Welcome Back

|
Fuh lama gile tak update. Dari dapat kerja baru sampailah dah nak kompom kat sini.
Ayamas dah tinggal kenangan. Tak dapat lagi makan meal nasi ayam. Byk kedai ayamas dah tutup. Manager lain semua dah serap masuk merata rata dalam KFC Group.
Semoga semuanya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Aku dari King Pie Tesco Mutiara ke King Pie One Utama. Susah giler nak perkenalkan new product. Tension. Kerja senang tapi nak dapat sales susah. Waduh wadug..boring giler . Kerja lepak memanjang. Outdoor sales baru nak keluar bulan ni. Ogos bukan new outlet kat Subang Parade. Dah 3 batch staff aku trained. Nasib baik bebudak terang hati.

Anak anak sihat. Suami ok. Tahun ni tak naik Mekah. Aku minta sesangat tahun ni sepanjang tahun bersama anak anak. Alhamdulillah...suami murah rezeki bersama Putra Pusrawi. Kekallah disitu selamanya. Nak solat senang , nak keluar amik anak dari sekolah emergency pun boleh lah sekali sekala. Kerja pun office hour sebab dah management level.

Bibik dah beberapa kali bertukar ganti. Bukan aku cerewet, tapi dorang lebih suka kerja sapu sampah tepi jalan gaji RM 700 dari kerja ngan aki RM 550.
Alhamdulillah semua BIBIK yg kerja ngan aku baik baik belaka. Tak ada barang rumah yg hilang. Yerlah apa sangat yg ada kat rumah aku.

Aku di One Utama, punya jauh giler dari rumah. Tapi aku selesa. Naik STAR , naik PUTRA. Aku sekarang banyak exercise jalan kaki. Jeans pun dah pakai saiz 28 bertali pinggang. Rasa sihat badan sket. Syiok giler kat One U. Hari hari menjamu mata. Artis bersepah sepah. Orang orang KAYA pun ramai kat sini. Mulut yg tak renti mengumpat. Ha ha ha .

Rindu nak start surf blog blog yg aku selalu lepak. Insyallah aku rasa seminggu dua nie bolehlah.

Oh yer....surf sini www.amir.ui2u.com ( Jutawan Senyap)

ok...wassalam

0 comments: