru. Yerlah hidup sederhana tapi RM banyaknya. Itulah rezeki si RIZAL sebab dia bela adik adik dia 7 orang ngan bapak dia.

Sekarang semer adik adik dia dah beso..bapak si Rizal pun dah dapat ORANG RUMAH baru selepas bertahun tahun susah payah bela anak anak.

RIZAL pun tak pernah lupakan aku....walaupun aku dari dulu sampai skang anggap dia KAWAN BAIK aku jer. YErlah sejak aku ngan DADDY , baru tahun lepas RIZAL betul betul dapat calon dan terus jer NIKAH.

Apa apa pun RIZAL ....kau kawan aku dunia akhirat.



Ayamas Spicy Siam Roaster

|
Sedap nyerrr..memang sedap ayam perasa SIAM . Actually rasa TOMYAM , tapi kalo dah di panggang ..sedap betul.

Launching 15 June. tapi aku dah belasah masa food tasting ngan BOD kat HQ 3 bulan lepas. Harga mahal laks..tapi yg herannya kalo bawak leaflet dapat harga 11.95. Kat aku ada 2 ribu keping bleh ler aku sedekah kat customer bebanyak.

3 Julai Skuad Perodua Era dtg kedai aku buat rounding ngan promosi. Sedekah ayam free budget dalam 50 orang makan. Termasuk aku kena ler aku masak 10 ekor..gegegege

Ahad nak kena beli daun ketumbar / cili padi / daun limau purut / cili padi. Untuk hiasan luar alto shaam. Kalo letak dalam mau melecur kepanasan.

Sedap sedap sedap......

Detail Scan HUKM 10 June 2004 Prof Madya Mohd Hashim Omar

|
Lagi dua hari penentuan kepada kandungan aku nie. Kalau Ok aku bersyukur teramat amat. Kalau tak Ok aku redha. Kali ini aku lebih bersedia. Bukan aku tak nak terima atau suka aku tak perlu dibedah lagi , tapi aku terpaksa redha dari melahirkannya dan membuatkan baby terseksa dengan segala apa yg tak kena pada dirinya nanti.

Detail Scan kat tingkat. Nak nengok tulang belakang / jantung/ buah pinggang / dan kebulatan kepala baby. Yg lelain tuh nengok bila dah besar skit. Macam jari kaki / tangan /ukurlilit perut.
Minta minta lah semer normal.

Aku pun dah start ngan spirulina / obimin / asid folik mcm biasa.

Pepagi 10 June nanti dah sure tak leh sarapan. Darah diambil setiap kali sebelum makan. Hancur ler urat kat tempat biasa yg bleh amik darah nie.

Kalo semer dah confirmed, aku sure dapat jarum suntikan yg berlambak dan insulin Lispro . Dan bermula lah detik detik kehidupan aku selama 9 bulan bersama Jarum Suntikan dan Insulin yg aku kena usung kesana ke mari.

Kena ada buku catatan gula lagi..adoii...bosannnnnnnnnnnnn.

Dan aku akan selalu ler tidor kat spital untuk measure level gula aku sebulan 2 kali. Pastu kena jawap soalan soalan yg sama dari doktor dortor pelatih kat HUKM tuh. Pastuh kena jadi model masa dorang amik exam dalam dewan kuliah. Aku sure dibogelkan separuh badan lagi untuk tatapan doktok doktor lain. Ahhhhhh...lantak ler ...

Hari ni level gula aku rasa tinggi. PEpagi aku dah bantai nasik lemak rendang ayam. Semalam nasi minyak orang kawin.

Tak per ...esok aku posa .....hahahahhaa


Gaya Tidur

|
Gaya tidur dedah tingkah laku


SEORANG ahli psikologi salah sebuah universiti tempatan pernah berkata, tingkah laku manusia agak sukar untuk difahami.

Ini kerana, ia umpama `topeng' yang dipakai dan boleh berubah-ubah mengikut tempat, masa dan keadaan.

Sebab itulah, ada di kalangan pasangan suami isteri, rakan pejabat atau teman rapat masih belum dapat memahami hati budi masing-masing, sekalipun telah lama kenal antara satu sama lain.

Personaliti atau tingkah laku membezakan antara seseorang dengan yang lain, tetapi ciri-ciri ini stabil sekalipun pada bila-bila masa dan keadaan.

Personaliti berasal dari perkataan Latin, `persona' yang bermaksud topeng. Topeng-topeng yang dipakai ini sebetulnya, gambaran psikologi dalaman secara keseluruhan tentang diri kita.

Andai dalam pergaulan seharian agak sukar bagi anda untuk `mentafsirkan' tingkah laku seseorang, mungkin anda boleh melihat cara tidurnya. Pengarah Khidmat Nasihat dan Penilaian Tidur, University of Surrey di selatan England, Profesor Chris Idzikowski telah mengenal pasti enam posisi tidur yang popular.

Menurut beliau, kedudukan atau cara tidur ini menceritakan tingkah laku seseorang di bawah sedar. Ini kerana, ketika dalam keadaan jaga, ramai yang berhati-hati dengan bahasa tubuh. Antara posisi tersebut ialah:

* Janin dalam kandungan

Digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif. Seorang yang pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan relaks.

Bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.

* Batang balak

Orang yang tidur seperti ini tergolong dalam kelompok mereka yang tidak serius dan gemar bersosial.

Mereka mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.

* Mengiring dan tangan menghala ke depan

Seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain. Lambat membuat satu-satu keputusan, tetapi, sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.

* Tentera

Tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya. Mereka juga tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.

* Jatuh bebas

Mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung. Biasanya, mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.

* Tapak sulaiman

Mereka boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan. Secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.

Laman web, Indian.CL juga ada mengkelaskan beberapa cara tidur yang melambangkan personaliti seseorang seperti:

1. Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas

Anda digambarkan sebagai seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati. Tetapi, anda seorang yang boros, cuma anda bernasib baik kerana pendapatan juga lumayan.

Satu lagi, sikap anda yang tidak digemari ramai orang ialah suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip. Entah siapa pula selepas ini yang menjadi `mangsa' gosip anda!

2. Menelentang dan kaki bersilang

Mereka yang tidur dengan gaya seperti ini adalah seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan.

Mereka juga suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.

3. Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala

Cara tidur seperti ini melambangkan individu tersebut mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu.

Bagaimanapun, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya.

Dari sudut yang lain, anda adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masalahnya, anda sukar jatuh cinta dengan sesiapa. Atau, mungkin kerana anda seorang yang pemilih?

4. Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit

Jika anda tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam, anda berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka.

Kemungkinan, anda juga tidak mempedulikan hal orang lain. Anda juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda. Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur. Mungkin, masanya telah tiba untuk anda merobah cara tidur?

5. Tidur dengan cara sisi

Melambangkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan.

Ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan. Mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.

6. Sisi dan badan merengkok

Anda digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Mereka yang berada di sekeliling anda harus berhati-hati, kerana anda seorang yang mudah marah.

7. Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh

Berbeza dengan personaliti sebelum ini, anda adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa.

Bagaimanapun, ini bukanlah ukuran bahawa anda seorang yang sempurna.

Ada baiknya, anda belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup anda.

8. Sisi dengan sebelah lutut bengkok

Anda digambarkan sebagai seorang yang cerewet dan selalu merungut. Cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil. Anda perlu belajar untuk relaks.

9. Tidur seolah-olah dalam keadaan berdakap

Anda sebetulnya dalam kesunyian dan kemurungan kerana terlalu obses dengan kegagalan masa lampau dan masalah yang anda hadapi.

Tidur dengan cara ini juga menggambarkan, bahawa anda seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan. Ini menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa anda hilang kasih sayang dalam kehidupan.

10. Berselubung dalam selimut

Jangan terkejut kalau dikatakan, anda hanya kelihatan `macho' ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya anda seorang yang amat pemalu dan lemah.

Anda juga menyimpan banyak rahsia. Tetapi, jika anda berdepan dengan masalah, anda hanya memendam dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa.

Atas sebab itulah, wajah anda juga sering berkerut ketika tidur.

ABAH

|
Rindu nya kat abah. Dah berapa bulan tak jumpa abah. Dari wardina lahir sampai umur 6 bulan abah dok umah aku.

Bila dah lama sangat abah jemu sebab susah nak pegi jenjalan pepagi. Kaki pun bertambah bengkak. Abah pun semakin gemuk. Last last abah surrender, nak balik Ipoh. Alasan kesian kat MAK tinggal sensorang. Walaupun MAK keje ngajar pagi sampai petang. Abah nak jugak balik Ipoh.

Semalam MAK balik aku kirim ayam percik kegemaran abah. Cili Ayamas sepeket. Duit pencen cam biasa aku kasik seratus dulu. Nanti tengah bulan tambah lagi.

Kesian abah, sejak kena stroke / kaki operate abah dah tak cam dulu.Dulu abah selalu bawak kiterang adik beradik jenjalan round kampung kampung orang kat perak. Sejak abah tak leh bawak kete..sunyi sangat.

Tapi skang sejak semer dah berkereta , sesekali balik Ipoh mesti nak kena bawak abah jenjalan walaupun penat.

Kawan kawan ABAH yg cina cina tokey kat Ipoh pun selalu gak bawak abah gi minum teh petang petang. Sampai tadi aku call pun abah nak kuar lepas asar nak gi eksais kaki ngan lepak ngan kengkawan cina dia kejap sampai kol 6.00. Pastu abah sure lepak kat surau ngan geng UmNo dia.

hmmmmm....malam tadi mimpi kat abah. Mmg aku RINDU kan ABAH.

tempoyak ikan bilis

|
ikan bilis
petai
tempoyak

cili padi
kunyit hidup
santan
garam
daun kunyit



tumbuk kunyit hidup bersama garam
masukkan cili padi.
tumbuk halus.
gaul sebati tempoyak dalam lesung batu dgn cili tumbuk.
masukkan ikan bilis dlm periuk.
masukkan bahan tumbuk bersama santan petai daun kunyit dihiris halus masukkan sekali.
masak api perlahan hingga pekat sedikit.

sedap dimakan ketika x de selera. makan bersama nasi panas

****
RESEPI DIWARISI DARI WAN PAHANG.





tanah api air angin

|
1) Tanah - Anak pertama, kelima & kesembilan
2) Air - Anak kedua, keenam & kesepuluh
3) Api - Anak ketiga, ketujuh & kesebelas
4) Angin - Anak keempat, kelapan & ke dua belas

TANAH
Individu yang tergolong dlm kategori ni dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu.
Mungkin tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berperindian. Namun ini bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakanlah setiap perubahan itu secara perlahan-lahan. kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa besifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan kedua-dua keperibadian positif dan perbaiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia in memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.


AIR
sesuai dengan unsurnya, individu yang tegolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang bejiwa agak sensitimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih keseorangan... bolehlah mula mencari teman yang terdiri dalam kategori ini!


API
Individu yabg tergolong dalam kategori ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang disekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari ketegori ini diaktakan memiliki sikap sering
berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.


ANGIN
Bijak komunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disegani oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin agak membimbangkan sesetengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tegolong dari unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

hadiah besday

|
kuang kuang kuang

disebalik hadiah perot boncit yg aku dapat di hari jadi aku ..

aku balik umah ..tetiba wardina kasik kotak ..kotak jam POLO.
nak nangis aku..ha ha ha ...dah lama tak pakai jam sejak aku dirompak.

POLO ada kad warranty . aku dengan selamber tanya daddy..beli kat PS ker ?? MAK aku jeling mautszzz

oOoOoOO..kat kedai jam kat JUSCO. mmg cun..sepadan ler ngan beg aku.

tima kasih daddy..i love u so muchh!

sedapnya MAK masak

|
dua tiga hari ni sedap makan.
yerlah ari ari aku sure tanya MAK nak masak apa.
kasi jer duit laju jer mak pegi pasar kat bawah tu.

semalam besday aku mak masak roti jala ngan kuah durian.
lauk makan tengahari jer dah 4 jenis. yg paling sedapnya ..asam pedas ikan tenggiri. aku sampai hirup kuah walaupun pedas giler.

dah tau mengandung baru ker aku perasan aku tak der alah macam ngandung wardina dulu. tapi cam biasa aku nak makan macam macam. dulu aku makan otak lembu masak tempoyak. kali nie pepagi aku dah teringin meehoon sup lidah lembu. aku sanggup paksa staff aku gi kuchai jaya belikan mee tuh sambil amik ayam kat depot kuchai.

tadi aku kasik duit kat mak suruh pegi pasar pudu ngan adik aku. aku teringin nak makan ikan haruan masak kari. terjelir lidah adik aku dengo...ha ha ha

apa apa pun 10 june nie ...aku menghitung hari !

surprise giler

|
ada lagik kejutan kejutan di hari jadi ku ..

ha ha ha ha ha

aku terperanjat giler..mmg nak pitam aku dapat berita.
tahniah ..akak mengandung 3 bulan.
aku mmg rasa nak pitam..ingatkan demam biasa ..rupanya luarbiasa.
mmg aku tak sangka ...ngan sakit aku yg tak terkawal...aku mengandung lagi.

8 tahun aku tunggu baru dapat wardina ...sekarang aku mengandung lagi.

ya allah..aku rasa nak menangis..dan aku memang menangis dari pagi sampai tengahari.

aku suka tapi aku risau..
aku takut baby tak normal lagi mcm sebelum wardina.
semernya salah aku..gula tinggi...baby abnormal. dan terpaksa aku terminate medical termination dlm usia kandungan 4 bulan lebih.

sakit yg amat. dan yg ini..aku terpaksa tunggu 10 june.
prof hashim and prof jamil semer ke australia ada seminar gynae.
yg lain tak leh handle kes aku.
prof khalid tak de..
aku kena jumpa prof norazmi.

berdebar debar satu badan aku geletar . nak tunggu 10 june lambat lagi.
aku dah start belasah asid folik dan obimin.
spirulina aku telan 10 biji sehari.
aku tak makan semer kuih manis..air manis dah tak minum.
fresh orange tak de gula..tak de ais. sebab batuk aku tengah menggila.

well.....hadiah harijadi aku....baby baru..

ya allah..selamtkan lah anak dalam kandungan ku

selamat hari jadi

|
hmmm

aku dah semakin tua. hari ni besday aku. yg gempaknya staff buat parti utk aku. kek coklat dan hadiah wallet bum equipment . terlejut jugak. rupanya dah di rancang senyap senyap. daddy ngan mak plak tetiba sampai ngan wardina dan sharmaine dan adik pompuan aku sorang tuh si janda suraya.

malam tadi adik aku si janda hantar sms ucapkan selamat hari jadi berserta luv u always. aku terharu

mak sampai dari ipoh dgn sharmaine pukul 12.30am.

pukul 1.30 am daddy pegi amik si INA plak kat pudu.

aku besday nengok memori akademi fantasia..hehhhehehe

DIABETIS

|
DIABETIS

menjawab pertanyaan kengkawan...

aku ada diabetis @ kencing manis
kronik mmg kronik

doktor kesayangan aku ...PROF MADYA DATO DR KHALID KADIR

dulu DATO kat HUKM ...tahun nie dah bersara ada kat PANTAI MEDICAL / SUNWAY MEDICAL.

so aku pun terhenti lah jugak bab medical check up ni.

hmmm...control makan...mmg aku dah lama dah imun pasal control makan ni

aku dah semakin kecik ler sket dari dulu...luka takde ...jantung ok kot..buahpinggang ok kot...
mata kabur sikit kot...

aku KOT KOT kan jer semer ...sebab malas nak amik port.

aku dan makan AVANDIA ...GLUCOPHAGE..AMARYL....yg murah murah kat GH pun berlambak..

masa ngandung dah injek macam mat pet..insulin..

diet semer aku hafal..
sugar index semer aku hafal...

so aku dah malas nak dengan syarahan lain lagi pasal apa apa yg bersangkut paut ngan KENCING MANIS ku..

aku akan sengsara satu hari nanti dengan hebatnya ....

bibik

|
hari pertama bibik kerja gantikan auntie.

kaki auntie bisul dah semakin teruk.
dah bengkak bernanah dan auntie demam teruk

anak aku mmg tak nak ngan bibik baru...nak auntie gak..
tapi apakan daya ..auntie dah tua gemuk sakit lagi.

so bibik baru hari ni mula jaga wardina dan kakak.
tak tau masak sebab baru jer datang malaysia.
aku suruh dia belasah jer masak apa apa .
asalkan jgn kasik makan pucuk ubi sudah.

mata si bibik bengkak pagi tadi. nangis rindu kat anak dia kot.

tak per lah bibik..nanti kita gi jalan jalan KLCC.

kenapa nak marah

|
hari ni kedai bersih giler ..

yer lah ada anak dara kerja morning ngan aku..

kain bersih..semua area sejuk mata memandang.

semalam aku dalam lelah teramat...sempat nak mengamuk

-dinding kotor
-saferoom tak bersapu
-coldroom berbau
-glass panel tak licin...byk tapak tangan bebudak
-number tag tak de kat bakul
-baldi mop tak bersih
-mop berbau
-chemical room ber terabur
-bilik tidur@sembanhyang tak mop
-lantai office aku tak sapu
-trolley tak service


aku faham dorang semer letih sebab catering...tapi ...mmg semak mata aku memandang.

hari ni si RASHID yg off day pun datang bantu aku ngan banking dan tukar coins sikit.
hisan dan nizam setel kerja belakang.
imah dan suraya plak tolong depan.

memang kemas ..bersih...hilang lelah aku..

staff aku mmg bagus...nanti belanja steak kat ampang putra !!

jadual harian - AIN

|
ISNIN - AHAD

5.00 pagi bangun dan bersiap

6.00 pagi tunggu bas

7.00 12.30 tgh CONVENT BUKIT NANAS 2

2.00 pm sampai rumah

2.00-3.00 pm rehat makan tv

3.00 pm - 5.00 pm TUISYEN

5.00 pm - 7.00 pm tidur petang

7.00 pm - 7.30 pm Muqaddam

7.30 pm makan homework tv
main dgn adik

9.30 pm tidur


HUJUNG MINGGU

JUMAAT 4.00 - 5.00 PETANG IQRA/MUQADDAM

SABTU 9.30 - 11.00 PAGI IQRA/JAWI/MUQ

AHAD 9.30 - 11.00 PAGI IQRA/FEQH/MUQ

kenapa demam...

|
aku demam...

setahun sekali aku mesti demam teruk teruk.
kali ni aku demam panas yg amat panas.
mata pedih..hidung pedih..kepala sakit.
dada aku sesak..tambah dengan batuk lagi.

tensen tensen..tapi aku banyak bersabor..sabor...dan terus bersaborr..

temperature aku 41....mmg aku demam...bukan demam kura kura.
aku terus bekerja walaupun MC aku dapat 3 hari.
yerlah assistant aku ke cheras..sbb aku sebelum demam dgn relahati kasi org pinjam..sekarang padan muker aku .

aku bertahan..makan ubat dan tenangkan diri kat tempat kerja..
ada catering aku setelkan perlahan lahan .
tarik nafas berhati hati...tenangkan otak aku..

nampaknya staff aku pun cam memahami..semuanya kelihatan aman damai sebab aku DEMAM.

ISNIN aku terpaksa di MC kan sebab aku dah semakin teruk.

SELASA memenuhi janji pada kawan kedai cheras..aku pinjamkan semula assistant aku walaupun aku masih lagi tenat.

aku batuk tanpa henti..muntah 4 kali ...duit byk abis asik beli makanan tapi tak makan

sup cendawan..pedas
mee hailam...pedas
poriddge mcd....ada sesame oil
ayam..aku jemu

aku geram...lapar sangat ..belasah 1 kotak besar Peel Fresh. ..keputusunya ..aku MUNtAh lagi sampai terkencing kencing..

itu lah kisah aku demam ....

Nur Wardina Sophiellea Qistina

|
Adik sekarang umur dah 1 tahun 6 bulan ..
Dah makin kuat dan hebat
dah terror macam macam ..yg tak terfikir kat paler aku ngan daddy.

- buang sampah masuk terus dalam tong sampah
- lap air tumpah , amik kain kat dapur lap sampai kering.
- kemas buku sekolah / komik kakak
- kutip dan kemas mainan sendiri
- bukak pampers ..sehari 3 x kot..yg baru pakai
- kalau ter EEK EEK ...pergi toilet ..bukak pamper sendiri jugak
- dah pandai cakap sket ....mummy..daddy..kakak..ain..adam..pakcik...ball..ayam..air
- pecahkan pinggan mangkuk dah berlambak
- tumpahkan rempah rempah
- hantar baju daddy yg kotor pergi washing machine


mmg aku rasa terover sebab terlebih suntikan insulin masa aku ngandung dulu kot ....

ntah ler ..aku vitamin mana ler ada makan bebanyak..yg aku belasah spirulina jerlah...tuh pun sebab nak kuar wad cepat...so level gula aku nampak ok jerlah.

apa pun aku bersyukur...mungkin ini jerlah zuriat aku...7 tahun aku tunggu

doa doa aku selama aku mengandung semuanya termakbul...mmg DIA mendengar segala permintaan aku ...

Nur Wardina Sophiellea Qistina

|
It's been a long and winding journey
But I'm finally here tonight
Picking up the pieces
Walking back into the light
To the sunset of your glory
Where my heart and future lies
There's nothing like that feeling
When I look into your eyes

My dreams came true
When I found you
I found you, my miracle

If you could see what I see
That you're the answer to my prayers
And if you can feel
The tenderness I feel
You would know
It would be clear
That angels brought me here

Standing here before you
Feels like I've been born again
Every breath is your love
Every heartbeat speaks your name

My dreams came true
Right here in front of you
My miracle

If you could see what I see
You're the answer to my prayers
If you could feel
The tenderness I feel
You would know
It would be clear
That angels brought me here

Brought me here to be with you
I'd be forever grateful (oh forever grateful)

My dreams came true
When I found you
My miracle

If you could see what I see
You're the answer to my prayers
If you could feel
The tenderness I feel
You would know
It would be clear
That angels brought me here (x2

AIN ...sekolah agama al ummah

|
hari ni first day AIN gi skool mengaji private dia.

aku nak anak aku pandai semua ...semua apa yg dia boleh jadikan diri dia budak pandai.

mahal mmg mahal...aku tak peduli...
duit aku malas nak fikir ..kalo budget lari ...ha ha ha
mintak tolong MAK.

Jumaat Sabtu Ahad ...kakak AIN akan sibuk ngan pembelajaran agama dia.

IQRA MUQQADAM JAWI FEQAH....

memula tadi dok nangis sebab mengantuk lagi katanya...
aku ngan angin yg memuncak apa lagi..hanger ler jawabnya..
satu kedai tersenyap...sib baik x de customer.

dah 5 minit bari diam...pakai tudung nak pegi kelas.

lepak kedai tomyam tunggu AIN abis kelas dalam hujan panas yg agak lebat.

staff aku si rashid gie tolong amik.

seperti dijanjikan...AIN guna komp nak main games looneytunes.
aku punch break terus gi lelap.

puashati...dua sama !

aku bersyukur teramat...ALHAMDULILLAH

wan pahang

|
tadi tepon WAN kat Ktn. Amik pencen katanya.
WAN dah tua. dok sensorang kt kg yg aman damai.
Umah WAN mmg selesa kampung homes. si sophiellea berlari lari sampai lelah ler .

WAN dah ada CUCU/CICIT tapi tak ramai. Anak lagi le tak ramai.

masa sembang ngan aku, WAN dengan senang hati dok menggambarkan kesukaan hati dia .
aku iyerkan jerlah .. yerlah takkan nak cakap tak nak plak.

kata WAN ....senang hati kalo mati..mata terpejam..
aku faham..mmg itu yg WAN impikan
semua bersatu kembali setelah sekian lama.

AL FATIHAH untuk arwah AKI......

kalo AKI ada lagi tak jadi cam ni..
entahlah..lupakan jerlah ...perahu x leh gostan.

sekarang dah bertambah aman..semoga hingga bila bila.

kantoi terkantoi wehh

|
hmmmmmmmm......

lama tak contiang...hari hari bukak nak nulis..tapi ada jer yg dok sebuk ..cam biasa ler ..menung tepi meja aku.

ha ha ha ....padan muker ..aku letak dua staff jer petang
so dengan bangger nya aku pun menulis tanpa gangguan

byk yg terjadi...streamyx ada gangguan..phone line sangkut...UPS dropped..

sampai 3 engineer dari DTS melawat kedai aku...biasa ler lepas kena maki ngan boss besar aku.

oh yerr..boss besar melawat..aku cam biasa kena basuh diatas kepandaian bebudak aku. hari hari dok peringatkan..tapi kena jugak aku benda yg sama.
AE aku plak melawat masa aku dok bergumbira makan roti bakar guna combi..

kantoi kantoi.

sib baik aku pelawa dia join sekali..tai cam biasa ler ..tak nak ..jaga status ler tuh kononnyer

terkujat kejap semer yg ada kat kedai masa tuh..aku plak ngan selambernya gi punch card , masuk pray room TIDO sejam..

aku bangun dia ada lagi..tapi tak der isu panas so buat ler muker seposen jerk.

janji sales kedai aku mmg maintain lebih 30k tiap bulan cukup..he he he




Stupid MONDAY

|
kejam nyer aku..menyalahkan hari isnin / senin ...benci sesangat kalo hari isnin.
lambat lagi nak jumaat.kalo dah rabu cepat pulak ke jumaat.

tengah mandi ..boss tepon suruh masuk awal ..

terkejar kejar aku ngan bodohnya buat FM untuk kedai org..
aku yg letih ..kedai lain yg sales naik.

rerupanya kedai dorang trip.. MANAGER bangang tak reti nak check..
yg paling cilaker nya ..staff aku tetiba plak nak gi interview POLIS ler pulak...
yg OD plak malas plak nak keja ..nak OD gak..
maka dengan terkangkang nyer aku berlari lari buat keja
yg technician plak datang nak upgrade plak...dah cashier tak leh pakai... sales pagi plak mmg ler sibuk...

adoii adoiii....tensennyer aku

mmg aku tersangat ler bengang...keja bertimbun aku tak buat dahh...dah malasssssssssss sesangatttttt

aku pening

|
pening pening

my blog mood

|
petikan dari blog kak shahrina EXPLORACE ...



Seriously, I think blogging's a good exercise for us to express ourselves freely in our own mixed-up words.. I mean, if I'm stressed/tensioned with something.. after writing it down and sharing it with fellow bloggers, I feel my burdens lifted away and I'm OK again.. Same thing if I'm happy with something.. Writing it down makes me feel that I'm spreading the joy to the world.. Cool ey!

minggu yg meriah

|
minggu yg agak memeriahkan kat umah aku....

tetamu tetamu tetamu.....umah aku mmg umah rezeki...tiap weekend ada tetamu..he he he ..

masyuk masyuk...tetamu balik anak aku meriah ngan ang pau

mak ngah aku daru ktn datang ngan anak dia @ sepupu pompuan aku si ct emi aminah..
angah gi cameron tinggalkan emi kat umah...clear kain berlonggok dlm bilik hasil kerjatangan si emi...

malam pulak acu raub dah tepon pagi pagi buter ajak makan bbq kat umah adik ipar dia angah uji. nak berpoya ngan cucu dia katanya...

mangsa pada semua ini ialah laki aku...keh keh keh
tiap kali off day tak pernah rehat kat umah..ada jer projek projek makan angin. maklum ler drebar bertauliah..sapa suruh tak paksa aku belajo balik bwk kete...

ain plak ada birthday party kawan dia budak cbn kat mcd ampang park.

aku keje jerlah sampai mlm sambil tak renti renti telefon daddy tanya apa khabo baby aku..

huh..nyampah nyer ..QA tengah dok round plak...

cioooo dulu aku dah gabra ni QA nak maii

bowl bowl LING ...yong tau foo

|
semalam lepak kat ampang point...hajat hati nak main...
hmm..buang masa je naik escalator ...semua fully booked sebab ada tournament.
malas tul aku nak turun balik...dah ler bersimpang siur nak memusing..

last last sibok usha baju bebudak..usha jer ..keh keh keh

aku beli kitchen gloves atau nama komersial nyer ..aku tak reti nak sebut..
lawa tapi nipis gak...bleh ler gak melecurkan tapak tangan kalo angkat ayam panas panas gitu..

kol 10.00 pm ampang point TUTUP .. aku ajak daddy pegi makan ....

makan ampang homeland yong tau foo

staff aku plak tiga tiga sekali terbingai bingai tak tau camner nak makan
yerlah nasi putih dah sampai ngan ball semer...sawi oyster dah sampai..ikan asam x sampai lagi..

masing masing baca bismillah ribu kali kot ..ha ha ha
yerlah ...staff kat situ ramai cina ngan indon...tapi satu kedai penuh ngan melayu

aku cakap belasah jer jgn was was..

dalm tak reti tuh bertambah nasik si HISAN...si rashid ngan nizam surrender ..dady plak DBKL abiskan apa yg tinggal..

aku cam biasa ler kena jaga si kecik...merata buat lawatan kat meja org lain...kalo aku bagi tabung satu sure ramai yg donatenyer...ha ha ha

kutu loceng mummy

|
ha ha ha

ari ni bersilau mata bebudak kedai nengok tangan aku ..

dengan selambernya hasil duit kutu telah berjaya mendapatkan gelang tangan yg serba moden utk aku .. kui kui kui

aku tambah lagi ngan loceng dua biji...so genap ler harga gelang aku 1.1 k.
so bleh ler guna masa sesak !!! choi!!!!

duit kut aku tak lengkap lagi dapatnya ..tensen tul aku..sikit sikit kak ayu anto kat aku...cuba kalo turn dorang dapat..laju jer suruh aku bank in.

si RIA plak kecoh sbb aku tak nak kasik no. akaun maybank aku...bukan apa aku tak nak serabut ngan dorang bank in camtu..kang ada lagi yg ngaku dah bayo tapi tak bayo..

ingat ati nak shop baju ain and adik kat ampang point..bleh tahan gak design siap ada less 50% lagik..

nengok ler ptg kang...kalo tak ujan...jln tak jammed!

