menghitung hari

|
setiap hari aku menghitung hari. aku rasa anak anak aku pun sama gak. dah dua kali raya korban tanpa DD. adusss...rindunya. DD selalu sms beritau betapa byknya pahala aku dpt sebab berkorban. boring boring. tp aku akur. dah tertulis. aku kena redha. semoga aku dimurahkan reJeki. dipanjangkan umur. senantiasa dijalan yg diredhai. aura yg positif . dan mcm mcm lagi yg terbaik untuk diri aku , anak anak , suami , kaum keluarga dan kawan kawan.

aku cuba 2006 ni untuk POSITIF atas perkara perkara yg baik. tak moh gaduh gaduh , takmo kata TAK NAK , takmo marah power power kat anak anak. Fuhhhhhhhhhh....bleh ker ?? So skrg kalo aku rasa panasssss datang tetiba , cecepat ler minum air basuh muka atau g amik air semayang. Sejukkan aura panas. Bebanyak minum RX Water / RO Water. Jgn minum air BERGULA. hahahhahahaha...

tahun ni dah plan..lepak KL sepanjang tahun. so jgn harap aku nak balik kg bersenang lenang. MakMentua/PakMentua/Mak/Abah sori sesangat sebab kena dtg KL selalu.
Anak kecik on treatment. Tak leh jalan jauh.

Lupa nak citer ..baby waheeda KURANG DARAH PUTIH / Kurang Sel T & B. Aku tak berapa paham. 16 January ada appoitment HUKM nanti aku citer.

Jumaat ada interview. Ada better offer. Si Farah Khalsunshine nasihatkan aku cuba dan tengok offer camner. SO aku pegi ler jugak. Walaupun jauh tapi apasalahnya mencuba. Dah jemu lama makan ayam...ahak ahaks.

adoiiiiiiiiiiiiii..........RINDUnyerrrrr kat DD !!

Rindu

|
aku rindu. genap sebulan DD pergi jauh. dalam terpaksa aku telan segala galanya. aku tau aku berkorban utk perkara baik. dah sampai hari ini aku masih lagi boleh menahan segala susah payah jadi IBU TUNGGAL SEMENTARA.

semuanya aku buat seorang diri. aku cuba sedaya upaya tak nak mintak tolong dari sesapa pun. kawan kawan adik beradik jiran tetangga dan sesapa sajalah yg sebenarnya boleh membantu aku. aku cuba bayangkan mcm mana IBU TUNGGAL yg lain jalankan kehidupan dorang tanpa suami.

dah sehingga ke hari ini , aku berjaya nampaknya. anak anak sihat dan terkawal. yg sekolah semua dah setel. yg kecik kat rumah tak payah risau. skrg dah ada BIBIK yg sungguh komited dgn kerjaya dia kat umah aku. dah umur 50 tahun tapi tak pernah mengeluh penat atau tak tahan dgn ragam 4 jelitawan kat rumah aku tuh.

DD hari ni dah bergerak ke Padang Arafah. Tiap hari mesti SMS beritau perkembangan terkini. So semalam DD last kerja , dapat cuti 5 hari dan lepas ni sambung balik tugas memasak sampailah semua jemaah haji Msia kembali ke tanahair.
DD sihat dan teruja nak memulakan ibadat haji ke 2. Kali ini DD buat upah haji untuk aruah bapak si Sanaria kawan aku. Aku doakan DD sihat dan dapat buat semua benda yg wajib so tak payah bayar DAM banyak sangat.

Pagi tadi si Wardina bangun menangis nangis nak ikut aku. Sure dah boring giler dah lama sangat tak jenjalan naik keter. Yerlah...aku LESEN jer ada..nak bawak aku mmg TAKOT. Paling terror aku leh buat START ENJIN jerlah. Aku janji pada anak anak tadi , petang ni mummy bawak dok lepak dalam keter sambil panaskan enjin..hahahahaha.

Rindu membara pada DD tercinta!

Selamat Menunaikan Ibadat Haji & Umrah

|