Assalamualaikum ! Hi Hi Bye Bye

|
Syukur Kak Lela sekeluarga di Jepun selamat dari lawatan muhibbah si TAUFAN. Tak ingat nama taufan apa. Dan syukur pada ALLAH kita di Malaysia buat masa ni belum lagi menerima lawatan dari apa apa bencana bumi yg menakutkan. ALHAMDULILLAH kita syukur lagi pada ALLAH kita mewah di tempat tinggal kita. Tak susah macam org lain dalam bumi yg bulat ni.

Ewahhh...ucapan aku sempena hari bumi sedunia..hehehehe

Hari nie last buat lawatan lompat lompat kat blog blog kegemaran aku. Hari ni last juga buat minggu nie sebab seperti dijanjikan..aku masuk spital lusa. Esok aku monteng sbb nak poser.
Lusa dah start macam macam procedure.

Aku mmg benci lepak spital wad bersalin. Mcm mcm menda yg akan aku tempuh.

Doktor pelatih / Doktor pakar / Soalan dari jiran jiran sekatil / Makan tak sedap / Lengan hancur kena amik darah tiap kali lepas makan / Tengah tido kena bangun amik darah lagi

Rindu kat anak / suami / umah dan rindu pada blog kengkawan baru blogger blogger yg tak pernah aku jumpa..hehehehe

Mintak minta fetus dalam perut aku selamat dari sebarang menda yg tak diingini. So boleh ler aku teruskan sampai bulan December. Kalo dah tak de rezeki , nak kena buat D&C beratus jugak ler duit aku abis. Makan PIL aku takut tengah jalan , terbarai plak kang
depan depan orang ramai. Kalo kat umah jenuh ler plak nak ngelap ngan nak ngutip baki baki fetus tuh. Menakutkan betul.

Sah kena check mata / buah pinggang / kolesterol / uwaaaaaaaaaaaa
aku MALAS / JEMU / BENCI.

Tapi takper ...ada hikmahnya dari kesabaran aku.Macam aku sabar 8 tahun tak der anak. Pastuh GUGUR ..mengandung WARDINA..8 bulan aku sabar ...8 bulan 1 minggu aku rela di BEDAH.
Dan SABAR lagi tanggung kesakitan kena operate dengan batuk tak renti renti.
Sekarang LEGA sebab si WARDINA dah pandai jalan / cakap / makan banyak / dan yg penting tahu aku MUMMY dia walaupun aku HITAM LEGAM dan anak aku PUTIH SEPUK.

Pada kengkawan blogger yg banyak wish aku..terutama KakLela ..
TERIMA KASIH BANYAK BANYAK.

Aku akan merindui blog blog ni semua selama seminggu
KakLELA/KakJOLIE/KakSRIDIAH/MELY/NIS/AtehLAILA/KakINAI/
Rajiah/KakOGY/MBA/TAQRIZSHAH/MADI/ISTERI/
AZELL/KakHAZELL/walkthrulife /sitiruzaidah
/cikgu@bonda ookasan / aziehairi / nadahas / LANGITMALAM / LARASEPHIA /


hahahahaaa...banyak giler kau baca hari hari...tak tak mengulooooO..
masa aku tgh break ker minum teh ker ...nak sapu lipstik ker ..kekekekkeee....

okie ...assamualaikum semer...aku cuti seminggu ..
cuti cuti malaysia sbb duit abis gak...lepak HUKM Wad Bersalin..
tapi tak tau jadik ker tak bersalin ..hehhheehe...fetus baru 2 bulan !

aku akan merindui dunia baru aku !!!!!!!!

Happy Father's Day

|
Hari ni kecoh satu dunia dengan Hari Bapa. Aku pun sama ler jugak nak meriahkan suasana. Abah hari nie sebuk ngan mesyuarat umno dia. Dalam sakit kaki tuh nak pegi jugak. Apa pun aku anak pertama ucapkan abah selamat hari ahad..hehehhheee

Bagi aku hari hari pun hari bapa. yerlah setiap hari aku mesti tepon tanya abah ok tak..pas tuh check mulut tak senget/ kaki kebas / tangan leh angkat sampai mulut tak..kui kui kui
saja jer usik abah..lepas tuh dia mengata aku balik..sama jer sakit kencing manis pepagi makan aiskrim split.

Untuk DADDY aku tujukan lagu Nurul Ajai Cinta Menyintai Kita.
Daddy byk berkorban perasaan demi aku. Aku banyak mendera DADDY.
Aku tau sukar Daddy nak samakan kasih anak sendiri dengan anak angkat. Tapi aku PAKSA daddy terima kenyataan yg AIN dianugerahkan ALLAH pada keluarga kita.

Walaupun AIn anak angkat. Dia lah yg banyak menemani aku masa aku susah senang sakit suka duka. AIN mmg bijak. Satu minggu penuh dengan aktiviti. Cuti sekolah pun aku hantar jugak pegi tuisyen.

Daddy...

Ampunilah dosa mummy kalo Daddy masih sukar nak menerima AIN.
TERIMA KASIH banyak banyak selama 6 tahun kita jaga AIN , DADDY dalam tiada senyuman masih juga membantu menguruskan makan/pakai/persekolahan AIN.

Daddy,

Bacalah kad buatan AIN untuk DADDY sempena Hari Bapa. Sedih kanayat ayat tuh walaupun kita tahu dia ciplak dari majalah. Tak tau majalah apa. Tapi mummy nampak...kilauan cahaya mata daddy yh terharu dengan kesungguhan anak angkat kita yg baru darjah dua tuh. Kita tunggu apa lagi kejutan si AIN dalam beberapa tahun ini.


Happy Father's Day DADDY
dari MUMMY , AIN , WARDINA SOPHIELLEA QISTINA

Cinta Menyintai Kita

|
Tidak pernah ku sangka
Rupanya kau lebih ku cinta
Dari hati yang putih
Ku hadir untukmu sayang

Aku turut merasa gelora
Yang menghempas jiwa
Biar lama ku tunggu
Ku pasti kau tiba

Kau selalu menduga, menguji
Kejujuran di kamar hati
Membuatku dihimpit oleh keresahan
Ohh... ohh...
Kita memendam rasa dan bermimpi
Terbang ke langit
Langit yang tinggi
Bertemankan awan indah memutih

Sambut tanganku sayang
Bawa ku ke syurga impian
Tiada lagi curiga
Oh... yeah
Kaulah yang ku cinta

Kasih ku kasihi dia
Cinta mencintai kita
Kasih ku kasihi dia

Oh... oh....oh...

macam macam..hehehe

|
Hari ini baru ada hati nak naip. Tak tahan ngan macam macam yg aku tempuh. Batuk / Kena bakul kat tulang kering kaki / Muntah / Sakit telapak tangan/ tapak kaki. Sudahnya aku melompat lompat baca blog org. Semua yg aku dah FAVORITE kan , semua aku baca. Sampailah terjumpa kawan lama si NISA.

Sungguh aku tak percaya. Berbelas tahun aku tak jumpa NISA. Sekali terjumpa kat blog. NISA kawan satu geng lepak masa aku sekolah kat IPOH. Byk sangat lepak sampai aku kena tukar sekolah asrama kat Kuantan. Balik umah kang nak belek gambar lama masa sekolah. He he he . Salam NISA.

Sejuk dan nyamannya udara di Kuala Lumpur pagi ni. Pokok semua basah dek hujan sekejap tadi. Pagi nie mmg hujan rahmat. Lepas hujan , aku lepak depan kedai nengok KLCC penuh kabus.

Hari nie hari Jumaat. Aku telefon abah kejap tanya khabar. Abah tgh breakfast kat Hollywood Corner kat Ipoh ngan adik aku si Suraya. Mak dah kuar gi mengajar. huhhhh ! dah lama tak balik Ipoh. Nak buat camner ..cari rezeki. Ada cuti masuk spital / kemas rumah / bawak anak jenjalan / layan diri / layan suami .

macam macam ! hahahahaa...MACAM MACAM ADA !!

Sahabatku

|


Andainya kau dapat terbang
Sampai ke bintang
Andainya kau kaya raya
Mungkinkah kau ingat daku
Sahabat karibmu

Andainya kau jadi raja
Dan berkuasa
Duhai sahabat karibku
Masihkah kau ingat daku
Sahabatmu dulu

Teringatkan janjimu
Yang kau ucap dahulu
Walau gempa bumi
Takkan terpisah
Kau dan aku

Andainya kau bersenjata
Di medan perang
Andainya aku musuhmu
Sampaikah hatimu
Kawan , melukai daku

Andainya kau pergi dahulu
Dari dunia
Andainya kau lihat syurga
Janganlah kau lupa daku
Sahabat karibmu

6w4d Scanned Result

|
Janin kecik sangat lagik. Tapi dulu dah nampak degup jantung.
Yg ni masa scan mcm tak gerak langsung. Degup jantung x der. So Prof Hashim nasihatkan aku sabar dalam 2 minggu. Makan jer dulu asid folik. Obimin rupanya lepas 18 minggu.

Selepas 2 minggu iaitu 24/6 scan balik dah nengok ada pembesaran atau tidak. Kalo tak der sah janin tak hidup dan aku samada nak cuci makan ubat atau buat D&C. Dua dua aku tak nak. Sakit. Tapi kalu betul janin tak hidup kenapa tak keluar semulajadi yerk ??
Itu yg aku heran.

So sekali lagi aku kena masuk wad 3-6 hari again. Kalo OK , gula aku mmg kantoi. Tapi kata Prof Hashim , Prof Norazmi tuh lembut orangnya. Lelaki ker pompuan aku tak tau lagik.

Prof Hashim cakap lagik , bagus aku dok wad. Anak yg bakal aku lahirkan sihat dan aktif mcam anak dulu katanya. Besar dan sihat masa lahir. Aku cam biasa booking nak keluarkan anak aku 8 bulan 1 minggu macam wardina.

Komplen Prof Hashin , sebelum jumpa ENDOKRINE , jaga gula / kulit kering sapu losyen bebanyak / jaga berat badan. Semalam timbang naik 2 kg . Cepat betul. 56.4 KG. Lantak ler . Dah tentu aku akan gemuk balik selama 9 bulan. Kalo baby ok ler.

Tadi pepagi BIBIK goreng nasik semalam campur sambal tempe semalam. Belasah semangkok.

Balik sat lagi ntah apa lagi Bibik masak ??? GEMOK GEMOK

Kehamilan - Penjagaan diri dan anak dalam kandungan

|
Oleh Profesor Madya Dr. Zaleha Abdullah Mahdy

(Pakar Obstetrik dan Ginekologi)
Ketika mengandung, anda dan bayi berhubung rapat dan kesihatan serta kesejahteraan anda berdua turut berkait. Atas sebab inilah, anda perlu menghadiri pelbagai pemeriksaan antenatal bermula dengan trimester pertama, sebelum minggu ke-12, bagi membantu doktor anda memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.

Seperti kebanyakan ibu, anda mungkin keliru dengan ujian-ujian yang anda perlu ambil. Anda mungkin merasa risau terutama jika doktor mengarahkan supaya anda mengambil ujian khas bukan rutin. Berikut adalah penerangan tentang pemeriksaan antenatal dan ujian-ujian yang dilakukan supaya anda faham kepentingannya.

Pemeriksaan ibu
Pemeriksaan antenatal yang pertama. Doktor anda akan meneliti sejarah perubatan, dengan penekanan kepada tahap kesihatan dan gaya hidup anda sekarang. Anda juga akan menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal yang merangkumi ujian tekanan darah, jantung, paru-paru, tiroid, payudara dan gigi.

Ujian darah turut dilakukan bagi mengesan kemungkinan anemia dan status anda berkenaan jangkitan sesetengah penyakit (seperti status imunisasi rubella, Hepatitis B dan status pembawa HIV).

Pemeriksaan rutin selanjutnya. Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan (yang mungkin menyebabkan anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap), anda akan berjumpa doktor sekali sebulan sehingga minggu ke-28, setiap dua minggu selepas minggu ke-28 hingga minggu ke-36, dan setiap minggu selepas minggu ke-36 sehingga kelahiran bayi.

Setiap kali, doktor anda akan menimbang berat badan, mengambil tekanan darah dan menganalis air kencing. Prosedur ini membantu beliau mengenal pasti sebarang tanda amaran pre-eklamsia, sejenis kombinasi tekanan darah tinggi, simpanan cecair berlebihan dan protein di dalam air kencing.

Turut dikenali dengan nama pre-eclamptic toxaemia, kejadian ini berlaku ke atas satu atau dua daripada setiap 20 orang ibu, terutama di trimester kedua kandungan mereka. Pre-eklamsia yang tidak teruk boleh dirawat, tetapi jika tidak dikawal ia boleh mengakibatkan eklamsia dan sawan serta koma.

Sampel air kencing anda juga akan diuji untuk mengesan sebarang jangkitan dan gejala diabetes kehamilan. Diabetes jenis ini disebabkan oleh kandungan dan perlu disahkan dengan ujian lanjut. Ubatan-ubatan dan perubahan diet seharian yang diselia oleh doktor mungkin diperlukan bagi mengawal kandungan gula di dalam darah.

Anda juga mungkin diberi suntikan vaksin tetanus, biasanya selepas minggu ke-22, bertujuan untuk melindungi bayi anda daripada jangkitan kancing gigi selepas lahir. Jika anda mengandung anak sulung, suntikan ini biasanya diulang sebulan kemudian.

Pemeriksaan bayi
- Dengan sentuhan
Dengan tekanan tangan yang lembut ke atas abdomen anda, doktor akan mengesan kedudukan atas rahim bagi menilai tumbesaran janin. Dari minggu 34 atau 36, doktor mungkin meminta anda memantau pergerakan bayi.

Jika bayi mendapat bekalan oksigen yang secukupnya, dia patut bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 12 jam. Bayi mungkin kurang bergerak jika dia mempunyai kembar atau jika si ibu merokok, menghidap diabetis atau tekanan darah tinggi.

- Dengan mendengar
Masuk minggu ke-14, doktor anda akan mendengar degupan jantung bayi dengan menggunakan sonicaid elektronik atau, selepas minggu ke-22, stetoskop janin berbentuk trumpet.

Pada tempoh dua bulan terakhir kandungan dan jika perlu, doktor mungkin menjalankan ujian kardiotokografi yang mengukur degupan jantung bayi dengan monitor elektronik.

Bunyi, rentak degupan dan kadar degupan yang ganjil bermaksud bayi mungkin tidak sihat.

- Dengan imbasan
Imbasan ultrabunyi (ultrasound) akan dilakukan seawal mula hamil. Imej janin di skrin boleh menenangkan anda dan mengesan tahap tumbesaran janin.

Imbasan mungkin dilakukan dengan lebih kerap jika anda pernah mengalami keguguran atau mengalami pendarahan atau kesakitan. Begitu juga jika doktor mengesyaki janin tidak membesar seperti sepatutnya.

Ujian-ujian khas untuk mengesan keganjilan kromosom. Jika anda berusia 35 tahun ke atas, atau terdapat risiko penyakit keturunan atau bayi terdahulu dilahirkan tidak normal, doktor mungkin menasihatkan anda untuk menjalani ujian-ujian khas seperti berikut.

- Ujian Darah
Ujian Triple pada minggu 14-16 mengukur tiga jenis komponen kimia darah (AFP, estriol dan hormon kehamilan yang dinamakan hCG) untuk mengesan kemungkinan kecacatan tiub neural (seperti spina bifida) dan sindrom seperti Down.

- Imbasan
Imbasan Nuchal Translucency mengukur pengumpulan cecair di belakang leher bayi. Ia dijalankan di minggu 10-12 bagi mengesan pelbagai gejala sindrom Down (sejenis keganjilan kromosom yang membantutkan pertumbuhan) dan Turner (keganjilan kromosom yang membantutkan tumbesaran dan perkembangan kelamin bagi bayi perempuan).

- Ujian Invasif
Amniosentesis, yang boleh dilakukan bila-bila masa selepas minggu ke-13, ialah sejenis ujian di mana jarum dicucuk ke dalam abdomen untuk mengambil sampel cecair di dalam rahim. Cecair ini digunakan untuk mengesan sindrom Down dan keganjilan kromosom yang lain.

Sejenis lagi ujian invasif ialah Persampelan Vilus Korion (Chorionic Villus Sampling) yang boleh dilakukan pada hujung trimester pertama atau lebih lewat dari itu. Jarum digunakan bagi mengambil sedikit sampel tisu dari uri (placenta) bagi mengesan sindrom Down dan penyakit darah seperti talasemia. Ujian-ujian invasif ini sangat penting terutama jika bayi disyaki mempunyai masalah kromosom atau keturunan.

Semua ibu berdoa untuk mendapat bayi yang normal dan sihat. Oleh itu anda perlu bekerjasama dan bersedia untuk menjalani pemeriksaan antenatal dan ujian-ujian lain yang mungkin anda perlukan. Tidak ada ujian yang sempurna dan kadangkala keputusan yang diperolehi kurang tepat.

Bagaimanapun, adalah penting bagi anda mengetahui status dan perkembangan diri anda serta bayi. Maklumat ini membantu anda menyiapkan diri bagi memelihara kedua-dua ibu dan bayi, dan membolehkan anda mengambil langkah awal jika salah seorang berada di dalam keadaan yang membimbangkan.

Aku dan Kencing Manis

|
Hari ni last day kerja wholeday selama 8 hari. Esok Assistant dah start balik dari cuti panjang. Lega aku rasa. Yerlah seharian selama 8 hari aku kerja . Ayam Ayam Ayam. Sampai kengkawan pun save nama aku dalam HP letak Mak Ayam.

Ingat hari ni nak poser. Tapi rasa cam nak kena HYPO. Gula dah turun sebab tak makan pagi. Pegi Pasarakyat nak beli barang kedai aku beli Nasi Putih Ikan Kembong Asam Pedas kat Uncle.

Esok aku jumpa Prf Hashim (GYNAE) . Rasanya terus detail scan dan masuk wad petang tuh. Level gula start amik sebelum makan malam.

Endokrine plak jumpa selepas 3 hari. Terbanglah RM aku bayar duit spital. Nak claim insurance tak layak. Nasib badan.

Soalan dari TAQRIZ ~

Diabetis Type 2 - BODY FORGETS HOW TO USE INSULIN

Inilah yg dialami selama beberapa tahun kebelakangan ini.
Badan susut akibat makan ubat control gula. So kalo ORANG GEMUK makan ubat kencing manis mmg bleh KURUS cepat.
Tak boleh lapar. Tak boleh banyak sangat jenjalan.
Kenkadang berpeluh mengigil nak pitam. Dahaga terlalu dahaga setiap aktu. Tandas 10 kali atau lebih sehari. Tengah malam pun bangun minum dan kencing sekali.

Anak sebelum WARDINA dan 5 bulan dalam perut baru GH cakap ada CYST. Sebab tuh aku benci GYNAE kat GHKL. Sorry !!
Pegi HUKM terus checked dan dapat result yg baby tak NORMAL.
Buah Pinggang tak membesar. Kepala BABY tak bulat. Daddy sign surat dan aku kena masuk ubat 5 kali dan 3 hari aku menderita sakit nak beranak.

Mintak ampun kat MAK / ABAH dan SUAMI kalo ada doser baru ANAK yg terpaksa aku KORBANkan keluar tepat waktu maghrib.
Anak LELAKI dah pecah perut dan kaki terpisah dari badan. Usia 5 bulan. Muka seperti diukir. Jari terbentuk. Aku MENANGIS 2 bulan.
Daddy tanam daun pandan atas kubur baby. Sekarang berulang lagi.

Salah siapa aku kena kencing manis. Entahlah. Malas nak fikir. Ubat pun tak makan. Kalo makan tak larat nak jenjalan. Badan makin kecut.

Kasihan anak...mummy degil anak jadi mangsa. MAAFKAN mummy anak anak.

Hilton KL Sentral Sous Chef RM 5.0 k

|
perghh...gaji basic jer 5 ribu. Masuk kerja kena gi Jepun buat promosi ngan TDC.( Nak suruh RIZAL gi jumpa Kak Lela)
Elaun lain lain ..service point lagi.
Kaya Kaya Kaya.

Aku semalam terketar tangan pegang surat tawaran kerja kawan lama aku si Rizal. Terkejut giler aku. Walaupun ada Sijil Rendah Pelajaran sahaja / anak kampung / orang susah / adik beradik ramai / mak dah lama meninggal.......inilah namanya REZEKI.

Rizal kawan baik aku masa anak dara dulu. Bukan boyfriend tapi BEST FRIEND. Pegi mana mana pun ABAH percayakan RIZAL jer . SO kalo masa tuh nak gi dating ngan daddy..RIZAL jadi mangsa.

Sekarang Rizal baru 6 bulan kahwin. 2 Bulan pertama kahwin dia tinggalkan orang rumah pegi keja jadi Head Chef kat MEKAH masa musim haji.

Balik Mekah lepas sebulan orang rumah dah ngandung. Skang sama jer usia baby dlm perut cam aku.
Pastuh skang bertambah lagi rezeki ngan tawaran kerja yg akan menjadikan si RIZAL orang kaya baru. Yerlah hidup sederhana tapi RM banyaknya. Itulah rezeki si RIZAL sebab dia bela adik adik dia 7 orang ngan bapak dia.

Sekarang semer adik adik dia dah beso..bapak si Rizal pun dah dapat ORANG RUMAH baru selepas bertahun tahun susah payah bela anak anak.

RIZAL pun tak pernah lupakan aku....walaupun aku dari dulu sampai skang anggap dia KAWAN BAIK aku jer. YErlah sejak aku ngan DADDY , baru tahun lepas RIZAL betul betul dapat calon dan terus jer NIKAH.

Apa apa pun RIZAL ....kau kawan aku dunia akhirat.



Ayamas Spicy Siam Roaster

|
Sedap nyerrr..memang sedap ayam perasa SIAM . Actually rasa TOMYAM , tapi kalo dah di panggang ..sedap betul.

Launching 15 June. tapi aku dah belasah masa food tasting ngan BOD kat HQ 3 bulan lepas. Harga mahal laks..tapi yg herannya kalo bawak leaflet dapat harga 11.95. Kat aku ada 2 ribu keping bleh ler aku sedekah kat customer bebanyak.

3 Julai Skuad Perodua Era dtg kedai aku buat rounding ngan promosi. Sedekah ayam free budget dalam 50 orang makan. Termasuk aku kena ler aku masak 10 ekor..gegegege

Ahad nak kena beli daun ketumbar / cili padi / daun limau purut / cili padi. Untuk hiasan luar alto shaam. Kalo letak dalam mau melecur kepanasan.

Sedap sedap sedap......

Detail Scan HUKM 10 June 2004 Prof Madya Mohd Hashim Omar

|
Lagi dua hari penentuan kepada kandungan aku nie. Kalau Ok aku bersyukur teramat amat. Kalau tak Ok aku redha. Kali ini aku lebih bersedia. Bukan aku tak nak terima atau suka aku tak perlu dibedah lagi , tapi aku terpaksa redha dari melahirkannya dan membuatkan baby terseksa dengan segala apa yg tak kena pada dirinya nanti.

Detail Scan kat tingkat. Nak nengok tulang belakang / jantung/ buah pinggang / dan kebulatan kepala baby. Yg lelain tuh nengok bila dah besar skit. Macam jari kaki / tangan /ukurlilit perut.
Minta minta lah semer normal.

Aku pun dah start ngan spirulina / obimin / asid folik mcm biasa.

Pepagi 10 June nanti dah sure tak leh sarapan. Darah diambil setiap kali sebelum makan. Hancur ler urat kat tempat biasa yg bleh amik darah nie.

Kalo semer dah confirmed, aku sure dapat jarum suntikan yg berlambak dan insulin Lispro . Dan bermula lah detik detik kehidupan aku selama 9 bulan bersama Jarum Suntikan dan Insulin yg aku kena usung kesana ke mari.

Kena ada buku catatan gula lagi..adoii...bosannnnnnnnnnnnn.

Dan aku akan selalu ler tidor kat spital untuk measure level gula aku sebulan 2 kali. Pastu kena jawap soalan soalan yg sama dari doktor dortor pelatih kat HUKM tuh. Pastuh kena jadi model masa dorang amik exam dalam dewan kuliah. Aku sure dibogelkan separuh badan lagi untuk tatapan doktok doktor lain. Ahhhhhh...lantak ler ...

Hari ni level gula aku rasa tinggi. PEpagi aku dah bantai nasik lemak rendang ayam. Semalam nasi minyak orang kawin.

Tak per ...esok aku posa .....hahahahhaa


Gaya Tidur

|
Gaya tidur dedah tingkah laku


SEORANG ahli psikologi salah sebuah universiti tempatan pernah berkata, tingkah laku manusia agak sukar untuk difahami.

Ini kerana, ia umpama `topeng' yang dipakai dan boleh berubah-ubah mengikut tempat, masa dan keadaan.

Sebab itulah, ada di kalangan pasangan suami isteri, rakan pejabat atau teman rapat masih belum dapat memahami hati budi masing-masing, sekalipun telah lama kenal antara satu sama lain.

Personaliti atau tingkah laku membezakan antara seseorang dengan yang lain, tetapi ciri-ciri ini stabil sekalipun pada bila-bila masa dan keadaan.

Personaliti berasal dari perkataan Latin, `persona' yang bermaksud topeng. Topeng-topeng yang dipakai ini sebetulnya, gambaran psikologi dalaman secara keseluruhan tentang diri kita.

Andai dalam pergaulan seharian agak sukar bagi anda untuk `mentafsirkan' tingkah laku seseorang, mungkin anda boleh melihat cara tidurnya. Pengarah Khidmat Nasihat dan Penilaian Tidur, University of Surrey di selatan England, Profesor Chris Idzikowski telah mengenal pasti enam posisi tidur yang popular.

Menurut beliau, kedudukan atau cara tidur ini menceritakan tingkah laku seseorang di bawah sedar. Ini kerana, ketika dalam keadaan jaga, ramai yang berhati-hati dengan bahasa tubuh. Antara posisi tersebut ialah:

* Janin dalam kandungan

Digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif. Seorang yang pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan relaks.

Bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.

* Batang balak

Orang yang tidur seperti ini tergolong dalam kelompok mereka yang tidak serius dan gemar bersosial.

Mereka mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.

* Mengiring dan tangan menghala ke depan

Seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain. Lambat membuat satu-satu keputusan, tetapi, sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.

* Tentera

Tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya. Mereka juga tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.

* Jatuh bebas

Mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung. Biasanya, mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.

* Tapak sulaiman

Mereka boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan. Secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.

Laman web, Indian.CL juga ada mengkelaskan beberapa cara tidur yang melambangkan personaliti seseorang seperti:

1. Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas

Anda digambarkan sebagai seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati. Tetapi, anda seorang yang boros, cuma anda bernasib baik kerana pendapatan juga lumayan.

Satu lagi, sikap anda yang tidak digemari ramai orang ialah suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip. Entah siapa pula selepas ini yang menjadi `mangsa' gosip anda!

2. Menelentang dan kaki bersilang

Mereka yang tidur dengan gaya seperti ini adalah seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan.

Mereka juga suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.

3. Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala

Cara tidur seperti ini melambangkan individu tersebut mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu.

Bagaimanapun, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya.

Dari sudut yang lain, anda adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masalahnya, anda sukar jatuh cinta dengan sesiapa. Atau, mungkin kerana anda seorang yang pemilih?

4. Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit

Jika anda tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam, anda berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka.

Kemungkinan, anda juga tidak mempedulikan hal orang lain. Anda juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda. Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur. Mungkin, masanya telah tiba untuk anda merobah cara tidur?

5. Tidur dengan cara sisi

Melambangkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan.

Ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan. Mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.

6. Sisi dan badan merengkok

Anda digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Mereka yang berada di sekeliling anda harus berhati-hati, kerana anda seorang yang mudah marah.

7. Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh

Berbeza dengan personaliti sebelum ini, anda adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa.

Bagaimanapun, ini bukanlah ukuran bahawa anda seorang yang sempurna.

Ada baiknya, anda belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup anda.

8. Sisi dengan sebelah lutut bengkok

Anda digambarkan sebagai seorang yang cerewet dan selalu merungut. Cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil. Anda perlu belajar untuk relaks.

9. Tidur seolah-olah dalam keadaan berdakap

Anda sebetulnya dalam kesunyian dan kemurungan kerana terlalu obses dengan kegagalan masa lampau dan masalah yang anda hadapi.

Tidur dengan cara ini juga menggambarkan, bahawa anda seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan. Ini menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa anda hilang kasih sayang dalam kehidupan.

10. Berselubung dalam selimut

Jangan terkejut kalau dikatakan, anda hanya kelihatan `macho' ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya anda seorang yang amat pemalu dan lemah.

Anda juga menyimpan banyak rahsia. Tetapi, jika anda berdepan dengan masalah, anda hanya memendam dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa.

Atas sebab itulah, wajah anda juga sering berkerut ketika tidur.

ABAH

|
Rindu nya kat abah. Dah berapa bulan tak jumpa abah. Dari wardina lahir sampai umur 6 bulan abah dok umah aku.

Bila dah lama sangat abah jemu sebab susah nak pegi jenjalan pepagi. Kaki pun bertambah bengkak. Abah pun semakin gemuk. Last last abah surrender, nak balik Ipoh. Alasan kesian kat MAK tinggal sensorang. Walaupun MAK keje ngajar pagi sampai petang. Abah nak jugak balik Ipoh.

Semalam MAK balik aku kirim ayam percik kegemaran abah. Cili Ayamas sepeket. Duit pencen cam biasa aku kasik seratus dulu. Nanti tengah bulan tambah lagi.

Kesian abah, sejak kena stroke / kaki operate abah dah tak cam dulu.Dulu abah selalu bawak kiterang adik beradik jenjalan round kampung kampung orang kat perak. Sejak abah tak leh bawak kete..sunyi sangat.

Tapi skang sejak semer dah berkereta , sesekali balik Ipoh mesti nak kena bawak abah jenjalan walaupun penat.

Kawan kawan ABAH yg cina cina tokey kat Ipoh pun selalu gak bawak abah gi minum teh petang petang. Sampai tadi aku call pun abah nak kuar lepas asar nak gi eksais kaki ngan lepak ngan kengkawan cina dia kejap sampai kol 6.00. Pastu abah sure lepak kat surau ngan geng UmNo dia.

hmmmmm....malam tadi mimpi kat abah. Mmg aku RINDU kan ABAH.

tempoyak ikan bilis

|
ikan bilis
petai
tempoyak

cili padi
kunyit hidup
santan
garam
daun kunyit



tumbuk kunyit hidup bersama garam
masukkan cili padi.
tumbuk halus.
gaul sebati tempoyak dalam lesung batu dgn cili tumbuk.
masukkan ikan bilis dlm periuk.
masukkan bahan tumbuk bersama santan petai daun kunyit dihiris halus masukkan sekali.
masak api perlahan hingga pekat sedikit.

sedap dimakan ketika x de selera. makan bersama nasi panas

****
RESEPI DIWARISI DARI WAN PAHANG.





tanah api air angin

|
1) Tanah - Anak pertama, kelima & kesembilan
2) Air - Anak kedua, keenam & kesepuluh
3) Api - Anak ketiga, ketujuh & kesebelas
4) Angin - Anak keempat, kelapan & ke dua belas

TANAH
Individu yang tergolong dlm kategori ni dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu.
Mungkin tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berperindian. Namun ini bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakanlah setiap perubahan itu secara perlahan-lahan. kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa besifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan kedua-dua keperibadian positif dan perbaiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia in memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.


AIR
sesuai dengan unsurnya, individu yang tegolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang bejiwa agak sensitimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih keseorangan... bolehlah mula mencari teman yang terdiri dalam kategori ini!


API
Individu yabg tergolong dalam kategori ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang disekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari ketegori ini diaktakan memiliki sikap sering
berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.


ANGIN
Bijak komunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disegani oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin agak membimbangkan sesetengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tegolong dari unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

hadiah besday

|
kuang kuang kuang

disebalik hadiah perot boncit yg aku dapat di hari jadi aku ..

aku balik umah ..tetiba wardina kasik kotak ..kotak jam POLO.
nak nangis aku..ha ha ha ...dah lama tak pakai jam sejak aku dirompak.

POLO ada kad warranty . aku dengan selamber tanya daddy..beli kat PS ker ?? MAK aku jeling mautszzz

oOoOoOO..kat kedai jam kat JUSCO. mmg cun..sepadan ler ngan beg aku.

tima kasih daddy..i love u so muchh!

sedapnya MAK masak

|
dua tiga hari ni sedap makan.
yerlah ari ari aku sure tanya MAK nak masak apa.
kasi jer duit laju jer mak pegi pasar kat bawah tu.

semalam besday aku mak masak roti jala ngan kuah durian.
lauk makan tengahari jer dah 4 jenis. yg paling sedapnya ..asam pedas ikan tenggiri. aku sampai hirup kuah walaupun pedas giler.

dah tau mengandung baru ker aku perasan aku tak der alah macam ngandung wardina dulu. tapi cam biasa aku nak makan macam macam. dulu aku makan otak lembu masak tempoyak. kali nie pepagi aku dah teringin meehoon sup lidah lembu. aku sanggup paksa staff aku gi kuchai jaya belikan mee tuh sambil amik ayam kat depot kuchai.

tadi aku kasik duit kat mak suruh pegi pasar pudu ngan adik aku. aku teringin nak makan ikan haruan masak kari. terjelir lidah adik aku dengo...ha ha ha

apa apa pun 10 june nie ...aku menghitung hari !

surprise giler

|
ada lagik kejutan kejutan di hari jadi ku ..

ha ha ha ha ha

aku terperanjat giler..mmg nak pitam aku dapat berita.
tahniah ..akak mengandung 3 bulan.
aku mmg rasa nak pitam..ingatkan demam biasa ..rupanya luarbiasa.
mmg aku tak sangka ...ngan sakit aku yg tak terkawal...aku mengandung lagi.

8 tahun aku tunggu baru dapat wardina ...sekarang aku mengandung lagi.

ya allah..aku rasa nak menangis..dan aku memang menangis dari pagi sampai tengahari.

aku suka tapi aku risau..
aku takut baby tak normal lagi mcm sebelum wardina.
semernya salah aku..gula tinggi...baby abnormal. dan terpaksa aku terminate medical termination dlm usia kandungan 4 bulan lebih.

sakit yg amat. dan yg ini..aku terpaksa tunggu 10 june.
prof hashim and prof jamil semer ke australia ada seminar gynae.
yg lain tak leh handle kes aku.
prof khalid tak de..
aku kena jumpa prof norazmi.

berdebar debar satu badan aku geletar . nak tunggu 10 june lambat lagi.
aku dah start belasah asid folik dan obimin.
spirulina aku telan 10 biji sehari.
aku tak makan semer kuih manis..air manis dah tak minum.
fresh orange tak de gula..tak de ais. sebab batuk aku tengah menggila.

well.....hadiah harijadi aku....baby baru..

ya allah..selamtkan lah anak dalam kandungan ku

selamat hari jadi

|
hmmm

aku dah semakin tua. hari ni besday aku. yg gempaknya staff buat parti utk aku. kek coklat dan hadiah wallet bum equipment . terlejut jugak. rupanya dah di rancang senyap senyap. daddy ngan mak plak tetiba sampai ngan wardina dan sharmaine dan adik pompuan aku sorang tuh si janda suraya.

malam tadi adik aku si janda hantar sms ucapkan selamat hari jadi berserta luv u always. aku terharu

mak sampai dari ipoh dgn sharmaine pukul 12.30am.

pukul 1.30 am daddy pegi amik si INA plak kat pudu.

aku besday nengok memori akademi fantasia..hehhhehehe