hmmm.. PENGEMIS CINTA !! he he he
aku ibaratkan si ANDING tuh macam PENGEMIS CINTA. Yerlah tetiba jer TERJATUH CINTA ngan si EDLIN. Nak buat camner ...dah ditakdirkan. Tak tau ler di rancang macam kes si NANA dan BURN.
Tunggu dan lihat. Aku bukan minat sesangat tetapi dek oleh sambutan satu rumah termasuklah BIBIK aku...terpedaya gak aku nak nengok kisah tragis si ANDING menangisi dan hampir hampir kelemasan terkena ASMA masa si EDLIN kuar.
Lagi satu PENGEMIS kat PASAR MALAM. Memang merunsingkan. Dah ler jalan sempit, dorang buat pertunjukan baring baring plak atas jalan.
Kalo tengok memang menggerikan. Ada yg kaki tangan berbungkus macam kena potong dan di ikat kuat kuat sampai jadik kecik.
Sepanjang jalan pasar malam kat umah aku Pandan Jaya, ada jer pengemis yg menakutkan ni. Kasihan teramat mengerikan menakutkan meloyakan.
Tak tau sindiket ke atau sendirian berhad ker. Tapi yg pasti ada yg bawak anak , ada yg baring atas jalan , ada yg dok kat kerusi roda. Kalau nak pahala seikhlas hati bersedekah , kat pasar malam mmg ramai org org daif yg mungkin dipergunakan oleh org org tertentu ini.
Yg aku heran tuh , dah bertahun tapi tak pernah plak dorang ni kena angkut. Dah part yg paling best , bila habis pasar malam , dorang berkumpul reramai tukar duit syiling atau duit seringgit ngan peniaga pasar malam yg perlukan duit kecik.
Waduh waduh memang lumayan selepas penat dari pukul 5pm - 10.30 pm.
Ini baru pasar malam kat umah aku. Yg kat UPTOWN DAMANSARA , BANGSAR , HARTAMAS , SUBANG JAYA ...lagi ler dorang KAYA RAYA.
Aku bukan DENGKI dorang KAYA...bangga kot org malaysia suka sedekah ...hehehehheheee
Sapalah yg harus dipersalahkan. Mereka ? Keluarga mereka ? Boss Mereka ? Atau kita ORG MALAYSIA yg PEMURAH BERSEDEKAH ??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment