hua hua hua ...aku tidak mewarisi harta berjuta juta
tidak tahu pun apa harta yg bakal aku warisi dari kedua orang tua ku
tetapi aku MEWARISI penyakit dari ABAH ku
sakit yg menyeksakan hidop
sakit yg membebankan perasaan
sakit yg akan mengundang beberapa lagi penyakit
menyakitkan hati
apakan daya ...itu jer yg pertama yg aku warisi
dari ABAHku...
keh keh keh keh....gelak dalam tangisan.
aku ngan abah ada kencing manis. ABAH dah 3 bulan duduk umah aku sebab ada follow up HUKM. JARI abah yg kena potong dulu ada jangkitan. So bengkak balik and ada nanah.Kebetulan abah datang KL sebab sepupu aku nikah , aku pun terus paksa abah pegi HUKM buat check up.
18 hari abah admitted bulan MAY ari tuh. Dan sampai sekarang abah masih dirumah aku.
Abah sekarang makin gemok dan gumbira. Yerlah ...seronok dikelilingi cucu 4 org.
Masa kat Ipoh dulu abah selalu tension sebab kiterang jarang balik Ipoh.
Tugas harian abah kat rumah aku bermula dari pukul 5 am. Si kakak Nurainy dah bangun pukul 5am bersiap untuk naik bas pegi sekolah CBN2 pukul 6.15am. So abah yg tunggu anak aku bersiap.Yg aku plak terhegeh hegeh lagi atas katil. He he he.
Pukul 7am abah kejutkan pulak si Sofea Sharmaine nak pegi Tadika masuk pukul 8am.
Sambil aku buat sarapan, abah dah tolong sapu sampah dan jemurkan kain.
Aku masak lunch dan sarapan terus , abah dah kat tangga tengah sapu tangga pulak.
Lepas tuh ikat rambut si Sharmaine.
Aku bersiap g keja kol 8am , abah tengok tv. Dan bila aku balik malam, abah dah baring mengiring kepenatan sebab 3 cucu yg besar dia tak bagi pegi rumah babysitter.
So..apalagi penatlah dia seharian melayan macam macam kehendak cucu cucunya.
Kesian kat abah. Aku tak tau nak buat apa lagi. Nak cakap apa apa pun sensitif. So terpaksalah aku memendam rasa kesian tenguk abah. Katanya sementara dia hidup.
Kesian jugak kat babysitter aku...tak masyukkkkkk...hehehehe
Huk alOOoo...luper plak pasal kencing manis.
Abah nyer gula semenjak dok umah aku dah terkawal dengan hebatnya.
Yg aku pulak ....menakutkan...sejak abis pantang sampailah sekarang..aku kat kedai pantang tenguk. Mesti beli dan belasah. Jus Epal @ Aloe Vera. Sedap giler.
Sekarang level aku 20 ++++. Abah 7+++ SAHAJA.
Rasanya aku dulu MATI kot! Hua hua hua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment