Maaf Zahir Batin

|

Janji Kasih - Sri Diah

|

Rasa emosi yang sarat membuatkan Saliwati sedih. Dia teramat pilu mengenangkan perjalanan cintanya yang lurus terbentang tetapi masih belum bertemu penghujungnya. Bayangkan, dia masih terkial-kial mudik ke tepian. Pendayung sudah basah malah hampir patah di tangan. Dia sudah keletihan, tenaganya sudah habis. Dia juga sudah dahaga dengan tekak yang kering kontang! Sedangkan orang lain sudah pun bersorak gembira di hujung sana. Mereka sedang meneguk madu dan sedang menyedut wangi syurga! Jari jemarinya yang kesejukan diramasnya dengan kuat, sekuat semangatnya... Oh, aku tak mahu jadi seperti kiambang, di mana bayu berpuput, kononnya di situ aku berpaut!

Salju Jabal Musa

|

Sudah Terbit!!!

Antologi Cerpen Penulis Muda Esastera 'SALJU JABAL MUSA' sudah terbit dan boleh didapati secara online dan pos. Antologi ini menghimpunkan karya-karya Ghafirah Idris, Amiza Khusyri Yusof, Fahd Razy, Nimoiz TY, dan Ida Munira yang mencakupi aneka tema termasuklah keagamaan, kemasyarakatan, sains dan teknologi, kehidupan remaja, semangat patriotisme, dan sebagainya. Untuk tempahan atau maklumat lanjut sila layari http://esastera.com/kedai/ ATAU emel kepada saljujabalmusa@yahoo.com.

DATIN SRI ENDON BTE DATO' MAHMOOD AMBAK

|



Thousands of Malaysians, including VIPs, royalties, foreign dignitaries, paying the last respects to Datin Seri Endon Mahmood who passed away Thursday at the Prime Minister's official residence in Putrajaya - Starpic





This is a rare moment of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to the public's eyes as seen here kissing his wife Datin Seri Endon Mahmood upon arriving home from work two days before becoming the Prime Minister. Abdullah sworn in as the 5th Prime Minister on 31 October 2003.



Al Fatihah.

Salam Ramadan

|

Dah 12 hari berpuasa. Aku berjaya berpuasa tanpa mengalami apa apa masalah hypoglisemia / hypeglisemia.
Suntikan insulin seperti biasa. Kerja tenaga keluar macam biasa. Kerja pagi-malam dari Rabu - Isnin 18/10.
Malam jaga anak mcm biasa. Sahur bangun masak sikit utk ABAH , anak , suami makan.
Semua aku berjaya buat dengan tenang.
Memang aku berdoa pada ALLAH swt semoga kuat nak berpuasa walaupun diabetis aku uncontrolled.

Minggu depan nak hantar 4 anak dan ABAH balik Ipoh. Tak tau lah camner aku dan suami nak menghadapi mlm mlm yg sunyi tanpa anak. Pertama kali rasanya aku terpaksa berpisah dgn anak. Bukan sengaja , tapi anak dah besar kesian kalo dok KL tak dapat nak meraikan keseronokan beraya dirumah OPAH ATOK AKI WAN.

Lagi pun suami aku kena biasakan diri berpisah dgn anak anak. Bulan December naik MEKAH lagi, buat ibadat dah tanggungjawab kerja. Kali ni Tabung Haji call hari terakhir suruh suami submit passport cecepat. Malas dah aku nak fikir apa apa. Sempena hari Jumaat yg mulia, aku redha suami pergi lagi mengadap Kaabah.
Berat rasa hati aku pendamkan saja. Aku tau setiap kali menadah tangan lepas sembahyang, Daddy pinta utk pergi lagi kesana.

Dan dah seminggu aku cuba jarakkan anak anak dari suami. Tidur cuba asingkan perlahan lahan. Minggu depan hantar anak balik Ipoh. Malam raya baru aku dan suami balik. Kebetulan tahun ni aku dan suami dapat giliran cuti raya. Awal December baru amik anak balik KL. Tapi aku tak tau ...samada aku boleh atau tidak jauh dgn anak.
Rasanya aku tak sekuat Daddy. Daddy Jan-Feb2005 berjauhan dari aku yg nak beranak dan anak anak demi utk ke Mekah. Dec - Feb 2006 berjauhan lagi.

Persiapan nak beraya ala kadar saja. Kuih aku beli untk rumah sendiri , rumah Mak dan rumah Mak Mertua. Beli jugak 6 botol untuk rumah WAN (nenek) kat Kg Baru Jerantut Pahang.

Baju anak anak dua helai kurung , satu gaun , tshirt/jeans. Kasut sepasang sorang.LEpas ni kena siapakan baju sekolah terus. Buku mmg tak dapat pinjaman. Beli siap siap sebelum Daddy berangkat. Kasut sekolah sepasang cukup. Tahun ni punya elok lagi ada 2 pasang.

Bajet mmg besar dgn gaji aku dan suami tak sampai 5 ribu. Aku dah bersiap dgn bonus dan duit kutu. Dan aku juga terpaksa potong byk perkara termasuk baju aku dan suami. Duit nak stanndby selama Daddy tak ada kat KL. Nak naik teksi g kerja dua bulan.
Daddy dah start paksa aku bawak keta. Bukan aku tak tau..aku TAKOT. Aku rela naik LRT atau naik teksi kalo dah terlambat.

Huh....mcm mcm dalam kepala otak aku nak lepaskan semua kat sini. Bab kerja lagi.
Aku kena banyak bersabar. Masa yg aku rasa aku betul betul LUPA semua masa tidur jer. Itu pun tidur tidur ayam. Anak kecik kena demam campak pulak dua tiga hari ini.

Menghitung hari untuk berpisah sekejap dgn anak anak. Lepas raya menghitung hari hari terakhir utk berpisah dgn Daddy pulak.

Kuatkah aku ??