SitiNurhaliza & MAWI

|




Haah yekkk ...SEJAK BILA ADIK KITA NIE BOLEH BERGAMBO PLAK NGAN ARTIS LELAKI ??
Aku baru terperasan lepas belek belek blog WATACHIWA !!
He he he


*gambar dari http://watachiwa1.tripod.com/mylife/
*tima kasih

SultanBrunei & Azrinaz Mazhar Hakim

|



KUALA LUMPUR: Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 26, selamat diijab kabul dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 58, dalam satu majlis tertutup di ibu kota, malam tadi.

Seorang tetamu yang menghadiri majlis berkenaan memberitahu Berita Minggu, majlis akad nikah berlangsung kira-kira jam 8.30 malam dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, Wartawan Harapan TV3-2000 itu meletakkan jawatan pertengahan Mei lalu dengan alasan untuk menceburi bidang lain. Beliau menerima Anugerah Alumni MIIM pada 2002.

Pernikahan Azrinaz yang sering tampil dalam segmen Buletin Pagi, Berita Terkini dan Buletin 1.30, menjawab teka-teki yang selama ini bertiup kencang.

Pada Februari 2003, Sultan Hassanal Bolkiah bercerai dengan isteri keduanya, bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz dan memerintahkan semua gelaran diraja ditarik balik.

Satu pengumuman diraja mengenainya dibuat oleh televisyen negara itu tetapi tidak memberikan sebab perceraian itu walaupun ada khabar angin mengatakan berlaku keretakan dalam rumah tangga baginda.

Sultan Hassanal Bolkiah mengahwini Mariam Abdul Aziz, atau nama asalnya Mariam Bell, wanita kacukan Brunei, Jepun dan Scotland pada 28 Oktober 1981 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Putera Abdul Azim, Putera Abdul Mateen, Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah dan Puteri Fadzilah Lubabul Bolqiah.

AFDLIN DAH HILANG AKAL

|

Message PENTING dari AFDLIN SHAUKI


OFFER BIOL AFDLIN SHAUKI YANG AMAT SERIOUS SEKALI DAN BAGITAHU SESIAPA SAHAJA YANG AWAK KENAL YANG MENYUKAI GUA -


JIKA AWAK MAHUKAN ALBUM FUUYO AFDLIN SHAUKI, email direct kepada saya your full name and address anda ke selambakodok@hotmail.com and write AFDLIN DAH HILANG AKAL! as the subject. Bagitahu saya jika awak nak cd atau cassette. Sebagai ganjarannya saya akan hantar kepada awak album first print limited edition FUUYO melalui POS MALAYSIA, DAN segment ini amat penting... The album album retails for about 35 bucks, tetapi JIKA ANDA SUKA ALBUM TU, AWAK BAYARLAH KEPADA KAMI BERAPA AJA YANG AWAK SUKA!!! JIKA AWAK RASA NILAI ALBUM NI 10 SEN, HANTARLAH 10 sen atau IF YOU FEEL THE ALBUM IS WORTH 25 bucks then send us 25 bucks, or any amount you wantlah basically, and send it kepada kami di dalam bentuk cash (kalo berani), cheque, bank transfer, T.T., money order or bank draft or whatever you sukalah, pada nama dan alamat yang akan kami samakan bersama CD itu.

IF YOU DON't LIKE THE ALBUM!!,

MY ONLY REQUEST IS, FOR YOU TO DESTROY THE WHOLE ALBUM! BY SENDING IT FOR RECYCLING.

DO NOT!, I REPEAT, DO NOT PASS THE CD TO SOMEONE ELSE, DESTROY IT. THIS experience is only MEANT for you! the people who were actually initially interested in the album. this offer is valid until i run out of my last FIRST PRINT EDITION of FUUYO which will be a collector's edition bila gua mati nanti. People in general, only value something when it's not there anymore. This offer is open for anyone in this world who wants to experience the ALBUM

cokodok pisang emas

|




pisang emas lembek
tepung gandum
gula

minyak


1. Lenyek pisang sampai hancur.
2.Masukkan tepung dan gula.
3.Gaul rata.
4.Goreng warna keemasan.

makan MAKAN makan

|









Sejak anak dah bertambah , aku jadi semakin penat dan asyik lapar je.

4 suara
4 jeritan
4 jenis makanan
4 almari baju
4 dan 4 dan 4 dan macam macam 4

Aku sekarang dah jadik begitu asyik nak makan.
Pagi - Meehoon Soto & Pegedil
11am - Buah Tembikai or HineyDew Taiwan 2 Hiris.
1 pm - Nasi Separuh/Rendang Kaki Ayam/Sayur or Nasi/IkanKeli CiliPadi/Sayur
3pm - Pisang Goreng 2 ketul or Keropok Lekor RM 1.00
6pm - Steamboat RM 3.00 (4 cucuk)
9pm - makan nasi kat umah yg laki aku masak pukul 3pm.
11pm - Buah or Kek or Biskut or g lepak kedai makan kueyteow.

Hua hua hua. Menakutkan betul. Aku pun heran camner aku bleh kuat makan. Tuh belum lagi AIR CINCAU / LIMAU / SIRAP BANDUNG / TEH AIS . Sehari punya AIR ni.

Aku bangun 3am , melayan si kecik 6 bulan. Dah mmg baby bangun kol 3am nak menyusu. Lepas tuh si kakak pulak bangun menyusu pukul 5am. Kakak siap nak pegi sekolah pukul 6am. Lepas Subuh aku tidur sampai pukul 7.30am.
Kalau keja pagi , aku pegi keja kol 8.30 terus MAKAN. Kalau masuk pukul 12.30pm, sambil masak aku dah belasah sambil sambil masak.
Aku pulak jenis kuat minum. Yerlah..org kencing manis minum 2 jam sekali berlambak lambak. Asyik nak minum je.

Berat aku sekarang 57 - 58 kg. Kalo 60kg aku dah kena SOUND ngan endocrine kat HUKM.
Dengan berat yg semakin sarat, aku tak tau bila aku nak STOP makan berlambak cam ni.

Kenkadang teringin nak makan macam macam. Dan aku selalunya memenuhi keinginan nak makan aku tuh dengan meriahnya.

Nak makan SATE KUALA LUMPUR pegi Bandar Baru Ampang.
Nak makan marinara/vongole/spaghetti/ cari AbgLan kat Damansara Indah.
Nasi Ayam g lepak kedai Linda Onn
Yong Tau Foo pegi kat depan Ampang Puteri.
Porridge ngan Lauk Pauk nya g kat Taman Dagang.
Nak makan kuih muih gi kat Taman TAR kat SPAC Ampang
Nak makan steak murah ...g kat Taman Putra Ampang.

Laki aku pakar memasak. Mmg lagi sedap makan apa yg DADDY masak. Dan DADDY mmg pandai masak apa yg aku suka makan.

Dan aku juga ada begitu banyak pilihan tempat tempat makanan kegemaran ni. Yg mahal tak boleh sebut. Tak baik RIAK nanti jadinya.

Memang hobi aku MAKAN agaknya.

Jerebu

|




Source is from NASA’s Earth Observatory Newsroom.

mawi & diana

|



KOTA TINGGI: "Saya tahu Mawi bukan lelaki yang mudah lupa diri atau tergoda dengan perempuan. Saya harap dia tidak akan berubah dan sentiasa berpegang dengan janjinya pada saya sebelum menyertai Akademi Fantasia 3 (AF3)," kata Nor Diana Mohamed Naim, tunang kepada Asmawi Ani atau Mawi. Nor Diana, 21, berkata beliau yakin Mawi tetap seperti yang dikenalinya sebelum menyertai AF3, apatah lagi kini dinobatkan sebagai juara.

Katanya, gerak hatinya begitu kuat Mawi mampu menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang artis popular.

"Mawi sentiasa mengingatkan saya supaya banyak bersabar dan bersedia menghadapi keadaan yang tidak disangka seperti sekarang ini termasuk berdepan dengan gosip ataupun kenyataan yang berbagai.

"Apabila terpilih AF3, kami ada berbincang mengenai perkara ini secara mendalam dan saya serta keluarga merelakan pemergiannya, malah kita sendiri sentiasa mendoakan kejayaannya," katanya yang turut beberapa kali sembahyang Hajat untuk kejayaan tunangnya.

Nor Diana yang kelihatan tenang ketika ditemui di rumahnya di Felcra Sungai Ara di sini, malam tadi berkata, beliau mengenali Mawi melalui seorang rakan Mawi yang sama bekerja dengannya.

Katanya, selepas perkenalan itu, mereka hanya berhubung melalui telefon selama lima bulan sehinggalah pertemuan empat mata pada 31 Ogos tahun lalu, di Bongsu Corner Karaoke, di Senai.

Beliau berkata, selepas itu mereka beberapa kali berjumpa dan Mawi mengajarnya menyanyi lagu karaoke, antaranya Jangan Pisahkan yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Deddy Dores.

Nor Diana yang kini bekerja sebagai pembantu kualiti di sebuah kilang elektronik di sini, tidak dapat bersama Mawi pada malam bersejarah Sabtu lalu kerana gagal mendapat tiket konsert final itu.

"Pada malam itu, saya tidak dapat jumpa Mawi kerana tak dapat tiket, jadi saya tumpang rumah makcik dekat Kampung Baru untuk tengok Mawi nyanyi di konsert itu.

"Saya tidak sedih sebab selepas menang, Mawi ada telefon ceritakan jadual dia ketat dan jarang nak dapat telefon tetapi dia kata tetap sayangkan pada Ina (Nor Diana).

"Dia minta Ina faham keadaan dia sekarang dan Ina tak bimbang sebab dah janji awal, jika ada apa-apa Mawi akan bagi tahu Ina. Kemenangan Mawi mungkin rezeki kami berdua.

"Kami bertunang pada 11 Disember lalu hingga tahun depan, tapi sekarang bergantung pada Mawi buat keputusan," katanya.

Beliau berkata, Mawi masuk AF3 atas desakan kawan dan dia menjalankan uji bakat pada 19 Mac sama dengan tarikh lahir Nor Diana.

Malah, katanya, Mawi menghadiahkan pemilihannya ke AF3 sebagai ?hadiah istimewa? hari lahirnya yang ke 21, pada 19 Mac lalu.(sumber berita harian)

Are You ROMANTIC

|




You Are A Realistic Romantic


You are more romantic than 70% of the population.






It's easy for you to get swept away by romance...
But you've done a pretty good job keeping perspective.
You're still taken in by love poems and sunsets
You just don't fall for every dreamy pick up line!


what color U are ?

|

Green



You are a very calm and contemplative person. Others are drawn to your peaceful, nurturing nature.




Find out your color at Quiz Me!


Aduh Saliha

|



Artis: Mawi - Aduh Saliha
Lagu: M.Nasir
Lirik: Loloq

Mana rayuanku hendak kusampaikan
Rindu berakhir ku pada kasih yang jauh
Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
Dendam asmara ku pada cinta yang dulu
Luruh bukan daun dan hujan
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandar percaya
Tak mungkin padam cahaya
Cintamu bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan

Aduh mahkota terhempas, barulah kusedar
Yang kusangkakan intan
Oh hanyalah kaca
Sesudah berdarah barulah ku sedar
Jiwaku tercalar
Oh sakitnya bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri
Menderita siksa racun hidupku, Saliha
Kau biarkan aku sendiri
Melewati sepi dalam hidupku, Saliha
Kau biarkan aku sendiri
Meratapi nasib dalam gelita, Saliha

MAWI

|


Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja

( korus )
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Lupakan saja asmara
Pada asmara...
Lupakan saja asmara
Pada asmara...

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja

( ulang korus )




Nama Penuh : Asmawi bin Ani

Tarikh Lahir : 25 Ogos 1981

Zodiak : Virgo

Tinggi/Berat : 173cm/56kg

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Hobi : Bermain sepak takraw

Makanan/Minuman kegemaran : Nasi Goreng Kampung/Teh O'

Penyanyi Kegemaran : Yassin, Nash, Wahida

Pelakon Kegemaran : M.Rajoli, Jalaluddin Hassan, Ida Nerina, Umie Aida

Lagu Kegemaran : Seruan

Ringkasan diri : DJ sambilan yang bersuara 'dalam' ini tidak pernah melupakan irama nasyid. Mawi pernah memasuki Tilawah Al Quran mewakili Johor Bharu! Suaranya sedap dan mengasyikkan. Mawi seorang yang nampak matang, sempoi dan sentiasa nampak relaks saja. Senang bergaul dan seorang yang kelakar sebenarnya!

DIABETIS

|

Diabetes mellitus merupakan satu masalah yang semakin ketara di kalangan masyarakat di Malaysia. Dijangkakan seramai 7.7% daripada penduduk di Malaysia iaitu hampir 1.4 juta pnduduk menghidapi diabetes.
Diabetes boleh dikawal. Diabetes tidak boleh hilang. Akan tetapi dengan pelan pemakanan yang baik, senaman dan ubatan, penyakit ini boleh dikawal. Rawatan diabetes senantiasa berubah mengikut kajian-kajian yang terkini. Ubatan dan cara rawatan serta pemeriksaan telah banyak memperbaiki cara dan qualiti kehidupan pesakit diabetes.
Diabetes merupakan masalah seumur hidup. Oleh itu adalah penting untuk anda selalu mengikut rawatan yang dinasihatkan oleh doktor. Adalah penting juga untuk anda selalu berjumpa dengan doktor anda pada tarikh temujanji yang ditetapkan. Beritahulah doktor anda lebih awal jikalau anda menhadapi masalah berkaitan diabetes.
Kawalan diabetes bergantung kepada diri anda sendiri. Doktor dan kakitangan di klinik hanya boleh memberikan nasihat dan sokongan sahaja. Akhirnya, tahap kawalan diabetes bergantung kepada diri anda sendiri.
Diabetes merupakan satu masalah yang selalu bertukar. Doktor anda akan selalu menukarkan ubatan anda bergantung kepada tahap kawalan diabetes anda

Aabila seseorang itu ada diabetes, dia tidak dapat mempergunakan tenaga dari makanan yang dimakan. Selepas seseorang makan, gula akan naik dalam saluran darahnya. Gula ini merupakan bahan api bagi badan menjalankan tugas harian. Hormon Insulin , yang dihasilkan oleh organ pankreas, diperlukan untuk mempergunakan tenaga tersebut. Dalam diabetes, disebabkan Insulin ini tidak mencukupi ataupun ia tidak berfungsi dengan berkesan, gula dalam darah tersebut tidak dapat dipergunakan. Oleh itu, gula tetap tinggi di dalam darah. Gula yang tinggi di dalam darah inilah yang akan memberikan masalah jangkamasa pendek dan panjang.


Tanda diabetes

Kebanyakan diabetes tidak mempunyai apa-apa tanda yang ketara. Namun ada beberapa tanda yang boleh memberikan amaran yang anda mungkin ada diabetes. Antaranya:
dahaga yang keterlaluan
Kelaparan selalu
Selalu bangun tengah malam hendak membuang air kecil
Rasa menyucuk-nyucuk ataupun kebas terutama pada kaki
hilang berat badan tanpa sebab
Kabur penglihatan
Luka yang susah sembuh
Selalu keletihan
Jikalau anda mempunyai tanda tersebut, berjumpalah dengan doktor anda untuk penyiasatan yang lebih.


Komplikasi (Gejala) diabetes

Apabila kandungan gula di dalam darah selalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah pada jangkamasa yang akan datang. Dengan mengawal kandungan gula di dalam darah pada tahap yang baik, boleh memperlambatkan gejala diabetes.

Antara gejala diabetes termasuk:

Gejala akut (jangkamasa pendek)
Hyperglycemic coma - keadaan di mana pesakit tidak sedar diri disebabkan kandungan gula di dalam darah yang terlalu tinggi
Hypoglycemia - keadaan di mana kandungan gula terlalu rendah di dalam darah dan akan juga menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri. Ini disebabkan oleh ubatan ataupun suntikan insulin yang berlebihan serta pemakanan yang tidak teratur. Tanda-tanda termasuk kelaparan, sakit kepala, lemah, berpeluh, pening, menggigil, runsing, kabur mata dan sawan.
Gejala kronik (jangkamasa panjang)
Angin ahmar (stroke/cerebrovascular accident)

Merujuk kepada pembuluh darah yang tersumbat separa atau sepenuhnya. Otak mengalami kekurangan bekalan oksigen (iskemia) dan mendapat serangan angin ahmar.

Pelbagai jenis stroke samada yang ringan atau bersifat sementara (Transient Ischaemic Attack) sehinggalah kepada stroke yang teruk seperti darah beku di otak (Thrombotic Stroke) boleh berlaku. Tanda-tanda yang ditunjukkan adalah seperti berikut :-

Buta pada salah satu mata
Kebas pada satu anggota atau separuh badan
Lemah pada satu anggota atau separuh badan
Sukar bercakap
Gangguan ingatan
Sawan
Koma

Penyakit jantung
Serangan sakit jantung yang disebabkan oleh penimbunan kolesterol secara perlahan pada dinding dalam pembuluh darah jantung. Pembuluh darah menjadi sempit, pengaliran darah terhalang dan jantung mengalami kekurangan bekalan oksigen.

Penyakit Vascular Periferi
Penyempitan pembuluh darah arteri menyebabkan peredaran darah ke otot-otot kaki menjadi lemah dan pengidap diabetes merasa sakit betis semasa berjalan (intermittent claudication). Kekurangan bekalan oksigen dan nutrisi di tisu-tisu dan kulit akibat daripada peredaran darah yang lemah menyebabkan luka di kaki lambat sembuh, kaki membengkak dan kulit menjadi kering. Ini meningkatkan risiko jangkitan kepada kaki. Sekiranya kaki pengidap diabetes mengalami infeksi yang teruk dan tidak terkawal, ia terpaksa dipotong bagi menghalang infeksi daripada merebak.


Kerosakan buah pinggang
Proses kerosakan ginjal bermula pada nefron iaitu unit asas ginjal sejak bermulanya penyakit diabetes. Paras glukos yang tidak terkawal untuk jangkamasa panjang mengakibatkan kerosakan nefron. Keadaan ini menjadi semakin teruk oleh tekanan darah yang tidak terkawal.


Nefron yang rosak membenarkan kebocoran sejenis protin halus iaitu albumin ke dalam air kencing. Kehadiran albumin dalam air kencing dinamakan mikro-albuminuria. Ia memberi petunjuk awal terhadap perubahan struktur ginjal dan pembuluh darah pesakit diabetes yang menjurus kepada kegagalan ginjal dan penyakit vaskular yang lain.

Tempoh mikroalbuminuria berubah menjadi protinuria nyata (overt nephropathy) berlangsung selama 5 – 10 tahun. Seterusnya, pesakit secara beransur-ansur menuju kepada kegagalan ginjal (End Stage Renal Disease) dan akhirnya terpaksa bergantung kepada dialisis atau menjalani pemindahan ginjal (renal transplant).



Ulcer Kaki (Peripheral Neuropathy)
Periferi neuropati iaitu kehilangan deria rasa bermula daripada hujung jari kaki yang naik keatas. Pesakit akan merasai kebas, sakit seperti terbakar menyucuk-nyucuk seperti ditikam dan gejala bertambah teruk pada waktu malam. Kulit juga boleh menjadi terlampau sensitif sehingga pengidap diabetes akan merasa sakit walaupun terkena kain yang dipakai .



Selain daripada itu, ia boleh memyebabkan kaki menjadi lemah dan tidak stabil sewaktu berjalan . Kehilangan deria rasa atau sentuhan pada kaki akan menyebabkan kaki mudah tercedera dan mendapat kudis (ulcer)

Penyakit urat saraf autonomik pula melibatkan urat saraf pembuluh darah, kelenjar peluh, perut, usus, pundi kencing, jantung dan organ seks/genital.


Ia akan menunjukkan tanda-tanda seperti :-

Berpeluh luar biasa selepas makan.
Loya, muntah dan cepat merasa kenyang .
Cirit-birit yang selalunya berlaku pada malam hari.
Tidak lawas kencing kerana pundi kencing tidak mengosong sepenuhnya .
Fungsi seks terjejas disebabkan mati pucuk (impotence) dan sakit semasa persetubuhan pengeluaran sekresi vagina yang lambat)
Pening atau pitam kerana tekanan darah rendah semasa duduk atau berdiri (postural hypotension)
Berdebar-debar



Kerosakan mata
Merujuk kepada kerosakan pembuluh darah kecil di retina dan biasanya melibatkan kedua-dua belah mata. Kebanyakan pesakit diabetes akan menunjukkan tanda-tanda retinopati diabetik selepas 10 tahun mengidapnya. Mereka yang berisiko untuk mendapat retinopati ialah :-

Tempoh mengidap penyakit diabetes

Kawalan paras glukos yang tidak memuaskan
Darah tinggi yang tidak terkawal
Kegagalan ginjal
Diabetes semasa kehamilan

Retinopati diabetik terbahagi kepada 2 jenis :

Non-proliferative diabetic retinopathy (NPDR)

Proliferative diabetic retinopathy (PDR)




Ujian Saringan

Apabila anda disyaki menghidapi diabetes, satu ujian saringan boleh dilakukan dengan mudah. Ia menggunakan satu alat yang dipanggil glucometer (gambar). Sampel darah diambil dengan menyucuk hujung jari anda.

Jikalau ujian anda mencurigakan, satu sampel darah yang lain mungkin diambil dari lengan anda untuk diuji di makmal. Doktor mungkin akan menasihati anda untuk berpuasa selama 10 jam sebelum ujian darah ini

SIAPA YANG PATUT DISARING?

Umur 35 tahun ke atas

Kegemukan (Obesiti BMI > 30)

Dislipidemia (Total Kolesterol > 5.2 mmol/L dan TG > 1.7mmol/L)

Sejarah keluarga diabetes.

Sejarah diabetes semasa kehamilan.

Riwayat ibu yang melahirkan bayi > 4.0 kg

Hipertensi (B/P > 140/90 mmHg)


DI MANA UJIAN SARINGAN BOLEH DILAKUKAN?

Klinik Kesihatan

Hospital

Klinik-klinik dan hospital swasta

Program-program Kesihatan



Ubatan

Menggunakan ubat-ubatan makan adalah satu cara untuk mengawal diabetes. Ada beberapa jenis ubatan diabetes dan setiap bekerja dengan cara yang berlainan. Ada pesakit yang akan memerlukan lebih daripada satu jenis ubat diabetes.

Adalah penting untuk anda mengikut arahan yang diberikan oleh doktor anda. Ubat tidak boleh ditambah atau dikurangkan dengan sendiri. Beritahulah doktor anda jikalau anda menghadapi masalah semasa memakan ubat tersebut.

TIPS PENGAMBILAN UBAT –UBATAN ANTIDIABETIK

Semak arahan pada sampul ubat berkenaan

Jangan makan ubat sekiranya tidak mengambil sebarang makanan

Jika terlupa makan ubat berkenaan, segeralah mengambilnya apabila teringat semula

Jika terlupa memakan ubat tetapi teringat semula semasa jadual berikutnya, tinggalkan dos tersebut dan ambillah dos ubat mengikut semula jadual yang asal. Jangan menggandakan dos !

Ikut jadual makan ubat seperti yang disyorkan samada sebelum atau selepas makan dan kekerapan mengambil ubat (sekali, 2 kali atau 3 kali sehari)

Jangan mengambil ubat-ubatan lain kecuali yang dibenarkan oleh doktor bagi mengelakkan interaksi ubat.

Elakkan minuman beralkohol apabila mengambil ubat-ubatan anti-diabetik


Antara ubatan yang ada:-

Sulphonylureas eg DAONIL (Glibenclamide), Diamicron (Gliclazide), Glimepiride

Ubatan ini bekerja dengan memberangsangkan sel beta dalam pankreas untuk menghasilkan lebih insulin. Ia lebih berkesan jikalau dimakan sebelum sarapan walaupun ubatan yang lebih baru boleh dimakan pada bila-bila masa.

Kesan sampingan ubat ini yang paling ketara adalah hypoglycemia iaitu tahap gula yang terlalu rendah di dalam darah. Ini biasanya berlaku jikalau pesakit memakan dosa yang berlebihan ataupun dia tidak makan sarapan walaupun masih memakan ubatan diabetes.

Biguanides eg Metformin

Bekerja terutamanya dengan mengawal pengeluaran gula dari sel hepar (liver). Ia juga mungkin ada kesan dalam proses penggunaan gula oleh otot dan tisu lain dalam badan.

Alpha glucosidase inhibitors eg Acarbose

Mengurangkan gula daripada diserap melalui usus. Ia agak berkesan untuk mengawal gula yang tinggi selepas sarapan (postprandial hyperglycemia)

Insulin secretagogues eg Repaglinide, netaglinide

Juga bekerja dengan memberangsangkan sel beta dalam pankreas untuk menghasilkan lebih insulin. Kesan hypoglycemia dikatakan kurang berbanding dengan ubatan kumpulan sulphonylureas.

Thiozolidinediones eg Rosiglitazone, Pioglitazone


Menyelesaikan masalah "insulin resistance".

Insulin boleh digunakan dengan 2 cara iaitu picagari dan jarum atau pen khas.Ia mengikut jenis insulin yang dibekalkan. Perkara perkara penting yang perlu tahu sebelum,semasa dan selepas menggunakan insulin adalah :

# Tempat suntikan ? # Masa suntikan ? # Cara suntikan diberi ? # Cara penyimpanan insulin ? # Cara pemusnahan jarum ?

TEMPAT SUNTIKAN ?


MASA SUNTIKAN ?
Mengikut arahan Doktor yang merawat anda. Suntikan diberi lebih kurang15 minit sebelum makan.

CARA SUNTIKAN DIBERI ?
Bersihkan diri atau tempat yang hendak dicucuk. Jarak antara satu suntikan dengan satu suntikan hendaklah 2 jari. Ini untuk mengelakkan dari dicucuk berulang kali ditempat yang sama. Sekiranya terdapat tempat yang keras akibat dari suntikan yang berulang kali ,ELAK dari mencucuk ditempat tersebut. Ini akan menganggu penyerapan insulin. Pesakit hendaklah duduk dengan selesa. Peralatan hendaklah tersedia diatas meja. Botol insulin hendaklah digoncang terlebih dahulu dan sapu getah pada botol dengan menggunakan kapas beralkohol. Masukkan udara kedalam picagari sebanyak sukatan insulin yang diarahkan. Contoh, 10 cc (unit) Cucuk picagari yang berudara kedalam botol insulin dengan menolak kesemua udara tersebut. Tonggengkan botol insulin dengan picagari dibawah dan seterusnya tarik insulin kedalam picagari sebanyak yang diperlukan Contoh : insulin yang diperlukan 10 cc . Cabut jarum dari botol insulin . Dengan keadaan jarum picagari tegak keatas,tarik picagari arah kebawah untuk memasukkan udara 1cc. Ketuk perlahan-lahan picagari yang mengandungi insulin supaya udara berkumpul diatas. Dengan perlahan-lahan tolak picagari arah keatas sehingga kelihatan setitik dua insulin terkeluar dari jarum dan pastikan jumlah insulin tidak kurang atau lebih dari sepatutnya.

Sekarang insulin sedia untuk disuntik . Tempat yang mudah dikendalikan sendiri oleh pesakit ialah di abdomen. Sapu kapas beralkohol di tempat yang hendak dicucuk. Pegang picagari mengikut keselesaan . Picit sedikit bahagian abdomen dan cucuk jarum dalam kedudukan menegak iaitu 90 darjah dari kulit tetapi jangan tekan batang picagari Lepaskan bahagian yang dipicit dan tarik sedikit batang picagari tanpa menarik keluar jarumnya. Ini untuk melihat sekiranya ada darah didalam picagari .

Sekiranya tiada darah, terus menekan batang picagari yang mengandungi insulin kedalam abdomen sehingga kesemua insulin masuk kedalam kulit. JANGAN tarik keluar jarum dengan sertamerta. TUNGGU hingga 10 saat dengan mengira hingga 10 kemudian cabut jarum dan tekan menggunakan kapas beralkohol yang telah dibuka ditempat tersebut dalam masa 1 minit.

Sekiranya terdapat darah didalam picagari,cabut jarum dari abdomen dengan sertamerta tanpa menekan batang picagari. Cucuklah ditempat yang lain, 2 jari dari tempat pertama. Jarum boleh digunakan untuk 2 atau 3 kali suntikan . JANGAN BERKONGSI JARUM DENGAN PESAKIT LAIN.

CARA PENYIMPANAN INSULIN ?

Insulin hendaklah di simpan di dalam petisejuk dengan suhu 2- 8 darjah celceus iaitu bahagian am atau dalam suhu bilik. Insulin hendaklah diletakkan menegak(berdiri). ELAKKAN dari cahaya matahari secara langsung atau tidak. JANGAN simpan didalam kereta yang ditinggalkan dibawah panas matahari. JANGAN simpan di dalam bahagian beku (freezer) petisejuk. Keluarkan dari petisejuk 3 - 5 minit sebelum digunakan. Sebelum menggunakan insulin hendaklah memeriksa tarikh luput,nama insulin yang digunakan dan kandungannya tiada bendasing.

CARA PEMUSNAHAN JARUM ?
Semua jarum yang telah digunakan hendaklah simpan didalam tin sehingga banyak atau penuh. Tin yang telah dipenuhi dengan jarum yang telah digunakan hendaklah dihantar keklinik yang berhampiran untuk dimusnahkan. JANGAN buang jarum dan picagari merata-rata . Ini untuk mengelakkan dari penyalahgunaannya oleh orang -orang yang tidak bertanggungjawab.




Setiap manusia memerlukan sepasang kaki yang sihat dan sempurna untuk menjalankan tugas seharian yang menjamin kehidupan. Begitu juga kepada setiap pesakit Diabetis,kaki adalah pancaindera yang amat penting memandangkan 95 % pesakit Diabetis adalah DM Jenis 2.

Penjagaan kaki adalah penting untuk mengawal dan mencegah komplikasi pada pesakit diabetes. Infeksi kulit oleh kulat dan bakteria terutamanya di celah-celah jari kaki sering terjadi pada penghidap diabetes kerana peredaran darah di kaki pesakit mungkin terganggu. Kehadiran glukos dalam air peluh menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Dengan itu, pesakit diabetes perlu memeriksa kaki mereka dengan kerap dan kaki mereka akan diperiksa setiap kali datang ke klinik.

Tanda-tanda kaki diabetes

Kehilangan deria rasa apabila kaki mengalami infeksi atau kecederaan.

Kudis mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Kaki menjadi panas atau sejuk yang berpanjangan.

Kebas atau kelemahan otot-otot badan.

Perubahan warna dan suhu kaki

Kehilangan bulu roma kaki





LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Kaki perlu dibasuh setiap hari dengan menggunakan sabun
Keringkan kaki dan celah jari dengan tuala lembut
Gunakan losen pelembab atau krim pada kaki bagi mengelakkan kulit dan tumit menjadi kering atau merekah
Periksa kaki dengan teliti di tempat yang terang
Periksa kawasan di antara jari kaki dan gunakan cermin untuk periksa tapak kaki
Cari rekahan pada kulit, luka-luka, calar-balar, melepuh, kudis, bisul atau perubahan warna pada kulit kaki
Segera mendapatkan nasihat perubatan sekiranya kaki luka atau keadaan kaki menjadi teruk.
Sentiasa menggunakan alas kaki sama ada di dalam ataupun di luar rumah
Gunakan sarung kaki yang dapat menyerap peluh iaitu dari jenis benang bulu dan kapas. Pastikan ianya tidak terlalu ketat kerana ini akan menghalang peredaran darah di kaki
Tukar sarung kaki setiap hari
Pakailah kasut yang sesuai dan selesa dipakai
Potong kuku jari kaki secara lurus melintang dan tidak melengkung atau terlalu pendek. Kemaskan kuku dengan mengikis pinggir kuku untuk menumpulkan tepi yang tajam

SENAMAN KAKI

Berikut adalah beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan khas untuk kaki anda .

Duduk dengan betul di atas kerusi sambil meletakkan kaki ke lantai
Sambil meletakkan tumit di lantai, jari-jari kedua-dua belah kaki diluruskan ke atas dan dibengkokkan ke bawah sebanyak 10 kali.
Sambil meletakkan tumit di lantai, angkat tapak kaki ke atas. Kemudian, jari-jari kaki pula diletakkan di lantai sambil tumit kaki diangkatkan ke atas. Langkah ini diulangi sebanyak 10 kali
Tumit kaki diletakkan di lantai. Bahagian depan kaki diangkat ke atas dan putaran 360 º dibuat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kali
Jari-jari kaki diletakkan dilantai. Tumit diangkat dan putaran 360 º dibuat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kali
Kaki diangkat ke atas dengan meluruskan lutut. Putaran 360 º dibuat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kali
Lutut diluruskan dan dibengkokkan ke bawah sebanyak 10 kali. Ulangi langkah ini untuk kaki yang sebelah lagi.
Letakkan sehelai kertas suratkhabar di lantai. Renyukkan kertas itu menjadi bola dengan kedua-dua belah kaki. Kemudian, bukakan bola itu menjadi kertas yang leper menggunakan kedua-dua belah kaki. Langkah ini dilakukan sekali sahaja

Pokok KLAPAK

|

UNDERNEATH POKOK KELAPA I WILL WAIT FOR U


Everytime I see DADDY my heart bergoncang

EverytIme I think of U pagi daN petanG

and I forget To eat My maKan

Coz they nO otherS But u'Re the one



UnderneAth pokok keLapa i will wait fOr u

Oh sinilah DADDY dOn't tutup pintu

Cause your hair is Like PenyaPu

COz i know it is full oF kutu

BEAUTIFUL PRAYERS

|
I asked God to take away my habit.
God said, No.
It is not for me to take away, but for you to give it up.

I asked God to make my handicapped child whole.
God said, No.
His spirit is whole, his body is only temporary

I asked God to grant me patience.
God said, No.
Patience is a by product of tribulations;
it isn't granted, it is learned.

I asked God to give me happiness.
God said, No.
I give you blessings; Happiness is up to you.

I asked God to spare me pain.
God said, No.
Suffering draws you apart from worldly cares
and brings you closer to me.

I asked God to make my spirit grow.
God said, No.
You must grow on your own! ,
but I will prune you to make you fruitful.

I asked God for all things that I might enjoy life.
God said, No.
I will give you life, so that you may enjoy all things.

I ask God to help me LOVE others, as much as He loves me.
God said...Ahhhh, finally you have the idea.

If you love God, send this to ten people and
back to the person that sent it.

For all the negative things we have to say to selves
God has a positive answer for it.

You say: "It's impossible"
God says: All things are possible

You say: "I'm too tired"
God says: I will give you rest

You say: "I can't go on"
God says: My grace is sufficient

You say: "I can't figure things out"
God says: I will direct your steps

You say: "I can't do it"
God says: You can do all things

You say: "I'm not able"
God says: I am able

You say: "It's not worth it"
God says: It will be worth it

You say: "I can't forgive myself"
God says: I FORGIVE YOU

You say: "I can't manage"
God says: I will supply all your needs

You say: "I'm afraid"
God says: I have not given you a spirit of fear

You say: "I'm always worried and frustrated"
God says: Cast all your cares on ME

You say: "I don't have enough faith"
God says: I've given everyone a measure of faith

You say: "I'm not smart enough"
God says: I give you wisdom

You say: "I feel all alone"
God says: I will never leave you or for sake you

You say: "Nobody really loves me"
God says: I love you

MESSAGE : BE THANKFUL TO ALLAH
** petikan dari salah satu blog yg selalu aku lepak.

Haji MohdFarid

|
Yg tersebut diatas bukan kaki masjid. Bukan agen bawak orang g Mekah. Danbukan jugak tok mudim.

Yg tersebut tuh husbang aku. Kui kui kui

Sejak Daddy balik dari Mekah, aku terasa pelik dan mcm keliru.
Sekarang kalo ada call jer ...sure cakap cam ni

"Assalamualaikum Kak..Boleh tolong panggil HAJI."

Aku rasa cam TUA sesangat. hahahahhahahahahahaha

Rasa macam aku pakai kain batik dok bersimpuh pakai spek mata sambil kupas bawang kat dapur and laki aku dah kedut kedut terhegeh hegeh melayan cucu.

hahahahahahahhahahahhahaha!!!!

Dan yg terbaru..Datin Muda plak call ..

Hello Mimi...ABANG HAJI ada ?

adussssssssssssssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku ABAH dan kencing manis

|
hua hua hua ...aku tidak mewarisi harta berjuta juta
tidak tahu pun apa harta yg bakal aku warisi dari kedua orang tua ku
tetapi aku MEWARISI penyakit dari ABAH ku
sakit yg menyeksakan hidop
sakit yg membebankan perasaan
sakit yg akan mengundang beberapa lagi penyakit
menyakitkan hati
apakan daya ...itu jer yg pertama yg aku warisi
dari ABAHku...

keh keh keh keh....gelak dalam tangisan.

aku ngan abah ada kencing manis. ABAH dah 3 bulan duduk umah aku sebab ada follow up HUKM. JARI abah yg kena potong dulu ada jangkitan. So bengkak balik and ada nanah.Kebetulan abah datang KL sebab sepupu aku nikah , aku pun terus paksa abah pegi HUKM buat check up.

18 hari abah admitted bulan MAY ari tuh. Dan sampai sekarang abah masih dirumah aku.
Abah sekarang makin gemok dan gumbira. Yerlah ...seronok dikelilingi cucu 4 org.
Masa kat Ipoh dulu abah selalu tension sebab kiterang jarang balik Ipoh.

Tugas harian abah kat rumah aku bermula dari pukul 5 am. Si kakak Nurainy dah bangun pukul 5am bersiap untuk naik bas pegi sekolah CBN2 pukul 6.15am. So abah yg tunggu anak aku bersiap.Yg aku plak terhegeh hegeh lagi atas katil. He he he.

Pukul 7am abah kejutkan pulak si Sofea Sharmaine nak pegi Tadika masuk pukul 8am.
Sambil aku buat sarapan, abah dah tolong sapu sampah dan jemurkan kain.

Aku masak lunch dan sarapan terus , abah dah kat tangga tengah sapu tangga pulak.
Lepas tuh ikat rambut si Sharmaine.

Aku bersiap g keja kol 8am , abah tengok tv. Dan bila aku balik malam, abah dah baring mengiring kepenatan sebab 3 cucu yg besar dia tak bagi pegi rumah babysitter.
So..apalagi penatlah dia seharian melayan macam macam kehendak cucu cucunya.

Kesian kat abah. Aku tak tau nak buat apa lagi. Nak cakap apa apa pun sensitif. So terpaksalah aku memendam rasa kesian tenguk abah. Katanya sementara dia hidup.
Kesian jugak kat babysitter aku...tak masyukkkkkk...hehehehe

Huk alOOoo...luper plak pasal kencing manis.

Abah nyer gula semenjak dok umah aku dah terkawal dengan hebatnya.

Yg aku pulak ....menakutkan...sejak abis pantang sampailah sekarang..aku kat kedai pantang tenguk. Mesti beli dan belasah. Jus Epal @ Aloe Vera. Sedap giler.
Sekarang level aku 20 ++++. Abah 7+++ SAHAJA.

Rasanya aku dulu MATI kot! Hua hua hua

mUhiBbAh MALAYSIA

|
Pagi tadi sepanjang jalan area PandanJaya ,aku tenguk bendera Malaysia dah dikibarkan kat tiang tiang lampu. Yerlah kat rumah aku ada pejabat wakil rakyat. So semangat MERDEKA mesti tinggi.Tapi ada jugak bendera yg dah kena curi walaupun baru berapa hari dipasang.Tak senonoh sungguh.
Semangat ada tapi curi bendera. Benci aku bebudak perangai mcm tuh. Ada dulu pasang kat motor atau keta pastuh pegi race.

Sampai kedai aku cari balik bendera tahun lepas. Aku nak pasang takut nak panjattinggi. Aku cari cellophanetape ,aku tampal jer kat gondola gardenia.
Dari luar nampak meriah ler jugak kedai ngan semangat Malaysia aku.

Baru kejap tadi 7.40pm , ada tiga bebudak lelaki. India Cina dan Melayu ...umur dalam Tkt 5. Yg budak melayu tinggilampai , gigi besi dan bercermin mata.Yg cina pendek gempal sket rambut tajam terabur. Yg budak india kurus tapi tak tinggi sangat.
Yg paling mengkagumkan aku ialah....dorang nak beli 2 plate nasi ada free air kombo RM 9.00. Tapi dah habis. So aku suggest yg RM 5.50 tapi air tak ada. Lg pun baru keluar oven. Panas dan menyelerakan.
Tetapi....rupa rupanya dorang share duit bertiga sbb nak dinner kongsi bertiga sebelum masuk tuition kat atas kedai aku. So sebab tak cukup duit sangat lagi RM 6.50 dorang agree sama sama tak payah makan nasi dan beli OREO dan minum air tin untuk alas perut.

Aku betul betul nampak mcm iklan petronas kat TV tapi versi terbaru. Dan inilah pertama kali depan mata aku 3 kaum dah macam adik beradik ditengah kotaraya KL ni.
Aku rasa mcm kameraman tengah rakam dorang buat iklan. Rasa nak menitik airmata aku nengok semangat adik beradik dorang walaupun lain darah lain bangsa dan agama.

Esok kalo bebudak bertiga tuh masuk lagi kedai aku , aku rasa nak suruh dorang SENGIH SENYUM GELAK. Nak tangkap gambo dorang ler !

MALAYSIA MALAYSIA MALAYSIA !

Macam Macam Hal

|
EMAK dah balik Ipoh. Dah kebah demam katanya. Isnin pukul 12 anto EMAK gi Pudu.
Aku ngan Daddy merayap g Jusco sebelum nak amik kakak kat CBN2 ada kelas tambahan.
Pukul 3 mak call beritau dah lama sampai.

ABAH ada check up lagi kat HUKM esok. Diabetis Jantung BuahPinggang Mata Gout DarahTinggi. Hu hu hu .Banyak giler nak kena check.

Daddy hari ni cuti lepas sebok dgn function sempena pelancaran Star Hill Gallery.
Meriah katanya.Aku jenguk pun mmg nampak meriah betul. Al maklum tempat org org banyak duit je mampu lepak situ.

Aku akan sebok bekerja sampai hujung bulan ni. Member nak cuti. So aku yg malas merayap cuti sekolah tak kisah ler kerja. Kesian juga dia aku dah banyak bercuti masa lepak HUKM jaga anak ari tu.

Datuk n Datin minggu ni pulak asik call Daddy ajak lepak. Yerlah dorang susahhati nak opening c/house baru tak ada org lain bleh diharap. Datin TUA dah dapat kat Star Hill. Datin MUDA pun nak jugak. Datin TUA ada anak dara 2 org handle. Datin Muda mandul. he he he . So Daddy jerlah jadi anak harapan dia.
Daddy dah susah hati. Serba salah katanya.Handle yg sekarang senang dekat dgn rumah. Yg baru jauh. Staff pun susah nak cari. Walaupun dapat 5% saham...tapi entah lah. Aku pun risau jugak nengok muka Daddy berkerut je bila Datuk Datin called untuk dating.

Hari ni aku mula kerja pagi - malam sampailah minggu depan. Melepaslah aku nak tengok AF opening konsert.

Oh yer ...ha ha ha . ABAH botakkan kepala macam MAWI! ABAH memang peminat no 1 MAWI. Tapi mmg selalu jugak dia botakkan kepala.

So sekarang ABAH DADDY n ADAM ---> 3 Stooges.