MANDUL / X Der Anak .........!!!!!
Menyakitkan hati...tapi orang tak tau ..soalan soalan imi mmg menghiris hati ..menusuk sampai ke tulang hitam. ( ada ker tulang kaler itam?)
Memang x der rezeki lagi..tapi selalunya (maaf maaf) makcik makcik yg suker tanya soalan ni mcm tak faham. Sua tanya anak berapa..berapa tahun kawin..ada sakit ker...
Aku pernah kena..aku pernah lari dari soalan ini semer. Aku pernah dihina MANDUL..BERPENYAKIT...X DER KETURUNAN...aku sabar...aku ingat sampai mati..
Kata kata yg keluar dari sebelah keluarga disana...
Tapi aku peduli apa ...Aku ambil anak org terbiar. Mulut semer tertutup rapat.
Aku bukan mandul..tapi mmg lambat dan susah dapat anak.
Ini kisah benar kawan aku yg x der anak...LARI dari KAWAN KAWAN...
Sedih..sedih....
Aku memang kesian giler kat kawan aku. Kahwin awal dari aku. Dengan meriahnya aku pun sama pegi meraikan dari merisik sampai bersanding. Aku plak masa tuh masih tengah cintan cintan lagi. Dalam kesedihan sering ditanya soalan soalan camtuh..kawan aku sering mengelak dari jumpa sedara mara..terutama sebelah mertua.
Dari body solid suami isteri..sekarang dua dua dah agak berisi. Dari naik motor dah ada kereta. Dari rumah sewa dah ada rumah sendiri. Tapi yg takder ..ZURIAT sendiri. Anak angkat mmg dorang tak nak langsung. Walaupun dulu aku ada gak suggest bela ler anak sedara ker anak orang kr anak yatim ker..tapi doarang ada pendirian sendiri. So aku MENYENYAPKAN MULUT aku cecepat.
Aku 4 tahun x der anak , masih lagi dianggap kawan karib. Yerlah dari sekolah kat asrama sampai dah kerja. Kami masih berkawan rapat.
Tiba tiba aku ngandung...GAGAL. Ngandung lagi.. GAGAL....masih lagi main tepon.
2001 - 2002 aku ngandong dan berjaya...kawan aku terus menghilangkan diri.
Aku tepon tak angkat. Rumah baru aku tak tau kat mana. Alamat kampung lagi ler aku luper.
Sampai sekarang...sahabat aku yg paling aku sayangi terus tidak ada jejaknya. Aku tau dia masih di K.L. Aku tak pernah berbangga aku ada anak. Aku tau ANAK yg aku ada ini PINJAMAN sementara. Kalo aku takbur ..mana tau satu hari nanti aku hilang apa yg aku ada ini.
Dua ANAK kurniaan ilahi. Anak angkat dan anak kandung aku dan suami anggap kurniaan PINJAMAN SEMENTARA.
Sahabatku ...
Maafkan aku seandainya kehadiran cahayamata dalam hidupku mengguris perasaanmu.
Maafkan jua kami semua rakan rakan mu seandainya pertanyaan dari makcik makcik / nenek nenek kami semua menyakitkan hatimu.
Dalam sujud kami pada NYA ...doa kami untukmu tetap terselit sekali sekala.
2 comments:
soal anak ni mmg jadi mende yg paling sensitif bagi pasangan dah kawin 3-4 tahun tapi belom ada rezeki lagi. Soklan2 cepumas jgn cakap la..sampai malas nak layan kadang tu. soklan paling cepuintanberlian yang akak dapat dulu ialah : adik beradik belah hang ada yang mandul ka? aduss layankan ajer.
sedih betul baca pasal ur friend yg 'melarikan diri' tu. Simpati pada dia dan rasanya dapat paham sikit perasaan dia dan kenapa dia "lari". Semoga satu hari dia akan 'kembali'.
suami aku menanti zuriatnya sejak 14 tahun lalu. Sejak kahwin kali kedua, aku hamil.Bangganya aku kerana dapat memberikan zuriat padanya di usia 40-an.Rezeki tak diduga.Baginya, dia takkan dapat memiliki zuriatnya.Sabar mungkin ada hikmah disebaliknya.
Post a Comment