setiap hari aku menghitung hari. aku rasa anak anak aku pun sama gak. dah dua kali raya korban tanpa DD. adusss...rindunya. DD selalu sms beritau betapa byknya pahala aku dpt sebab berkorban. boring boring. tp aku akur. dah tertulis. aku kena redha. semoga aku dimurahkan reJeki. dipanjangkan umur. senantiasa dijalan yg diredhai. aura yg positif . dan mcm mcm lagi yg terbaik untuk diri aku , anak anak , suami , kaum keluarga dan kawan kawan.
aku cuba 2006 ni untuk POSITIF atas perkara perkara yg baik. tak moh gaduh gaduh , takmo kata TAK NAK , takmo marah power power kat anak anak. Fuhhhhhhhhhh....bleh ker ?? So skrg kalo aku rasa panasssss datang tetiba , cecepat ler minum air basuh muka atau g amik air semayang. Sejukkan aura panas. Bebanyak minum RX Water / RO Water. Jgn minum air BERGULA. hahahhahahaha...
tahun ni dah plan..lepak KL sepanjang tahun. so jgn harap aku nak balik kg bersenang lenang. MakMentua/PakMentua/Mak/Abah sori sesangat sebab kena dtg KL selalu.
Anak kecik on treatment. Tak leh jalan jauh.
Lupa nak citer ..baby waheeda KURANG DARAH PUTIH / Kurang Sel T & B. Aku tak berapa paham. 16 January ada appoitment HUKM nanti aku citer.
Jumaat ada interview. Ada better offer. Si Farah Khalsunshine nasihatkan aku cuba dan tengok offer camner. SO aku pegi ler jugak. Walaupun jauh tapi apasalahnya mencuba. Dah jemu lama makan ayam...ahak ahaks.
adoiiiiiiiiiiiiii..........RINDUnyerrrrr kat DD !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam vimmiyasmin - harap baby waheeda ok jugak. sabarlah dgn yg jauh di mata tu... tak lama baliklah dia ;-)
Post a Comment