EMAK dah lebih 10 hari kat rumah aku. Dari datang mesyuarat kat PWTC sampai sekarang tak balik Ipoh lagi.
Lepas sibuk kat PWTC , EMAK tolong jaga cucu cucu yg sakit. Aku dok spital , EMAK uruskan yg kat rumah. Dari pagi sampai malam kerja EMAK tak habis habis. Cucu EMAK semua GIRL. Tapi banyak ragam. YErlah ..OPAH datang sekali sekala. Ada yg nak makan mee kari. Ada yg nak agar agar. Yg minta sup. DADDY plak suruh EMAK buat LEPAT PISANG.
Jumaat 29 Julai , EMAK tumbang. EMAK dah kena virus demam cucu cucunya. EMAK tak boleh bangun langsung. Sembahyang pun duduk. Makan semua beli kedai je. EMAK makan bubur McD. Cucu terpaksa tlg pijak kaki. Ada yg basahkan kain.
EMAK kena demam panas. Lepas Subuh aku tenguk ABAH tolong urut kaki EMAK.
Hari ni 31 Julai 2005...EMAK terbaring lagi tak larat angkat mata.
Cucu semua diam tenguk OPAH demam.
Sekarang makan apa yg ada. Tak payah banyak ragam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment