Panggilan Haji / Tugas / Rezeki

|
Mohd Farid Mustafha

Itu my larling. Hehehhehe.

Tetiba dapat kezutan masa aku tengah kesakitan kedemaman. ErkKkK ..camner yer nak citer. Ke aku dah citer. Iskkk....kang doser plak citer.

Camni..

Tabung Haji Travel Services Catering Department tetiba jer call beritau suruh my larling gie buat atau renew passport. Katanya nak hantar ke ArabSaudi nak chop permit keje. Tepon Isnin 2 Ogos 2005. Nak kena hantar 12 Ogos 2005.
Hah !!! Aku rasa nak kena denggi pun ada. Terkujat nyer pasal. Tak isi form tak interview tetiba nak pegi Mekah 4 bulan masa musim haji 2005 ni. Masyallah .

Okay aku pun sampaikan berita gembira dan cam biasa my larling cakap OK jerlah kalo aku redha. Aku mmg REDHA. Yerlah bile lagik nak gi buat HAJI. Nak tunggu kumpul duit pegi sekali...payah sket kot.

So aku dalam kesibukan nak gi spital ..demam panas..menjalankan pulak tugas dan kewajipan sebagai isteri ( tak ler mithali mana sangat ) ..mengupdatekan apa yg Tabung Haji nak. Dan yg paling terharu birunya ...uwaaaaaaaaaaaaaaa.... PASSPORT my larling tetiba HILANGGGG!!!!

Allahhu Akhbar ! aku kelu tetiba. Selongkar satu rumah..tepon kampung..semer x der!

Ujian kat Malaysia dah dapat. Belum lagi UJIAN kat sana untuk suami ku. Betul kata kawan karib aku si RIZAL. Banyak dugaan yg kena kami tempuh. Aku sujud padaNYA sambil mengalir airmata aku tanpa henti.

Aku kuatkan hati..sihatkan badan..pagi pagi ajak my larling pegi Balai Polis Dang Wangi buat report. Pegi Imigresen isi form. Semer dokumen needed lengkap. Petang submit buat kes rayuan.

Adussssssss.....Officer Imigresen cakap plak..Kalau ada ORG DALAM bleh siap 2 hari. Kalo takder SEBULAN.

Masa temuduga soalsiasat..aku tak henti dalam hati baca Ayat Qursy 313 kali. Untuk kecemasan. Mmg mengalir jugak ler airmata aku menunggu Daddy keluar.

Daddy keluar muker sedih tapi cool. Mungkin takder rezeki pergi tahun ni. Officer tuh tetap bagi tempoh sebulan atau paling cepat seminggu. Aku sabarkan Daddy. Tapi dia yg lebihnya sabarkan aku. Dalam kereta aku diam tak tau nak cakap apa.

Mungkin dalam hati aku tak 100% redha lagik kot. Yerlah aku kenkadang tercakap..Beranak sensorang .. hantar Ain masuk Darjah 3 sensorang...Anak dah 2 bulan baru Daddy balik.......4 bulan semer kena buat sensorang.

Ya Allah..ampunkan dosa aku pada suamiku. Ya Allah ..kau permudahkan urusan suamiku untuk mencari rezeki dan menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.

Aku mmg betul betul bertaubat dengan bisikan hati aku yg mengeluh itu.

Minggu ini...kami berdua terus berdoa..semoga sebelum 12 Ogos 2005 , ada panggilan dari Imigresen Wilayah meluluskan permohonan suami ku.

Ya Allah...ampunkan dosa kami berdua

0 comments: