Macam Macam Hal

|
EMAK dah balik Ipoh. Dah kebah demam katanya. Isnin pukul 12 anto EMAK gi Pudu.
Aku ngan Daddy merayap g Jusco sebelum nak amik kakak kat CBN2 ada kelas tambahan.
Pukul 3 mak call beritau dah lama sampai.

ABAH ada check up lagi kat HUKM esok. Diabetis Jantung BuahPinggang Mata Gout DarahTinggi. Hu hu hu .Banyak giler nak kena check.

Daddy hari ni cuti lepas sebok dgn function sempena pelancaran Star Hill Gallery.
Meriah katanya.Aku jenguk pun mmg nampak meriah betul. Al maklum tempat org org banyak duit je mampu lepak situ.

Aku akan sebok bekerja sampai hujung bulan ni. Member nak cuti. So aku yg malas merayap cuti sekolah tak kisah ler kerja. Kesian juga dia aku dah banyak bercuti masa lepak HUKM jaga anak ari tu.

Datuk n Datin minggu ni pulak asik call Daddy ajak lepak. Yerlah dorang susahhati nak opening c/house baru tak ada org lain bleh diharap. Datin TUA dah dapat kat Star Hill. Datin MUDA pun nak jugak. Datin TUA ada anak dara 2 org handle. Datin Muda mandul. he he he . So Daddy jerlah jadi anak harapan dia.
Daddy dah susah hati. Serba salah katanya.Handle yg sekarang senang dekat dgn rumah. Yg baru jauh. Staff pun susah nak cari. Walaupun dapat 5% saham...tapi entah lah. Aku pun risau jugak nengok muka Daddy berkerut je bila Datuk Datin called untuk dating.

Hari ni aku mula kerja pagi - malam sampailah minggu depan. Melepaslah aku nak tengok AF opening konsert.

Oh yer ...ha ha ha . ABAH botakkan kepala macam MAWI! ABAH memang peminat no 1 MAWI. Tapi mmg selalu jugak dia botakkan kepala.

So sekarang ABAH DADDY n ADAM ---> 3 Stooges.

0 comments: