Harga Ayam Terkini !!

|
WHOLESALE CHICKEN PRICE OFFERED
TAWARAN HARGA BORONG

KEDAI AYAMAS TAMAN KOSAS, AMPANG
NO. 33A, GROUND FLOOR, JALAN TAMAN KOSAS
68000 AMPANG, SELANGOR D. EHSAN.
03 - 42961905

PRODUCTS
PRICE (Per / KG)
Wholesale Price Harga Borong
Retail Price Harga Runcit
1
Chicken Large / Medium Ayam Besar / Sederhana
RM 5.40
RM 5.90
CHICKEN PART / BAHAGIAN AYAM
1
Drumstick / Peha
RM 7.10
RM 7.80
2
Wings / Kepak
RM 7.10
RM 7.50
3
Keel / Dada
RM 7.10
RM 8.50
4
Thigh / Punggung
RM 4.70
RM 5.50
5
Wholeleg / Seluruh Peha
RM 5.80
RM 6.90
6
Ribs / Rusuk
RM 4.30
RM 5.40
7
9 Pieces Cut / 9 Potongan Ayam
RM 6.50
RM 7.25
BONLESS PRODUCTS / ISI TANPA TULANG
1
Boneless Leg Stick / Seluruh Peha
RM 8.90
RM 9.90
2
Boneless Breast / Isi Dada
RM 8.80
RM 9.90
3
Frozen Fillet / Isi Dalam Dada (Beku)
RM 9.80
RM 10.90
BY PRODUCT / BAHAGIAN DALAM AYAM
1
Carcass / Rangka
RM 1.50
RM 1.80
2
Liver / Hati
RM 2.20
RM 3.40
3
Gizzard / Pedal
RM 4.90
RM 5.40
Minimum 5 KG and Above / Minimum 5 KG keatas

Any inquiry and ordering please contact :
Sebarang pertanyaan dan pesanan sila hubungi :

03 - 42961905

Passport Daddy

|
Kelmarin lepas kerja pagi , aku suami anak anak bergegas dgn kelam kabutnyer menuju ke Kuantan Pahang.

Kisahnya cuma sikit jer. Nak minta tolong ORG DLM kat Imigresen sana tolong tepon Imigresen kat KL. Nak cepatkan proses buat passport hilang si Daddy.

Sampai lebih kurang dlam DUA JAM 15 BELAS MINIT sahaja. Perghhhh....bangger giler aku ..bukan sebab keter aku POWER...hehehee..tapi HIGHWAY BARU. Itu pun Daddy ngan lemah lembutnya bawak 90 - 100 jer...Lepas aku sound suruh speed 110 - 120 baru ler laju sket. Tuh pun dah nak sampai.

SO ..semalam sebelum tengahari dah setel. Kompom passport my larling bleh siap hari ini. Esok gi amik jer kat Kompleks Wilayah.

So aku bersyukur....satu masaalah dah selesai. Tapi aku ingatkan Daddy...lepas nie banyak lagi halangan. Nak medical check up , nak kena gi Kursus Haji Mengejut , nak kena bayo semer utang utang...

Esok jugak passport Daddy akan dihantar ker Arab Saudi untuk proses cop permit kerja.

Esok jugak surat rasmi tawaran dan syarat syarat akan Daddy tandatangani.

Dan aku ...berjaya meREDHAkan segala galanya. Aku kan belajar jadik isteri tanpa suami...jaga anak anak...uruskan segalanya sendiri.

Dan jugak lepas nie nak kena pergi renew lesen keter yg dah dekat setahun mati.

Aku kena jugak bawak keter...takot pun belasah jer...hu hu hu

Untuk Daddy...

walaupun coretan ini Daddy tak pernak baca...Mummy mendoakan Daddy dapat apa yg Daddy idamkan. Yg terbaik untuk diri Daddy sendiri dan rezeki untuk anak anak.

Mummy sayang Daddy

X Der Anak / Mandul........Sahabat yg HILANG

|
MANDUL / X Der Anak .........!!!!!

Menyakitkan hati...tapi orang tak tau ..soalan soalan imi mmg menghiris hati ..menusuk sampai ke tulang hitam. ( ada ker tulang kaler itam?)

Memang x der rezeki lagi..tapi selalunya (maaf maaf) makcik makcik yg suker tanya soalan ni mcm tak faham. Sua tanya anak berapa..berapa tahun kawin..ada sakit ker...

Aku pernah kena..aku pernah lari dari soalan ini semer. Aku pernah dihina MANDUL..BERPENYAKIT...X DER KETURUNAN...aku sabar...aku ingat sampai mati..
Kata kata yg keluar dari sebelah keluarga disana...
Tapi aku peduli apa ...Aku ambil anak org terbiar. Mulut semer tertutup rapat.

Aku bukan mandul..tapi mmg lambat dan susah dapat anak.

Ini kisah benar kawan aku yg x der anak...LARI dari KAWAN KAWAN...

Sedih..sedih....

Aku memang kesian giler kat kawan aku. Kahwin awal dari aku. Dengan meriahnya aku pun sama pegi meraikan dari merisik sampai bersanding. Aku plak masa tuh masih tengah cintan cintan lagi. Dalam kesedihan sering ditanya soalan soalan camtuh..kawan aku sering mengelak dari jumpa sedara mara..terutama sebelah mertua.

Dari body solid suami isteri..sekarang dua dua dah agak berisi. Dari naik motor dah ada kereta. Dari rumah sewa dah ada rumah sendiri. Tapi yg takder ..ZURIAT sendiri. Anak angkat mmg dorang tak nak langsung. Walaupun dulu aku ada gak suggest bela ler anak sedara ker anak orang kr anak yatim ker..tapi doarang ada pendirian sendiri. So aku MENYENYAPKAN MULUT aku cecepat.

Aku 4 tahun x der anak , masih lagi dianggap kawan karib. Yerlah dari sekolah kat asrama sampai dah kerja. Kami masih berkawan rapat.

Tiba tiba aku ngandung...GAGAL. Ngandung lagi.. GAGAL....masih lagi main tepon.
2001 - 2002 aku ngandong dan berjaya...kawan aku terus menghilangkan diri.
Aku tepon tak angkat. Rumah baru aku tak tau kat mana. Alamat kampung lagi ler aku luper.

Sampai sekarang...sahabat aku yg paling aku sayangi terus tidak ada jejaknya. Aku tau dia masih di K.L. Aku tak pernah berbangga aku ada anak. Aku tau ANAK yg aku ada ini PINJAMAN sementara. Kalo aku takbur ..mana tau satu hari nanti aku hilang apa yg aku ada ini.

Dua ANAK kurniaan ilahi. Anak angkat dan anak kandung aku dan suami anggap kurniaan PINJAMAN SEMENTARA.

Sahabatku ...

Maafkan aku seandainya kehadiran cahayamata dalam hidupku mengguris perasaanmu.

Maafkan jua kami semua rakan rakan mu seandainya pertanyaan dari makcik makcik / nenek nenek kami semua menyakitkan hatimu.

Dalam sujud kami pada NYA ...doa kami untukmu tetap terselit sekali sekala.



CakKkKK !!

|
assalamualaikummmmm

elloOoO ellOo elloOoO

apakhabar uncle auntie kakak kakak abang abang adik adik dan kengkawan semer ??

fuhhhh..lama giler tak mengupdatekan blog yg usang ini..hehehhee

Well ..cam biasa ..masuk spital ...gula tinggi dan demam panas. Tapi takder threaten abortion. So kandungan selamat lagi. Hairan jugak baru 4 bulan dan ada rasa cam denyut denyut kat perut. Dulu masa Sophiellea lupa laks..rasanya takder. Pastu masa scan nape baby cam gerak gerak kepala dan tangan. Macam dah 6 bulan plak.
Doktor cakap normal...emmm...terima jerlah..hehehee

Mengikut kata ACI ..jiran kat rumah pangkat nenek. Nengok anak aku Sophiellea setahun 9 bulan tuh gedempol semacam..aku dijangka dapat anak pompuan lagik. Adusss..aku teringin nak nengok kuih siput cenonet. Tak kisah ler ..apa apa pun aku terima.