burung bertenggek

|
lama aku tak menulis..yerlah dari buku ke blog nie.
hari hari aku asik membaca blog blog yg aku anggap berjaya betul mencuri hati aku.
bukan nak menyebok baca kisah idup org lain..tapi aku kagum cara penulisan dorang.
sedih , nak gelak , meluat , bosan ..semua ada . berjaya ler tuh namanya sebab buat aku tak kelip mata usha hari hari.
camner yer hari hari bleh nak tulis panjang panjang. aku rasa kalo aku mmg minat boleh jugak kot.
tapi camner ler aku nak curah isi hati aku panjang panjang....ada jer yg bertenggek kat pc dalam ofis nie nak nengok apa yg buat aku berdiam sejam masa break.

aku gelak jugak..yerlah dulu aku kecoh 8 jam kerja..tak pernah aku nak sediam dan sebaik ini. kui kui kui

so kesudahannya aku berhenti bila ada jer burung burung yg tak diundang ni bertenggek kat meja aku.....

L.O.V.E

|
Dear friends,

What would you do if every time you fell in love with someone you had to say good-bye?

What would you do if every time you wanted someone they would never be there?

What would you do if for every moment you were truly happy there would be 10 moments of sadness?

What would you do if your best friend died tomorrow and you never got to tell them how you felt?

What would you do if you loved someone more than anything else and you could never have them?

Some people live and some people die.

But I want to tell you I love you and you are a true friend...

That I will always be here for you when and if you need me...

If I died tomorrow, you would be in my heart forever.

Would I be in yours?

If you care about the person who sent this to you then you will send it back.

Please send this to all your friends...

You might be best friends one year, pretty good friends the next year, don't talk that often the next year, and don't want to talk at all the year after that.

So, I just wanted to say, even if I never talk to you again in my life, you are special to me and you have made a difference in my life.

I look up to you, respect you, and truly cherish you.

Send this to all your friends, no matter how often you talk, or how close you are, and send it to the person who sent it to you.

Let old friends know you haven't forgotten them, and tell new friends you never will.

Remember, everyone needs a friend, someday you might feel like you have NO FRIENDS at all, just remember this e-mail and take comfort in knowing somebody out there cares about you and always will.

I LOVE YOU ALWAYZ & FOREVER.

male staff...hostel dan dot dot dot

|
ari nie aku sengaja naik atas hostel..
spot check ler konon nyer ...
berlari lari si nizam naik atas kononnyer nak mengemas apa yg patut..

naik jer aku rasa nak menyirap darah aku /... ya rabbi
dengan ulat dalam periuk..cik siti berlari lari anak lagi..
periuk belangan kat dapur tunggang langgang nyer..
dah macam rumah citer hantu NANG NAK plak..

abisss...mmg tempah nak kena maki bebudak nie..

amboi amboi...makwe si nizam kantoi ngan aku and zana

tetiba jer ada tunggu tepi tangga...tak tau agaknya aku ada dalam hostel..
kena ler jeling maut ngan aku ..

kemas dalam masa sejam..amaran terakhir aku ..

kalau tak..TUTUP HOSTEL !!

main KUT

|
jeng jeng jeng..

bulan nie aku dapat duit KUT.....
dapat lah rm 2.2 k ....lama aku tunggu dekat setahun....lepas tuh dapat lagi..
yerlah main dua nama ..

nak simpan gi Langkawi..nak enjoy sket..nak renew roadtax keta lagi ..
kasik abah sket..beli baju raya sket ..

ha ha ha

tahun nie aku nak standby baju raya cecepat...selalu aku jer yg tak sempat buat baju raya..
baju kurung lelama semer elok lagi..
tapi aku kan sakit...baju semer geloboh giler..basoooOooO
aku pun gezut gak ..masa nak gi kenduri kawin ari tuh...tak lawa langsung geloboh giler.

nak buat baju anak..baju daddy..baju aku sekali...
kalo ler tetiba aku gemok balik..pakai jer baju lama ..

kalo ler tetiba jer mati...hmmmmmmmm....sedekah bini baru laki aku ler ...
sedey sedey.... MAK aku plak cakap..
org yg nak mati..sakit sakit satu badan...daging daging semer lenguh lenguh..
mmg pun aku selalu jer sakit isi isi daging badan aku...lenguh tulang..mata kedip kedip nak nangis..

aku redha apa pun yg terjadi....
doser banyak lagi...hutang kete / kredit kad / motor ...
iskkkk tak per pandai ler dorang setelkan...EPF aku pun banyak ler jugak...

tobat ler ari nie...tak nak buat doser ...bleh ker ??