Hari ni aku start keje setelah bercuti selama 9 hari..kuang kuang kuang. Energy pun dah power..apalagi terketar jer aku nengok outlet kat Kosas ni. Mana yg tak kena tuh..nasib ler staff sini nak kena setelkan. Sian plak dorang. Pagi jer aku mengganas. Petang lepas Zohor aku cool sket.

Lepas nie aku nak jalan jalan cari makan kat tempat baru ni. Ada steamboat depan Seven Eleven. Macam mengghairahkan jer ...hu hu hu ...

Panggilan Haji / Tugas / Rezeki

|
Mohd Farid Mustafha

Itu my larling. Hehehhehe.

Tetiba dapat kezutan masa aku tengah kesakitan kedemaman. ErkKkK ..camner yer nak citer. Ke aku dah citer. Iskkk....kang doser plak citer.

Camni..

Tabung Haji Travel Services Catering Department tetiba jer call beritau suruh my larling gie buat atau renew passport. Katanya nak hantar ke ArabSaudi nak chop permit keje. Tepon Isnin 2 Ogos 2005. Nak kena hantar 12 Ogos 2005.
Hah !!! Aku rasa nak kena denggi pun ada. Terkujat nyer pasal. Tak isi form tak interview tetiba nak pegi Mekah 4 bulan masa musim haji 2005 ni. Masyallah .

Okay aku pun sampaikan berita gembira dan cam biasa my larling cakap OK jerlah kalo aku redha. Aku mmg REDHA. Yerlah bile lagik nak gi buat HAJI. Nak tunggu kumpul duit pegi sekali...payah sket kot.

So aku dalam kesibukan nak gi spital ..demam panas..menjalankan pulak tugas dan kewajipan sebagai isteri ( tak ler mithali mana sangat ) ..mengupdatekan apa yg Tabung Haji nak. Dan yg paling terharu birunya ...uwaaaaaaaaaaaaaaa.... PASSPORT my larling tetiba HILANGGGG!!!!

Allahhu Akhbar ! aku kelu tetiba. Selongkar satu rumah..tepon kampung..semer x der!

Ujian kat Malaysia dah dapat. Belum lagi UJIAN kat sana untuk suami ku. Betul kata kawan karib aku si RIZAL. Banyak dugaan yg kena kami tempuh. Aku sujud padaNYA sambil mengalir airmata aku tanpa henti.

Aku kuatkan hati..sihatkan badan..pagi pagi ajak my larling pegi Balai Polis Dang Wangi buat report. Pegi Imigresen isi form. Semer dokumen needed lengkap. Petang submit buat kes rayuan.

Adussssssss.....Officer Imigresen cakap plak..Kalau ada ORG DALAM bleh siap 2 hari. Kalo takder SEBULAN.

Masa temuduga soalsiasat..aku tak henti dalam hati baca Ayat Qursy 313 kali. Untuk kecemasan. Mmg mengalir jugak ler airmata aku menunggu Daddy keluar.

Daddy keluar muker sedih tapi cool. Mungkin takder rezeki pergi tahun ni. Officer tuh tetap bagi tempoh sebulan atau paling cepat seminggu. Aku sabarkan Daddy. Tapi dia yg lebihnya sabarkan aku. Dalam kereta aku diam tak tau nak cakap apa.

Mungkin dalam hati aku tak 100% redha lagik kot. Yerlah aku kenkadang tercakap..Beranak sensorang .. hantar Ain masuk Darjah 3 sensorang...Anak dah 2 bulan baru Daddy balik.......4 bulan semer kena buat sensorang.

Ya Allah..ampunkan dosa aku pada suamiku. Ya Allah ..kau permudahkan urusan suamiku untuk mencari rezeki dan menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.

Aku mmg betul betul bertaubat dengan bisikan hati aku yg mengeluh itu.

Minggu ini...kami berdua terus berdoa..semoga sebelum 12 Ogos 2005 , ada panggilan dari Imigresen Wilayah meluluskan permohonan suami ku.

Ya Allah...ampunkan dosa kami berdua